backup og meta

Anak Menyusu Badan Selalu Kembung Perut? Ibu Boleh Cuba Petua Ini Untuk Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/11/2022

    Anak Menyusu Badan Selalu Kembung Perut? Ibu Boleh Cuba Petua Ini Untuk Atasinya

    Masalah kembung adalah 1 keadaan biasa terjadi kepada si kecil menyusu badan. Namun sebagai ibu, pastinya anda akan berusaha mencari cara hilangkan kembung perut bayi. 

    Jangan susah hati, Hello Doktor akan kongsikan tip dan cara mengatasi kembung perut bayi yang menyusu untuk anda cuba.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Masalah kembung perut bayi menyusu badan

    Ketidakselesaan bayi akibat angin atau kembung terutamanya pada waktu malam adalah perkara normal yang menyebabkan kebimbangan kebanyakan ibu bapa

    Masalah angin ini boleh menimbulkan tekanan yang menyakitkan apabila ia terperangkap dalam saluran penghadaman si kecil yang belum matang.

    Punca kembung

    Antara faktor penyebab yang menyumbang kepada situasi perut masuk angin bagi bayi yang menyusu badan adalah:

  • Tidak melekap dengan baik pada puting mendorong bayi menelan banyak udara
  • Kerap menangis secara berlebihan
  • Mengalami sembelit
  • Saluran pencernaan masih belajar memproses makanan, angin dan najis dengan berkesan
  • Ubat kembung perut bayi: Fahami simptomnya 

    cara hilangkan kembung perut bayi

    Sebelum kita ketahui tip dan cara mengatasi kembung perut bayi, berikut antara gejala yang boleh dialami si manja apabila perut masuk angin, seperti:

    • Sendawa berlebihan
    • Terjeluak atau muntah susu
    • Perut kembung atau bengkak
    • Sukar tidur

    Cara hilangkan kembung perut bayi secara semula jadi

    Masalah perut masuk angin yang berlaku kepada si manja boleh diatasi dengan cara berikut:

    Tekanan lembut sebagai cara hilangkan kembung perut bayi

    Tummy Time

    Posisi ini dapat memberikan tekanan lembut pada abdomennya, sekali gus memberikan kelegaan perut berangin yang dialami si manja.

    Tunggu selepas 30 minit penyusuan sebelum melakukan tummy time.

    cara hilangkan kembung perut bayi

    Forearm Hold 

    Kaedah yang dikenali sebagai football hold, magic hold, dan colic carry ini turut dianggap ubat kembung perut bayi yang mujarab.

    Untuk mencuba kaedah ini, baringkan bayi dengan memastikan badan mereka berada pada lengan tangan anda. Bahagian dagu si manja harus berada hampir dengan pelipat siku anda.

    Pastikan kepala mereka dalam keadaan mengiring agar mulut dan hidung tidak terhalang untuk bernafas.

    Mendukung bayi dalam posisi ini akan memberikan tekanan lembut pada perut sama seperti ketika tummy time

    Cara hilangkan kembung perut bayi dengan sendawakan semasa dan selepas menyusu badan

    Berhenti sebentar sebelum menukar payudara menyusu boleh mengurangkan risiko bayi mengalami perut berangin, ini terutamanya jika aliran susu laju.

    Pakar penyusuan bayi mengesyorkan tempoh berehat antara 5 hingga 10 minit semasa menyusu terutamanya pada beberapa minggu pertama selepas kelahiran

    Baca juga: 

    Posisi penyusuan, ubat kembung perut bayi paling mudah dicuba

    Ketika menyusu, pastikan posisi penyusuan si manja lebih tinggi daripada perut pada bahagian kepala dan leher.

    Kekalkan bayi untuk berada pada kedudukan ini 30 minit selepas menyusu juga dapat mengurangkan kecenderungan perut berangin.

    Urutan antara cara mengatasi kembung perut bayi menyusu badan

    Semasa bayi berbaring secara menelentang, urutkan perutnya secara perlahan mengikut pusingan arah jam dan kemudian bawa urutan sehingga ke bawah. 

    Anda disarankan untuk mengulangi kaedah ini beberapa kali bagi membantu pergerakan angin yang terperangkap dalam sistem penghadaman si manja. 

    Sesi penyusuan pendek & kerap, cara hilangkan kembung perut bayi

    Jika anda mempunyai susu badan yang banyak, cuba untuk menyusukan bayi lebih kerap dengan tempoh penyusuan pendek. Cara terbaik, susukan bayi 2 kali ganda lebih kerap dan kurangkan separuh waktu bagi setiap sesi penyusuan.

    Saiz perut bayi hanyalah sebesar kepala tangannya sahaja, jadi mereka tidak memerlukan jumlah susu yang banyak!

    Pergerakan basikal menggunakan kaki bayi

    Salah satu ubat kembung perut bayi yang berkesan adalah dengan melakukan gerakan membulat pada kaki bayi secara perlahan seolah-olah mengayuh basikal. Gerakan ini dapat membantu menggerakkan usus dan melepaskan angin yang terperangkap.

    Ambil masa berehat bagi setiap sesi gerakan dengan menekan kedua-dua lutut secara lembut ke perut si manja untuk memberikan tekanan tambahan.

    cara hilangkan kembung perut bayi

    Buku catatan sebagai cara hilangkan kembung perut bayi

    Walaupun agak jarang untuk berlaku tetapi jika anda rasa punca bayi mengalami perut berangin disebabkan pemakanan anda atau makanan pejal si manja, lakukan catatan untuk mengesan makanan yang jadi punca masalah ini. 

    Namun, anda harus tahu bayi cepat menyesuaikan diri dengan pemakanan mereka atau diet ibu, jadi jangan bersikap keterlaluan sehingga bayi dan anda tidak mendapat khasiat yang diperlukan tubuh setiap hari.

    Ibu perlu banyak bersabar

    Ubat kembung perut bayi paling berkesan adalah masa.

    Kebanyakan masalah perut berangin yang dialami bayi ini akan tetap terjadi kerana sistem penghadaman mereka yang masih belum matang sepenuhnya, jadi kesabaran ibu dan ayah dalam berdepan situasi ini amatlah diperlukan. 

    Sekiranya keadaan si kecil mendatangkan kebimbangan dan cara hilangkan kembung perut bayi yang dikongsikan tidak membantu, dapatkan rundingan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan