backup og meta

Tak Selesa Sebab Perut Berangin? Nah, Cuba 10 Petua Semula Jadi Tanpa Ubat Ini!

Tak Selesa Sebab Perut Berangin? Nah, Cuba 10 Petua Semula Jadi Tanpa Ubat Ini!

Selalunya masalah perut berangin ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Pun begitu, ketidakselesaan ini pastinya boleh menjejaskan rutin harian anda, betul tak? Anda boleh mencuba cara mengatasi perut kembung ini untuk melegakan simptom yang dialami.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Cara mengatasi perut kembung dengan semula jadi

Perut berangin terjadi apabila terdapat sejumlah gas yang terkumpul di dalam saluran penghadaman, seperti usus dan perut.

Penyebab perut kembung biasanya berpunca daripada kemasukan udara dari luar atau peningkatan pengeluaran gas dalam usus.

Terdapat pelbagai kaedah dan remedi di rumah yang boleh membantu melegakan gejala ini:

1. Buang angin atau sendawa

Sekiranya anda mempunyai tabiat sering menahan diri daripada buang angin atau sendawa, ia harus diubah.

Kentut dan sendawa adalah cara semula jadi badan untuk melegakan kembung dengan menyingkirkan gas berlebihan dalam perut.

Jadi jika perut berasa tidak selesa, anda perlu mengeluarkan gas yang terperangkap dalam usus. Melakukan pergerakan usus (atau membuang air besar) juga dapat membantu.

cara mengatasi perut kembung

2. Pemampatan haba antara cara mengatasi perut kembung

Untuk mencuba kaedah ini, anda hanya perlu menyediakan kain lap atau tuala bersih, besen, dan air suam.

Rendam kain lap di dalam besen air suam, kemudian perah lebihan air. Letakkan kain pada perut selama 10-15 minit untuk melegakan kesakitan dan kekejangan.

Suhu panas membantu melebarkan saluran darah supaya darah pembawa oksigen dapat mengalir dengan lancar.

Otot perut juga menjadi lebih longgar dan lebih santai, yang boleh mengurangkan sakit perut, kembung perut dan mengeluarkan gas berlebihan.

3. Banyak bergerak

Apabila perut terasa senak akibat kembung, elakkan duduk. Sebaliknya bangun dan berjalan untuk tempoh 10-15 minit.

Senaman intensiti sederhana ini membantu mengendurkan otot usus dan mempercepatkan perjalanan gas. Ia juga merangsang anda untuk membuang air besar, sekali gus menyingkirkan gas.

Cara mengatasi perut kembung #4. Lakukan urutan pada perut

Perut yang kembung juga boleh diatasi dengan mengurutnya.

Urutan pada perut membantu melancarkan pergerakan sistem penghadaman di samping menghilangkan gas dalam perut. Ia juga dapat melegakan ketidakselesaan akibat perut kembung.

Walau bagaimanapun, jika keadaan anda tidak bertambah baik atau menjadi lebih teruk, hentikan urutan.

Langkah yang betul untuk urutan perut

  1. Letakkan kedua-dua tangan tepat di atas tulang pinggul kanan.
  2. Urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat dengan tekanan ringan ke arah sebelah kanan rusuk.
  3. Lakukan urutan ke arah bahagian atas perut, kemudian ke rusuk kiri.
  4. Teruskan dengan membawa urutan tangan ke bawah ke tulang pinggul kiri.
  5. Ulang kaedah yang sama sehingga berasa lega.

5. Makan perlahan-lahan

Makan secara perlahan amat disarankan bagi menghindari kemasukan udara yang banyak ke dalam saluran penghadaman. Kesannya ia boleh mengakibatkan perut kembung dan senak.

Biasakan diri untuk melakukan kunyahan hingga 30 kali bagi setiap suapan. Tutup mulut semasa mengunyah dan elakkan bercakap untuk menghalang kemasukan lebih banyak udara ke dalam perut.

6. Elakkan minum soda, cara mengatasi perut kembung

Soda atau minuman berkarbonat boleh memburukkan lagi pembentukan gas dalam perut dan usus.

Ini kerana kandungan gas karbon dioksida di dalamnya boleh menyebabkan buih dalam saluran pencernaan, membuatkan perut kembung.

Selain itu, kandungan pemanis tiruan dalam pelbagai minuman ini boleh membuatkan perut berasa lebih tidak selesa.

7. Hindari tabiat merokok

cara mengatasi perut kembung

Tabiat merokok sebenarnya boleh memburukkan lagi masalah kembung yang dialami. Ini kerana apabila menghisap rokok, udara dan asap rokok akan masuk ke dalam badan serta meningkatkan kandungan gas.

Semakin banyak udara dan asap yang masuk, semakin banyak gas yang terkumpul dalam saluran pencernaan. Kesannya ia cenderung menyebabkan kerengsaan kepada penghadaman. 

Jadi menghindarinya adalah cara mengatasi perut kembung yang boleh dicuba.

8. Jenis makanan

Pengambilan beberapa jenis makanan seperti makanan berlemak, bijirin penuh, kekacang, susu, produk tenusu dan makanan berserat tinggi boleh menjadi dalang punca kembung.

Sebaiknya, hadkan pengambilan makanan ini.

cara mengatasi perut kembung

9. Saiz hidangan

Makanan dalam kuantiti yang banyak sememangnya boleh membuatkan anda berasa kenyang, tetapi dalam masa sama meningkatkan kecenderungan untuk kembung perut.

Jadi, anda disyorkan untuk membahagikan saiz hidangan kepada beberapa bahagian kecil sehari. Ini akan mengekalkan fungsi normal sistem pencernaan dan tidak membebankan perut dan usus.

10. Minum teh herba

Pengambilan ramuan herba seperti pudina, chamomile, ketumbar, bunga lawang dan kunyit turut dapat membantu mengurangkan kembung.

Pudina dan chamomile biasanya boleh didapati sebagai teh herba. Manakala rempah ratus seperti ketumbar, bunga lawang, dan kunyit boleh dimasukkan ke dalam masakan.

Baca juga:

Pemeriksaan doktor

Sekiranya cara mengatasi perut kembung yang dikongsikan di atas tidak berkesan, lakukanlah pemeriksaan doktor.

Ia perlu untuk menentukan punca sebenar sama ada disebabkan gangguan sistem penghadaman atau keadaan perubatan lain. Ini terutamanya jika masalah berlanjutan atau semakin teruk.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Belching, Intestinal Gas and Bloating: Tips for Reducing Them.  https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/in-depth/gas-and-gas-pains/art-20044739, Accessed on May 2, 2023 
  2. Bloating: Causes and Prevention Tips.  https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/bloating-causes-and-prevention-tips, Accessed on May 2, 2023
  3. Gas: Beat The Bloat. https://www.brighamandwomens.org/patients-and-families/meals-and-nutrition/bwh-nutrition-and-wellness-hub/special-topics/gas-beat-the-bloat, Accessed on May 2, 2023 
  4. Bloated Stomach. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21740-bloated-stomach, Accessed on May 2, 2023
  5. Bloating. https://www.healthdirect.gov.au/bloating, Accessed on May 2, 2023

Versi Terbaru

07/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ada Banyak Punca Perut Kerap Masuk Angin? Lakukan 7 Cara Ini, Gerenti Berkesan!

Kentut Busuk Seperti Bau Telur Tembelang? Ini Mungkin Tanda Penyakit


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan