backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pelbagai Faktor Boleh Jadi Punca Anak Sembelit! Cuba 7 Tip Ini Untuk Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/09/2023

    Pelbagai Faktor Boleh Jadi Punca Anak Sembelit! Cuba 7 Tip Ini Untuk Atasinya

    Masalah anak sembelit adalah perkara biasa terutamanya ketika dalam proses latihan tandas sekitar usia 2 hingga 3 tahun. Apakah tanda tanda sembelit yang boleh ibu bapa kenal pasti ya?

    Jom baca lebih lanjut dalam perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Masalah anak sembelit

    Sembelit terjadi apabila anak sukar membuang air besar disebabkan tekstur najisnya sangat keras, dan pergerakan usus yang jarang berbanding kebiasaannya1.

    Umumnya, isu sembelit ini adalah masalah gastrointestinal yang normal untuk terjadi.

    Tanda tanda sembelit yang boleh dilihat pada anak adalah termasuk1:

    • Kurang membuang air besar
    • Najis yang keras dan banyak
    • Kesukaran atau kesakitan semasa mengeluarkan najis

    Berita baiknya, kebanyakan kes sembelit kanak-kanak bersifat sementara.

    anak sembelit

    Tanda tanda sembelit

    Gejala menunjukkan anak mengalami sembelit mungkin berbeza. Namun kebiasaannya adalah1,2:

    • Anak membuang air besar kurang daripada 3x seminggu
    • Najis keras, kering dan sukar dikeluarkan
    • Mengalami kesakitan semasa membuang air besar
    • Sakit perut
    • Terdapat tompokan cecair atau najis pada seluar dalam anak
    • Terdapat darah pada najis
    • Tidak berasa lapar
    • Menunjukkan tanda cuba menahan berak seperti mengetap gigi, menyilang kaki, memegang punggung atau wajah berubah kemerahan

    Kenal pasti punca anak sembelit

    Sembelit paling kerap berlaku apabila sisa buangan atau najis bergerak terlalu perlahan dalam saluran pencernaan. Kesannya, najis menjadi keras dan kering.

    Terdapat banyak faktor yang menyebabkan si kecil mengalami masalah sembelit, antaranya:

    1. Menahan keinginan untuk membuang air besar

    Si kecil mungkin mengabaikan keinginan untuk membuang air besar kerana takut ke tandas atau tidak mahu berhenti daripada bermain1.

    Ada juga kanak-kanak yang menahan diri kerana tidak selesa menggunakan tandas awam.

    Pergerakan usus yang menyakitkan disebabkan najis yang besar dan keras turut boleh menjadi punca anak menahan diri daripada membuang air besar.

    anak sembelit

    2. Masalah latihan tandas faktor anak sembelit

    Latihan tandas yang dimulakan terlalu awal juga boleh menyebabkan anak memberontak, sekali gus tidak mahu membuang air besar1.

    3. Diet pemakanan 

    Kurang pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran serta pengambilan cecair harian yang sedikit boleh menyebabkan sembelit1.

    Antara tempoh paling biasa untuk anak berdepan sembelit adalah apabila memulakan pengambilan makanan pejal.

    4. Perubahan rutin harian

    Sebarang perubahan dalam rutin harian seperti melancong, cuaca panas atau tekanan – boleh mempengaruhi fungsi usus2.

    Anak juga cenderung mengalami sembelit apabila pertama kali memulakan sesi persekolahan.

    5. Ubatan antara punca anak sembelit

    Sesetengah ubat antidepresan dan ubat-ubatan lain turut boleh mengakibatkan sembelit3.

    6. Kesan alahan produk tenusu

    Alahan kepada susu lembu atau terlalu banyak memakan produk tenusu – keju dan susu lembu – turut boleh menyumbang kepada sembelit2.

    7. Sejarah keluarga

    Sejarah keluarga dengan sembelit juga meningkatkan risiko anak untuk mengalaminya. Ini mungkin disebabkan faktor genetik atau persekitaran yang sama2.

    8. Keadaan perubatan penyebab anak sembelit 

    Dalam kes jarang berlaku, sembelit terjadi berpunca daripada kecacatan anatomi, masalah sistem metabolik atau pencernaan mahupun masalah kesihatan lain3.

    Langkah pencegahan

    Cara mencegah tanda tanda sembelit pada si kecil:

    1. Tawarkan makanan berserat tinggi 

    Sediakan makanan kaya serat untuk membantu tubuh membentuk tekstur najis lebih lembut, seperti sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin2.

    Mulakan penambahan beberapa gram serat sehari secara beransur-ansur untuk mengelakkan perut kembung dan berangin.

    2. Susu bernutrisi

    Susu sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan, malah ia mengandungi asid lemak yang bagus untuk sistem penghadaman4.

    Untuk mengekalkan kesihatan usus pada tahap optimum, berikan anak susu yang mengandungi nutrien seperti galacto-oligosaccharide (GOS)5, nukleotida6,7 dan bifido lactis8 seperti susu Friso Gold.

    Ketiga-tiga nutrien ini penting bagi membantu penyerapan nutrien, membina sistem penghadaman yang kuat untuk menyokong serta membekalkan tenaga yang diperlukan untuk anak membesar dengan sihat.

    anak sembelit

    Berita baiknya, anda boleh berikan anak anda susu Friso Gold yang diperbuat daripada NOVAS Signature Milk dengan teknologi LocNutri berfungsi mengekalkan nutrien dalam struktur aslinya. Ini memudahkan proses penyerapan nutrien.

    Ini kerana kebanyakan susu lain melalui proses pengeluaran yang menggunakan haba terlalu panas. Kesannya, ia mengubah struktur dan kandungan nutrien di dalamnya.

    Friso Gold juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin, mineral, DHA, Omega dan lain-lain untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

    Kelebihan NOVAS Signature Milk ini juga dapat mengurangkan tekanan pada perut, secara tidak langsung risiko anak untuk mengalami sembelit juga menurun.

    Dapatkan pek percubaan sehari susu Friso Gold secara percuma atau diskaun 50% bagi pek percubaan 6 hari di sini.

    3. Tingkatkan aktiviti fizikal bantu cegah anak sembelit

    Aktiviti fizikal dapat merangsang dan membantu fungsi usus normal untuk mendorong pergerakan makanan bagi proses pencernaan2.

    Galakkan anak untuk bermain di luar rumah berbanding hanya menonton televisyen atau melakukan aktiviti yang kurang pergerakan.

    4. Praktikkan rutin tandas

    Tetapkan masa ke tandas untuk anak selepas makan secara berkala2.

    Jika perlu, sediakan pemijak kaki (footstool) untuk membolehkan anak berasa selesa semasa menggunakan tandas.

    Baca juga:

    5. Ingatkan anak untuk tidak menahan jika ingin ke tandas

    Sentiasa ingatkan anak untuk ke tandas apabila melihat mereka terlalu leka bermain bagi menghindari risiko tanda tanda sembelit.

    Jika mereka kerap mengabaikan keinginan ke tandas, ia meningkatkan risiko si kecil mengalami sembelit2.

    6. Berikan sokongan

    Berikan ganjaran atas usaha anak apabila mereka cuba membuang air besar2.

    Antara ganjaran yang boleh diberikan seperti menghadiahkan pelekat, buku khas atau permainan yang hanya dapat dimainkan selepas mereka membuang air besar.

    7. Perubahan ubatan untuk cegah masalah anak sembelit

    Jika terdapat sebarang ubat yang menyebabkan si kecil mengalami sembelit, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan pilihan ubatan lain2.

    Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan tentang keadaan kesihatan anak, anda disarankan untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan pakar dengan segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan