backup og meta

Perut Kembung Selepas Makan Juadah Raya? Ini 11 Puncanya – No. 8 Paling Ramai Buat!

Hari Raya Aidilfitri sememangnya dipenuhi dengan pelbagai juadah lazat seperti rendang, lemang, ketupat dan kuih-muih manis. Namun, pengambilan makanan yang banyak dalam satu masa boleh menyebabkan perut kembung selepas makan dan rasa sengkak.

Perut Kembung Selepas Makan Juadah Raya? Ini 11 Puncanya – No. 8 Paling Ramai Buat!

Keadaan ini biasanya berlaku akibat pengumpulan gas dalam sistem penghadaman.

Mengetahui punca sebenar masalah ini dapat membantu anda mengelakkannya supaya sambutan raya tetap dinikmati dengan selesa.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Kenapa perut rasa senak selepas makan?

Masalah kembung sering terjadi disebabkan oleh penumpukan gas usus yang berlebihan yang mengakibatkan rasa tidak selesa. 

Gas tersebut dihasilkan oleh bakteria daripada makanan yang belum tercerna atau diserap dengan betul.

Gejala perut kembung

Antara gejala kembung perut yang biasa termasuklah:

  • Perut terasa sesak, sakit atau buncit setelah makan
  • Rasa tidak selesa disebabkan ‘angin terperangkap’ dalam perut
  • Perut berbunyi
  • Mungkin mengalami rasa sakit perut yang menyucuk

Kenapa perut rasa mengeras dan kembung?

Penumpukan gas berlebihan pada usus dan perut adalah punca utama perut kembung selepas makan.

Ia boleh disertai dengan rasa ketidakselesaan ringan hingga rasa menyucuk yang menyakitkan. .

Anda juga mungkin akan berasakan perut tampak seperti bengkak dan tegang, jadi apakah mungkin ada faktor lain yang boleh mengakibatkan perut menjadi kembung?

Berikut antara 11 punca paling biasa dialami kebanyakan individu bagi masalah perut kembung selepas makan:

1. Bercakap sambil makan penyebab perut kembung

Kedengaran kelakar, namun menelan terlalu banyak udara boleh terjadi apabila bercakap semasa makan atau mengunyah dengan mulut terbuka.

Ini boleh menyebabkan penumpukan udara pada saluran gastrointestinal, punca perut berangin.

2. Gula- gula getah

Sama seperti faktor di atas, mengunyah gula-gula getah juga akan mengakibatkan anda menelan lebih banyak udara.

Udara tersebut akan berkumpul pada saluran gastrointestinal, sekali gus menyebabkan perut menjadi kembung bagi sesetengah individu.

3. Sindrom rengsa usus (IBS)

Masalah perut berangin selepas makan merupakan antara gejala biasa dialami individu yang menghidap IBS.

4. PMS boleh jadi punca perut kembung selepas makan

Sindrom pramentruasi (PMS) juga boleh menjadi punca masalah perut kembung disertai dengan senak dan sembelit.

perut kembung selepas makan
Gas berlebihan penyumbang utama ketidakselesaan yang dialami.

5. Penyakit seliak

Merupakan gangguan autoimun jangka panjang yang memberi kesan pada usus kecil.

Keadaan perut berangin yang berlebihan mungkin petanda usus bertindak balas terhadap gluten yang terkandung dalam makanan – petanda anda mengalami penyakit seliak.

Kenapa selalu sakit perut selepas makan? #6. Intoleransi makanan

Perut kembung selepas makan adalah gejala khas intoleransi makanan atau alahan.

Sekiranya kalian kerap berasa perut berangin dan mengalaminya untuk tempoh yang lama, itulah petanda intoleransi makanan.

Keadaan kembung tersebut boleh terjadi dengan 3 cara:

  1. Penghasilan gas terlalu banyak sebagai tindak balas terhadap sesuatu makanan.
  2. Kesan intoleransi makanan, usus mungkin tidak kosong dengan betul.
  3. Makanan yang diambil mengakibatkan gas terperangkap dalam usus.

Umumnya, makanan paling cenderung menyebabkan wujudnya reaksi tindak balas ini adalah gandum atau gluten. 

7. Minuman soda punca perut kembung selepas makan

Minuman berkarbonat seperti soda atau sparkling adalah punca biasa penyebab kembung perut.

Bahan buih (fizzy) dalam soda kegemaran anda – walaupun diet soda – boleh menyebabkan gas terperangkap di dalam perut, yang menyebabkan kembung dan sendawa berlebihan.

Sebaiknya hadkan jumlah pengambilan soda dan beralih kepada pilihan yang lebih sihat. 

Air dengan timun atau lemon adalah pilihan air berperisa yang baik untuk digabungkan dengan hidangan makanan anda. 

Sekiranya sudah berasa perut kembung, cuba minum teh pudina untuk membantu mengurangkan rasa tidak selesa itu. 

8. Makan atau minum terlalu cepat

Ini antara tabiat yang paling kerap dilakukan oleh kebanyakan kita, terutamanya kalau sedang mengejar masa, bukan?

Tetapi tahu tak, makan dan minum dengan cepat boleh meningkatkan jumlah udara yang ditelan, dan secara tidak langsung menyebabkan lebih banyak udara terkumpul pada saluran pencernaan.

9. Makanan berlemak tinggi

Lemak, amnya adalah sebahagian utama daripada diet sihat dan merupakan sumber tenaga penting.

Tubuh mencerna lemak dengan perlahan kerana ia mengambil masa lebih lama berbanding makanan lain untuk melalui saluran pencernaan, sekali gus melambatkan pengosongan perut.

Kesannya berlakulah keadaan perut kembung selepas makan!

Kenapa lepas makan perut rasa senak? #10. Makanan berbungkus

Makanan siap dipek atau berbungkus sememangnya memudahkan kehidupan individu.

Walau bagaimanapun, makanan jenis ini kebiasaannya tinggi kandungan natrium, juga cenderung mempunyai jumlah bahan kimia monosodium glutamat (MSG) yang banyak bagi mengekalkan kesegaran. 

MSG dikenal pasti sebagai faktor penyumbang kepada perut berangin bagi sesetengah individu. 

11. Makan lambat punca kenapa perut selalu kembung waktu malam

Hidangan berat sebelum tidur akan menyebabkan anda berasa seolah-olah mengalami pertambahan berat badan yang banyak dalam tempoh semalaman.

Ini kerana semasa tidur, sistem pencernaan tidak berfungsi dengan cekap seperti ketika bangun.

Bagi sesetengah individu, keadaan itu boleh mengakibatkan wujudnya masalah perut kembung selepas makan.

Kesimpulan

Apa yang disenaraikan di atas mungkin bukan punca mengapa anda mengalami perut berangin dan kembung.

Namun ia dapat membantu memberikan gambaran mengenai apa yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut anda itu.

Sebaiknya lakukanlah pemeriksaan dengan doktor untuk lebih kepastian.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Bloating causes and prevention. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/bloating-causes-and-prevention-tips. Accessed May 4, 2021 

9 reasons why you feel bloated all the time. https://vitalrecord.tamhsc.edu/9-reasons-why-you-feel-bloated-all-the-time/Accessed May 4, 2021 

Bloating even after small meals. https://www.nationaleatingdisorders.org/bloating-even-after-small-meals. Accessed May 4, 2021  

Bloating. https://familydoctor.org/condition/bloating/Accessed May 4, 2021  

Gas and gas pains. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/in-depth/gas-and-gas-pains/art-20044739. Accessed May 4, 2021  

Versi Terbaru

06/03/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Betul Ke Makan Bersulam Air Punca Perut Buncit? Jom Bongkar 3 Hal Yang Dikaitkan Dengannya

Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan