backup og meta

Kerap Kentut Atau Sendawa Sebab Banyak Angin Dalam Badan? Buat 6 Perkara Ini!

Kerap Kentut Atau Sendawa Sebab Banyak Angin Dalam Badan? Buat 6 Perkara Ini!

Untuk pengetahuan anda, gas dalam badan perlu dan boleh dikeluarkan melalui 2 cara iaitu dengan kentut (lubang dubur) atau sendawa (salur kerongkong).

Jika ia tidak berjaya dikeluarkan dari tubuh badan, maka anda akan berasa tidak selesa terutamanya pada perut ekoran gas atau angin tersebut terperangkap di situ.

Persoalannya, bagaimana pula jika angin dalam badan ini terkeluar dengan banyaknya sehingga anda kerap kentut dan sendawa? Jom teruskan membaca artikel!

Baca lebih lanjut tentang Sistem Penghadaman di sini.

Pengeluaran gas dalam badan

Pengeluaran angin dalam badan ini adalah normal dan setiap manusia akan mengalaminya walaupun ia sering kali dijadikan sebagai bahan jenaka kita semua.

Hakikatnya, manusia yang normal akan kentut atau sendawa sekurang-kurangnya 15 ke 23 kali dalam masa sehari meskipun kadangkala anda tidak menyedarinya.

Apa yang akan menjadi masalah sebenarnya adalah apabila pengeluaran gas dalam tubuh ini terlalu rendah atau tinggi daripada kadar yang dinyatakan di atas tadi.

Pakar Gastroenterology, Dr Christine Lee ada menyatakan bahawa jika keadaan angin dalam badan ini membuat anda berasa tidak selesa, sila segera berjumpa dengan doktor.

Tambahnya, anda tidak perlu berasa malu atau takut jika bunyi dan bau daripada angin dalam badan yang keluar itu sedikit tidak menyenangkan kerana ia tentu sekali normal.

angin dalam badan
6 Cara untuk mencegah kembung perut setiap kali makan.

Gas dalam badan terlalu banyak?

Ada beberapa perkara yang akan menyebabkan masalah ini termasuklah udara masuk dengan banyak ketika sedang minum, makan atau ketawa secara berlebihan.

Kemudian, udara berlebihan tersebut akan menyebabkan pergerakan dalam usus menjadi perlahan lantas membawa kepada masalah pengumpulan bakteria.

Kesannya, anda akan berasa tidak selesa pada perut lebih-lebih lagi jika anda ada masalah berkaitan sistem metabolisme yang berfungsi dengan terlalu perlahan.

Ia akan jadi lebih teruk lagi jika anda ada kondisi kesihatan seperti berikut:

  • Diabetes
  • Tiroid
  • Scleroderma
  • Diverticulosis
  • Sindrom radang usus bawah
  • Gangguan tidur

Gangguan tidur juga faktor utama?

Dalam beberapa kes, gangguan tidur apnea juga boleh menyumbang kepada masalah banyak gas dalam badan yang menjadi punca perut kembung.

Ini adalah sangat penting kerana kajian menunjukkan bahawa 25% lelaki dan 10% wanita didapati tidur dengan mulut yang terbuka luas dan angin mudah masuk.

Dalam pada itu, diketahui juga bahawa individu dengan gangguan tidur apnea ini cenderung menghirup lebih banyak udara ketika sedang menelan atau berdengkur.

Disebabkan itu, mereka yang termasuk dalam golongan ini akan lebih cenderung untuk kentut dan sendawa lebih banyak berbanding mereka yang tidak bermasalah.

Apa yang kalian perlu lakukan?

Sekiranya anda merasakan angin dalam badan terlalu banyak sehingga membuat anda kentut dan sendawa terlalu kerap, jangan hanya biarkan perkara ini berlarutan.

Dr Christine Lee telah sertakan beberapa petua buang angin dalam badan yang kalian perlu lakukan untuk melawannya:

Petua buang angin dalam badan #1. Bersenam

cara membuang angin dalam badan
Kelebihan bersenam.

Hipotesisnya, lebih banyak anda bersenam, lebih kerap anda akan menyingkirkan gas dalam badan yang perlu dikeluarkan untuk elak kembung perut.

Sila fokuskan kepada senaman menguatkan otot perut dan abdomen bagi memastikan pergerakan usus yang lebih lancar agar gas tidak terperangkap di situ.

#2. Elakkan pengambilan sayuran penyebab gas untuk kurangkan gas dalam badan

Sayuran seperti kubis, kubis bunga, brokoli, asparagus dan pucuk brussels mungkin tinggi nutrisi, namun juga tinggi gas yang mungkin tidak bagus untuk usus anda.

#3. Jangan ambil produk tenusu jika ada intoleransi laktosa

Jika anda mengalami intoleransi laktosa dan ingin mengambil susu, keju atau yogurt, sila ambil ubatan bagi masalah ini terlebih dahulu untuk sistem penghadaman.

#4. Rawat kondisi sembelit

Sembelit akan menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih perlahan lantas memburukkan lagi masalah gas dalam badan berlebihan. Sila rawat kondisi ini segera.

gas dalam badan
Makanan yang menyebabkan badan berangin.

Pantang larang angin dalam badan #5. Awasi ubatan yang diambil oleh anda

Ada sesetengah ubat seperti ubatan anti alahan, ubatan darah tinggi dan lain-lain juga boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih perlahan daripada biasa.

#6. Hadkan minuman berkarbonat & makanan ditapai

Ada beberapa minuman dan makanan seperti soda dan tapai yang boleh memerangkap gas dalam badan lantas membuat bakteria terkumpul di dalam usus.

Oleh itu, sila ambil peduli akan pantang larang angin dalam badan yang telah kami nyatakan di atas tadi bagi memastikan angin dalam badan tidak terlalu banyak berbanding biasa.

Kesimpulan


Kentut dan sendawa untuk mengeluarkan angin dalam badan itu adalah normal, selagi ia tidak terlalu banyak atau sedikit yang boleh membawa kepada masalah lain.

Sekiranya buang angin dalam badan cara tradisional di atas tidak berkesan untuk anda, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor untuk mengelakkan masalah gas dalam badan anda menjadi lebih teruk.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What causes flatulence and what to do when its a problem for you. https://health.clevelandclinic.org/what-causes-flatulence-and-what-to-do-when-its-a-problem-for-you/Accessed 22 July 2021.
  2. Gas and gas pains. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/in-depth/gas-and-gas-pains/art-20044739. Accessed 22 July 2021.
  3. Flatulence. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/flatulence. Accessed 22 July 2021.
  4. Bloating causes relieve discomfort at home. https://www.templehealth.org/about/blog/5-bloating-causes-relieve-discomfort-at-home. Accessed 22 July 2021.
  5. Bloating. https://familydoctor.org/condition/bloating/#:~:text=Bloating%20happens%20when%20the%20GI,produce%20more%20gas%20than%20others. Accessed 22 July 2021.

Versi Terbaru

30/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pelik Sendawa Tak Berhenti Walau Dah Berjam Berlalu? Ini 5 Pencetus Ia Terjadi!

Aduh, Busuknya Bau Sendawa! Ketahui 5 Perkara Mungkin Jadi Punca Sendawa Bau Telur!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan