backup og meta

Atasi Masalah Perut Kembung Dengan 2 Teknik Urut Perut Ini, Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

Atasi Masalah Perut Kembung Dengan 2 Teknik Urut Perut Ini, Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

Perut kerap berangin tanpa sebab hingga menyebabkan rasa yang tidak selesa sepanjang masa? Apa kata anda cuba teknik dan cara urut buang angin dalam badan.

Cara urutan buang angin dalam badan ini bukan hanya berkesan melegakan kembung perut, tetapi juga beberapa masalah ringan lain.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Kenapa perlu tahu cara urut buang angin dalam badan?

Urutan badan atau urutan pada perut merupakan antara jenis kaedah rawatan yang lembut dan tidak menyakitkan.

Malah, ia memberikan kesan yang menenangkan dan menyembuhkan kepada sesetengah individu.

Kaedah urutan perut ini telah lama digunakan bagi melegakan beberapa jenis gangguan, terutamanya masalah yang berkaitan dengan perut.

Ini termasuklah isu-isu penghadaman, sembelit dan juga kembung perut.

petua mengatasi masalah kembung perut
6 cara mencegah kembung perut setiap kali makan.

Dengan melakukan cara urutan buang angin dalam badan, anda akan merasakan kelainan selepas 5 atau 10 minit melakukan urutan.

Oleh sebab itu, anda perlu mengetahui teknik dan cara urut buang angin dalam badan yang betul untuk melegakan masalah perut yang dialami.

Cara urutan buang angin dalam badan 1

cara urut buang angin dalam badan
Urutan buang angin dalam perut yang betul.

Sebenarnya, dengan mengurut kawasan perut anda, ia boleh membantu menggerakkan atau melancarkan pergerakan tinja dalam usus besar.

Selain itu, cara buang angin dalam perut ini juga membantu melegakan simptom-simptom kekejangan dan kembung perut.

Lihat cara buang angin dalam badan seperti di bawah ini.

  1. Mulakan pada bahagian tengah perut anda terlebih dahulu.
  2. Gosokkan tangan pada tengah perut dengan gerakan membulat atau memusar. Kemudian, secara perlahan-lahan gerakkan tangan sambil membuat gerakan tersebut ke arah perut sebelah kanan.
  3. Lakukannya sehingga tangan anda tiba di kawasan tulang rusuk.
  4. Setelah itu, lakukan cara yang sama dan gerakkannya ke bahagian perut sebelah kiri pula. 
  5. Setelah tapak tangan anda sampai ke bahagian tulang rusuk sebelah kiri, gerakkan tangan anda semula ke bahagian tengah atau pusat badan.
  6. Lakukan setiap bahagian perut selama 2 hingga 3 minit.
  7. Sewaktu tangan berada di tengah perut, teruskan menggosok dengan hujung jari anda dalam gerakan membulat.
  8. Anda boleh menekan perut lebih dalam sedikit dengan jari anda. Lakukannya selama kira-kira 1 minit.
  9. Secara perlahan-lahan, alihkan tangan dari tulang pinggul kanan ke rusuk kanan dan urutnya selama 1 minit. Kemudian teruskan urutan selama 1 minit pada bahagian tengah perut. Kemudian, 1 minit lagi pada bahagian tulang pelvis sebelah kiri dan membawa ke bahagian pusat perut. 

Cara urut buang angin dalam badan 2

punca angin dalam badan
Cara buang angin dalam perut di rumah.

Selain daripada teknik di atas, ada kaedah kedua yang boleh anda lakukan untuk membuang angin dalam perut seperti:

  1. Baring seperti biasa terlebih dahulu.
  2. Letakkan tangan anda secara bertindih di atas perut dan fokuskan kepada pernafasan anda.
  3. Panaskan tangan anda dengan cara menggosoknya antara satu sama lain selama 30 saat.
  4. Gunakan sebarang minyak urut yang anda mahu. Jika tiada minyak urut yang khusus, anda boleh menggunakan minyak bayi atau minyak aromaterapi.
  5. Letakkan minyak pada perut, dan gosokkan perut anda dengan menggunakan tapak tangan beberapa kali. Lakukannya dengan mengikut arah pusingan jam.
  6. Setelah itu, urut bahagian tengah perut bermula pada bahagian atas pusat sehinggalah pada tulang kemaluan.
  7. Lakukan kaedah yang sama pada bahagian sebelah kanan badan. 
  8. Setelah itu, tekan jari anda pada bahagian pusat secara perlahan-lahan.
  9. Kemudian, teruskan mengurut dengan gerakan membulat pada bahagian luar pusat dengan mengikut arah pusingan jam.
  10. Lakukan urutan pada seluruh bahagian perut selama 20 minit. Jika ada kawasan perut yang anda rasa memerlukan lebih perhatian, luangkan lebih masa untuk mengurut pada kawasan tersebut.

Adakah selamat untuk buat cara urut buang angin dalam badan?

Secara umumnya, cara buang angin dalam badan ini adalah selamat untuk dilakukan oleh semua golongan. Ini kerana, ia merupakan kaedah yang lembut dan tidak menyakitkan.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil berat sebelum melakukan cara urut buang angin dalam badan seperti:

  • Jangan melakukan urutan pada perut jika anda baru sahaja menjalani sebarang pembedahan pada perut. 
  • Sekiranya anda sedang hamil, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang urutan. 
  • Anda disarankan untuk tidak mengambil makanan yang berat atau pedas dalam tempoh beberapa jam sebelum dan selepas sesi urutan.
  • Minum banyak air selepas anda selesai mengurut perut anda.

Kesimpulan

Semoga cara urut buang angin dalam badan yang dikongsikan di atas dapat mengurangkan masalah kembung perut anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

The Effects of Abdominal Meridian Massage on Menstrual Cramps and Dysmenorrhea in Full-time Employed Women. https://doi.org/10.4040/jkan.2005.35.7.1325. Accessed on September 12, 2022.

Abdominal Trigger Points and Psychological Function. https://doi.org/10.7556/jaoa.2016.025. Accessed on September 12, 2022.

Abdominal Self Massage. https://www.med.umich.edu/1libr/MBCP/AbdominalSelfmassage.pdf. Accessed on September 12, 2022.

Abdominal Massage. http://www.yoursourceforwellness.org/abdominal.htm. Accessed on September 12, 2022.

Abdominal Massage. https://acupressurepoints.org/reflexology-points-for-constipation-relief/. Accessed on September 12, 2022.

Versi Terbaru

26/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini Cara Merawat & Mencegah Bayi Daripada Alami Kembung Perut, Ibu Cubalah!

Ibu, Jangan Pandang Remeh Jika Baby Kembung Perut! Ia Mungkin Gejala Penyakit Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 26/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan