backup og meta

Susah Buang Air Besar, Boleh Dapatkan Ubat Sembelit Dewasa Di Farmasi Sekarang!

Susah Buang Air Besar, Boleh Dapatkan Ubat Sembelit Dewasa Di Farmasi Sekarang!

Keadaan perut yang menekan-nekan ketika sembelit membuatkan kita sering berasa tidak selesa selagi mana tidak mendapatkan ubat sembelit farmasi. Buat anda yang mencari ubat atau rawatan untuk sembelit, ini beberapa ubat sembelit dewasa di farmasi yang boleh dibeli. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Apakah punca sembelit bagi orang dewasa?

punca masalah sembelit
Penyebab masalah sembelit terjadi.

Sebelum anda mendapatkan ubat sembelit farmasi, adalah penting untuk anda ketahui punca-punca sembelit dan bagaimana ia boleh berlaku. 

Najis yang keras dan kering ketika sembelit, berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air.

Biasanya, apabila makanan bergerak melalui kolon (juga dikenali sebagai usus besar), kolon akan menyerap air sewaktu membentuk najis.

Kemudiannya, pengecutan atau kontraksi otot akan menolak najis ke arah rektum. Apabila najis tiba di rektum, kebanyakan air telah diserap dan menjadikan najis berbentuk pepejal.

Jika pengecutan otot kolon menjadi agak perlahan, pergerakan najis melalui kolon juga akan menjadi terlalu perlahan lalu mengakibatkan terlalu banyak air diserap.

Inilah yang menyebabkan anda mengalami sembelit.

Antara punca sembelit yang paling biasa ialah:

  • Kesan ubat-ubatan
  • Kurang bersenam
  • Tidak cukup air dalam badan
  • Tidak cukup serat dalam diet
  • Sindrom rengsa usus
  • Menahan membuang air besar
  • Perubahan dalam tabiat atau gaya hidup, seperti melancong, kehamilan, dan usia tua
  • Mengalami masalah dengan fungsi usus
  • Penyalahgunaan julap

Rawatan dan ubat sembelit dewasa di farmasi

ubat sembelit dewasa di farmasi
Jenis ubat sembelit orang dewasa di farmasi.

Terdapat beberapa kaedah rawatan dan ubat sembelit farmasi yang boleh digunakan untuk melegakan masalah sembelit.

Berikut merupakan kaedah rawatan dan ubat cair najis dewasa yang boleh anda gunakan:

#1. Julap

Terdapat beberapa jenis julap yang dijual di pasaran. Setiap satunya berfungsi dengan cara yang sedikit berbeza bagi melegakan masalah sembelit.

Berikut ialah jenis ubat sembelit dewasa di farmasi yang boleh anda beli:

  • Suplemen serat. Suplemen serat adalah ubat cair najis dewasa berfungsi menambahkan berat pada najis anda. Najis yang besar lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. Suplemen serat termasuklah psyllium, kalsium polycarbophil, dan metilselulosa
  • Perangsang. Perangsang boleh menyebabkan usus anda berkontraksi atau bergerak. Antara jenis perangsang termasuklah bisacodyl dan sennosides
  • Osmotik. Julap osmotik membantu najis bergerak melalui kolon dengan meningkatkan rembesan cecair daripada usus dan membantu merangsang pergerakan usus. Antaranya ialah magnesium hidroksida oral, magnesium sitrat, laktulosa, dan polietilena glikol
  • Ubat pelincir. Pelincir seperti minyak mineral membolehkan najis bergerak melalui kolon anda dengan lebih mudah
  • Pelembut najis. Pelembut najis seperti docusate sodium dan docusate calcium boleh melembapkan najis dengan cara menyerap air daripada usus

#2. Ubat sembelit dewasa di farmasi (preskripsi doktor)

Jika ubat-ubatan di atas tidak berkesan merawat masalah sembelit anda, doktor mungkin akan memberikan preskripsi ubatan lain, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sindrom rengsa usus (IBS).

Antara ubat sembelit dewasa di farmasi (preskripsi) yang boleh digunakan ialah: 

  • Ubat-ubatan yang menyerap air ke dalam usus anda. Terdapat beberapa jenis ubat preskripsi yang tersedia untuk merawat sembelit kronik. Lubiprostone, linaclotide, dan plecanatide berfungsi dengan menarik air ke dalam usus anda dan mempercepatkan pergerakan najis
  • Reseptor serotonin 5-hydroxytryptamine 4. Prucalopride boleh bertindak membantu menggerakkan najis melalui kolon
  • Ubat antagonis reseptor mu-opioid yang bertindak secara periferi (PAMORA). Jika sembelit disebabkan oleh ubat tahan sakit opioid, PAMORA seperti naloxegol dan methylnaltrexone akan membalikkan semula kesan opioid pada usus untuk mengekalkan pergerakan usus

Tukar gaya pemakanan dan juga gaya hidup!

Sebelum anda mengambil atau mendapatkan ubat sembelit dewasa di farmasi, perkara pertama yang perlu anda lakukan terlebih dahulu ialah menukarkan gaya hidup dan pemakanan anda.

Jika sembelit tidak kronik, anda boleh merawatnya dengan hanya mengubah diet anda.

Antara kaedah yang boleh anda lakukan sebelum membeli ubat sembelit tradisional ialah: 

#1. Tingkatkan pengambilan serat harian

Menambahkan serat dalam diet anda akan menambahkan berat najis anda dan mempercepatkan laluannya melalui usus anda.

Anda boleh mula makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari. Selain itu, pilih roti dan bijirin penuh.

Namun, pengambilan jumlah serat yang banyak secara mendadak boleh menyebabkan kembung perut dan perut bergas.

kembung perut
6 cara mencegah kembung perut setiap kali makan.

Oleh itu, mulakan perubahan diet ini secara perlahan-lahan.

#2. Jangan tahan buang air besar

Jangan sesekali menahan diri daripada membuang air besar.

Berikan masa kepada diri anda untuk membuang air dengan tenang tanpa sebarang gangguan atau secara tergesa-gesa. 

#3. Kerap bersukan dan bersenam sebelum mengambil ubat cair najis dewasa

Aktiviti fizikal boleh membantu meningkatkan aktiviti otot dalam usus anda.

Oleh itu, cuba untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti bersenam setiap hari. 

Kesimpulan

Jika anda hanya mengalami sembelit yang ringan, disarankan untuk menukar diet dan gaya hidup terlebih dahulu.
Namun, jika ia masih tidak berkesan, dapatkan ubat sembelit dewasa di farmasi untuk merawat masalah sembelit anda yang berlanjutan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Constipation. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4059-constipation#:~:text=Constipation%20occurs%20when%20bowel%20movements,lasts%20longer%20than%20three%20weeks. Accessed on July 29, 2022. 

Constipation. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation/diagnosis-treatment/drc-20354259#:~:text=A%20number%20of%20prescription%20medications,Serotonin%205%2Dhydroxytryptamine%204%20receptors. Accessed on July 29, 2022.

Constipation. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/constipation. Accessed on July 29, 2022.

Symptoms & Causes of Constipation. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/constipation/symptoms-causes. Accessed on July 29, 2022.

Constipation. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/constipation. Accessed on July 29, 2022.

 

Versi Terbaru

20/08/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sembelit Kronik Boleh Jadi Punca Perut Kembung, Ini 6 Rawatan Atasinya!

Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Ini 6 Cara Ibu Bapa Boleh Buat Untuk Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan