Burp… Sendawa Tak Berhenti Walau Dah Berjam Berlalu? Ini 5 Pencetus Ia Terjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Burp… Itulah semacam bunyian lunak dan merdu yang terkeluar dari mulut ketika sendawa.

Hakikatnya, semua orang pernah mengalaminya dan ia adalah satu refleks yang normal bagi mengeluarkan angin dari tubuh badan.

Pun begitu, pernahkah kalian sendawa tidak berhenti sehingga mengganggu aktiviti seharian anda?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu punca dan rawatannya!

Apa itu sendawa?

Sebelum itu, wajarlah untuk kita semua tahu tentang definisi sebenar perkara ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, sendawa adalah satu refleks normal bagi individu mengeluarkan lebihan angin dari saluran penghadaman melalui mulut.

Lebihan angin ini sebenarnya akan masuk ke dalam sistem penghadaman individu juga melalui mulut ketika sedang makan atau minum.

Baca juga:

Di dalam sistem penghadaman kita, tubuh badan akan menggunakan asid, bakteria dan bahan kimia bernama enzim untuk menguraikan nutrien bagi mendapatkan tenaga.

Sekiranya tiada lagi nutrien untuk diurai, maka ia akan dibuang melalui sistem perkumuhan (sama ada air kecil atau air besar).

Selain itu, angin yang masuk ke dalam tubuh badan ketika makan dan minum ini juga akan dibuang kerana tidak diperlukan.

Dalam pada itu, ia juga sangat bergantung kepada jenis makanan dan minuman yang anda ambil – sebagai contoh, makanan berlemak dan minuman bergas akan membuat kalian sendawa lebih kerap.

sendawa tidak berhenti

Namun bagaimana jika ia terlalu kerap dan tidak berhenti? Adakah ia normal?

Mengapa sendawa tidak berhenti?

Ya, sendawa adalah sesuatu yang sangat normal dan ia akan lebih mudah berlaku disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut:

  • Menghisap rokok
  • Mengunyah gula-gula getah
  • Menghisap gula-gula keras
  • Memakai gigi palsu
  • Makan dan minum dengan terlalu laju
  • Makanan dan minuman tertentu

Kebiasaannya, sendawa yang normal adalah sekitar 4 kali sahaja selepas bersantapan dan ia adalah tidak normal jika melebihi jumlah itu.

Sekiranya lebih daripada 4 kali, ia sudah boleh dianggap sebagai sendawa tidak berhenti yang mungkin didasari oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:

#1. Gastroesophageal reflux disease (GERD)

Juga dikenali sebagai asid refluks, GERD akan berlaku apabila asid di dalam perut menujah kembali ke saluran esofagus lantas mengakibatkan pedih ulu hati.

Jika ini berlaku secara tidak kerap, ia boleh dilegakan dengan hanya mengambil ubatan yang boleh dibeli dari farmasi sahaja.

Namun jika ia berlaku dengan kerap, anda mungkin perlu berjumpa doktor segera untuk mendapatkan ubatan preskripsi doktor.

#2. Pedih ulu hati

Dalam bahasa saintifik, kondisi ini dikenali sebagai dyspepsia dan ia akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian atas perut.

Akibatnya, anda mungkin akan mengalami kembung perut, mual-mual dan muntah gara-garanya.

sendawa tidak berhenti

#3. Gastrik

Gastrik adalah satu kondisi biasa berlaku kepada sesetengah individu dan ia akan mengakibatkan dinding perut anda mengalami kerengsaan.

Ia biasa berlaku kepada individu yang sedang berpuasa ekoran tidak makan atau minum buat sekian waktu.

#4. Bakteria

Helicobacter pylori adalah sejenis bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan dan ulser pada perut dan sistem penghadaman manusia.

Sekiranya ia menjangkiti anda, sendawa tidak berhenti juga mungkin boleh terjadi kepada anda.

#5. Irritable bowel syndrome (IBS)

Irritable bowel syndrome (IBS) boleh menyebabkan kejang perut, kembung perut, sembelit dan cirit-birit.

Sama seperti jangkitan bakteria, ia juga mungkin akan mengakibatkan kalian sendawa tidak berhenti.

Apa yang perlu dilakukan?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu 5 pencetus sendawa tidak berhenti seperti yang kami telah tuliskan di atas tadi.

Persoalannya, bagaimana untuk melegakan kondisi ini? Jawapannya adalah semudah menjaga tatatertib ketika makan dan minum!

Pertama sekali, apa yang kalian perlu lakukan adalah makan dengan perlahan agar angin tidak masuk dengan banyak ketika sedang bersantapan.

Kedua, elakkan segala makanan atau minuman yang ‘berangin’ seperti makanan berlemak dan minuman bergas untuk mencegah kondisi ini.

Selain itu, anda juga wajar menjalani hidup yang lebih sihat dan elakkan tabiat buruk seperti menghisap rokok serta bersenamlah agar tubuh badan lebih sihat.

Dengan mengamalkan petua yang kami sediakan ini, kondisi sendawa tidak berhenti juga mungkin boleh hilang!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

Adakah telur boleh memicu berlakunya sindrom iritasi usus? Selain telur, apakah makanan lain yang boleh sebabkan iritasi pada usus?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 30/09/2020 . 3 minit bacaan

Penghidap Asid Refluks Boleh Minum Kopi Ke? Kalau Ada Tanda Seperti Ini, Kena BERHENTI!

Selalunya doktor menyarankan individu dengan masalah asid refluks untuk elakkan minuman berkafein. Apakah kaitan antara kedua-duanya? Ikuti penjelasan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

Sering alami masalah asid refluks atau GERD? Pernah tak terima saranan untuk merawatnya dengan menggunakan soda bikarbonat? Ada kesan sampingan tak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Laparoscopic Anti-Reflux (GERD) Surgery

Laparoscopic antireflux surgery (also called Nissen fundoplication) is used in the treatment of GERD when medicines are not successful

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh English Content
English 12/09/2018 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

punca mulut berbau

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
sindrom iritasi usus

Perut Selalu Kembung & Berangin? Cuba Elak Ambil 7 Jenis Makanan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
pedih ulu hati

Aduh, Sakit Pedih Ulu Hati Pula Pagi-Pagi Ini! Jom Atasinya Dengan 5 Cara, PASTI Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah kulit

Usus Kotor? Petandanya Ada Pada Kulit Wajah Anda! Ini Cara Atasi Kulit Berjerawat Akibat Usus Kotor

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan