backup og meta

Tak Tahan Perut Kembung & Berangin? 9 Tip Ini Boleh Bantu Legakan

Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah perut kembung dan berangin. Sudah tentu keadaan itu boleh menyebabkan ketidakselesaan. Tetapi apakah cara untuk mengatasi masalah kembung itu?

Tak Tahan Perut Kembung & Berangin? 9 Tip Ini Boleh Bantu Legakan

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Kenapa perut kembung dan berangin?

Adakah anda tahu punca perut kembung dan keras? Kenapa perut masuk angin walaupun sudah makan?

Umumnya, banyak perkara boleh menjadi penyebab keadaan itu dan dalam kebanyakan kes, ia tidak berbahaya serta boleh dirawat dengan kaedah rawatan di rumah.

Jarang sekali kembung perut disebabkan oleh keadaan yang lebih serius.

Perut yang kembung boleh disertai dengan sendawa dan kentut, ketidakselesaan perut serta rasa kekenyangan.

Gas usus yang meningkat adalah salah satu punca paling biasa anda mungkin mengalami kembung. Makanan dan cara anda makan turut boleh menyumbang kepada peningkatan gas.

Punca masalah kembung lain termasuklah:

  • Menelan udara ketika minum melalui penyedut minuman atau mengunyah gula-gula getah
  • Makan terlalu cepat
  • Makan terlalu banyak
  • Pengambilan makanan berlemak
  • Makan makanan yang mengeluarkan gas seperti kacang, sayuran dan makanan berserat tinggi
  • Intoleransi laktosa 
  • Gangguan usus seperti sindrom rengsa usus (IBS), penyakit radang usus (IBD) – termasuk penyakit Crohn dan kolitis ulseratif dan SIBO – pertumbuhan bakteria usus kecil
  • Penyakit seliak – intoleransi gluten
  • Lekapan perut kerana pembedahan sebelumnya pada bahagian abdomen atau pelvis seperti histerektomi

Faktor biasa lain yang menyebabkan perut kembung dan berangin:

  • Ketidakhadaman
  • Kehamilan
  • Mengalami haid dan/atau PMS – sindrom premenstruasi
  • Pengambilan minuman soda
  • Alahan makanan 
  • Sembelit
  • Merokok
  • Penyakit hati
  • Hiatal hernia 
  • Batu hempedu 
  • Jangkitan H.pylori – boleh menyebabkan ulser perut
  • Gastroparesis – penyakit otot perut atau saraf yang mengawal otot menyebabkan ia berhenti berfungsi

Cara mengatasi perut kembung dan membesar

Berikut petua untuk menghilangkan perut kembung dan berangin dengan cepat:

1. Berjalan kaki cegah masalah perut kembung dan berangin 

Aktiviti fizikal dapat menyebabkan usus bergerak lebih kerap, seterusnya membantu menyingkirkan najis dan gas berlebihan. 

Berjalan kaki dapat memberikan kelegaan cepat daripada tekanan gas. Selain itu, memastikan diri dapat membuang air besar sangat penting jika anda mengalami sembelit.

Cara hilangkan perut kembung dan buncit #2. Yoga

Sesetengah amalan yoga dapat meletakkan otot pada perut dengan kaedah yang dapat mendorong pembebasan gas berlebihan daripada saluran pencernaan. Ia sekali gus dapat mengurangkan masalah kembung.

Lakukan teknik child pose, happy baby pose dan squat untuk membolehkan gas disingkirkan dengan cepat.

3. Urutan abdomen cegah perut kembung dan berangin 

Urutan pada perut dan abdomen adalah salah satu cara untuk membuang angin dalam perut. Bagaimana untuk membuat teknik ini?

  1. Letakkan tangan tepat pada tulang pinggul kanan.
  2. Lakukan gosokan secara bulatan dengan tekanan ringan ke arah sebelah kanan tulang rusuk.
  3. Urut secara lurus pada bahagian atas perut ke arah tulang rusuk kiri.
  4. Lakukan gerak perlahan ke arah tulang pinggul kiri.
  5. Ulang jika perlu.

Sekiranya urutan ini menyebabkan rasa sakit, anda dinasihatkan untuk berhenti melakukannya.

4. Mandian & rendaman air suam

Haba daripada mandian dapat memberikan kelegaan pada perut yang sakit. 

Teknik relaksasi ini dapat mengurangkan tahap tekanan yang memungkinkan saluran penghadaman berfungsi lebih baik dan mengurangkan kembung.

5. Pengambilan serat bantu atasi perut kembung dan berangin 

perut kembung dan berangin
Serat membantu merawat kembung perut.

Pengambilan serat baik dalam mencegah sembelit dan kembung.

Tetapi jika berlebihan, ia boleh menyebabkan peningkatan gas lebih banyak dan kesannya perut menjadi kembung.

Cara terbaik adalah untuk meningkatkan pengambilan serat secara perlahan-lahan bagi membolehkan tubuh menyesuaikan diri dengan perubahan diet ini. 

6. Hadkan pengambilan minuman soda, penyebab perut kembung

Kandungan karbon dioksida menjadikan minuman ini punca masalah kembung. Gula atau pemanis buatan dalam minuman soda juga boleh menyebabkan kembung dan berangin.

Untuk mengatasi keadaan ini dan sembelit, pengambilan air kosong amat digalakkan. 

7. Elakkan kunyah gula-gula getah 

Alkohol gula atau poliol – sejenis karbohidrat yang strukturnya menyerupai gula dan alkohol – juga boleh menyebabkan kembung bagi sesetengah individu.

Menelan udara semasa mengunyahnya juga turut menjadi punca perut kembung dan berangin. 

8. Kurangkan garam 

Natrium berlebihan boleh menyebabkan pengekalan air dalam tubuh sekali gus mengakibatkan rasa kembung dan bengkak pada bahagian tubuh seperti tangan dan kaki.

Jika tip yang kami kongsikan tidak berkesan membantu mengurangkan masalah perut anda, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor untuk penyelesaian lebih baik.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Bloating remedies. https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/remedies-for-bloating-and-wind/ Accessed on Aug 28, 2021

Why you feel bloated.https://vitalrecord.tamhsc.edu/9-reasons-why-you-feel-bloated-all-the-time/ Accessed on Aug 28, 2021

Gas beat the bloat. https://www.brighamandwomens.org/patients-and-families/meals-and-nutrition/bwh-nutrition-and-wellness-hub/special-topics/gas-beat-the-bloat. Accessed on Aug 28, 2021 

Gas and gas pains. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/in-depth/gas-and-gas-pains/art-20044739. Accessed on Aug 28, 2021

How to get rid of gas pain. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/how-to-get-rid-of-gas-pain. Accessed on Aug 28, 2021 

 

Versi Terbaru

31/03/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Perut Kosong Tapi Buat 4 Perkara Ini? Awas, Ia Boleh Jejaskan Kesihatan

Perut Kembung Sampai Tak Selesa? Cuba Cara Ini Untuk Buang Angin Dalam 5 Minit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan