Salah satu cara membuang angin dalam badan adalah dengan memakan yogurt.
Yogurt kaya dengan probiotik, iaitu sejenis bakteria baik yang memainkan peranan penting dalam kesihatan usus.
Menurut beberapa kajian, probiotik boleh meningkatkan kekerapan dan konsistensi najis bagi menggalakkan keteraturan pembuangan air.
Tambahan pula, probiotik dilihat dapat mengurangkan masalah kembung perut yang disebabkan oleh keadaan seperti sindrom usus besar atau IBS.
#3. Cara buang angin dalam badan: Teh hijau
Anda juga boleh meminum teh hijau untuk membantu menyelesaikan masalah kembung perut.
Teh hijau penuh dengan kandungan antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas berbahaya selain mengurangkan keradangan dalam badan anda.
Teh hijau juga mengandungi kafein, sebatian yang merangsang pergerakan saluran penghadaman dan bertindak sebagai julap semula jadi untuk menyokong keteraturan pembuangan najis.
Kesannya, kembung perut juga akan semakin kurang berlaku.
#4. Buah avokado

Anda mungkin tidak percaya bahawa buah avokado juga boleh menjadi antara cara membuang angin dalam badan.
Buah avokado kaya dengan kandungan kalium, mineral penting yang terlibat dalam mengawal keseimbangan cecair dan paras natrium untuk mengelakkan pengekalan air.
Selain itu, buah ini juga mengandungi kandungan serat yang tinggi, yang bergerak melalui saluran penghadaman anda untuk membantu mengelakkan sembelit dan kembung perut.
#5. Halia
Halia adalah sejenis herba yang terkenal dengan keupayaannya untuk melegakan gangguan pencernaan.
Sebagai contoh, beberapa kajian menunjukkan bahawa halia boleh mempercepatkan pengosongan perut untuk mengelakkan perut kembung dan rasa kenyang.
Ia juga mengandungi enzim yang dipanggil zingibain, yang membantu memecahkan protein dengan lebih cekap untuk menyokong pencernaan yang sihat.
#6. Cara buang angin dalam badan: Buah pisang

Buah pisang antara cara membuang angin dalam badan? Ya! Buah pisang sangat berkhasiat dan menjadi antara sumber serat yang sangat baik.
Ini kerana, sebiji pisang yang bersaiz sederhana mempunyai 3 gram serat di dalamnya.
Selain itu, ia juga kaya dengan kalium, nutrien yang menyokong keseimbangan cecair yang sihat.
Kesannya, buah ini boleh membantu mengelakkan kembung perut dan pengekalan air dalam badan.
#7. Buah betik
Salah satu cara nak buang angin dalam badan adalah dengan memakan buah betik. Betik ialah sejenis buah tropika yang terkenal dengan rasa manisnya selain tekstur yang lembut dan berkrim.
Ia bukan sahaja mempunyai kandungan air yang tinggi tetapi juga menyediakan banyak serat dalam setiap hidangan.
Buah ini juga mengandungi enzim yang dipanggil papain, yang membantu badan anda menguraikan asid amino.
Ini menggalakkan pencernaan yang sihat dan boleh membantu mengelakkan perut kembung.
Cara buang angin dalam badan #8. Buah nanas
Buah nanas juga boleh digunakan sebagai cara buang angin dalam badan yang berkesan.
Nanas ialah sejenis buah tropika yang mengandungi banyak kandungan vitamin C, mangan dan vitamin B dalam setiap hidangan.
Nanas juga mengandungi bromelain, iaitu sejenis enzim yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat gangguan pencernaan.
Dalam beberapa kajian, bromelain dilihat berkemampuan untuk melawan keradangan, yang kemudiannya menyelesaikan masalah seperti kembung perut.
Kesimpulan
Masih banyak lagi makanan dan minuman yang boleh membantu anda mengatasi masalah kembung perut.
Namun, lapan jenis makanan di atas ini adalah antara yang paling mudah didapati dan senang untuk dimakan.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen