#3. Kulit kayu manis
Kulit kayu manis sering digunakan dalam hidangan lauk-pauk dan juga nasi berperisa seperti nasi minyak atau nasi beriani.
Tahukah anda bahawa kulit kayu manis telah lama digunakan sejak dari zaman Mesir purba lagi.
Kulit kayu manis mengandungi antioksidan yang bertindak melindungi tubuh badan daripada kerosakan oksidatif yang berpunca daripada radikal bebas matahari.
#4. Bunga lawang

Senarai rempah ratus yang satu ini agak unik kerana ia benar-benar berbentuk seperti bunga yang sedang mekar walaupun sudah kering.
Bunga lawang mempunyai beberapa sebatian yang menggalakkan kesihatan badan seperti linalool, anethole dan limonene. Kesemua sebatian ini bertindak sebagai antioksidan, antiradang dan juga antimikrob.
#5. Jintan manis
Masyarakat India amat menggemari jintan manis. Boleh dikatakan hampir kesemua masakan orang India akan dimasukkan dengan sedikit jintan manis.
Bagi anda yang mempunyai masalah mulut berbau, cuba gunakan jintan manis.
Ini kerana, ia mempunyai minyak pati dengan ciri antibakteria yang boleh membantu menyegarkan nafas anda. Cuba ambil beberapa biji jintan manis dan kunyah untuk menghilangkan bau mulut anda.
#6. Jintan putih
Perubatan tradisional menyarankan penggunaan jintan putih sebagai antara senarai rempah ratus bagi merawat masalah cirit-birit sejak berabad lamanya.
Kajian juga mendapati, ekstrak jintan putih yang diberikan kepada tikus dapat menyembuhkan simptom cirit-birit yang dialami oleh tikus tersebut.
#7. Biji halba

Dalam budaya orang Melayu, biji halba biasa dimasukkan dalam masakan seperti nasi dagang atau nasi lemak.
Ia menjadikan nasi lebih wangi dan agak berlemak apabila dimakan. Ada kajian menyatakan bahawa, biji halba boleh membantu merangsang penghasilan susu ibu yang lebih banyak.
Ia boleh menjadi antara kaedah yang selamat dan semula jadi untuk merangsang susu ibu.
Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda merancang untuk mengambil senarai rempah ratus ini untuk tujuan tersebut.
#8. Biji ketumbar
Biji ketumbar juga berasal daripada pokok daun ketumbar yang biasa kita gunakan dalam masakan tomyam.
Untuk makluman anda, biji ketumbar kaya dengan kandungan vitamin K yang sangat membantu dalam membekukan darah jika anda mengalami kecederaan atau sebarang luka.
Selain itu, vitamin K juga membantu tulang anda untuk menjadi lebih baik dan mengelakkan risiko penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.
#9. Biji sawi
Tahukah anda bahawa biji sawi sebenarnya sangat kaya dengan vitamin dan mineral tertentu.
Antaranya ialah zat besi, magnesium, fosforus, potassium, mangan dan juga selenium. Selain itu biji sawi juga tinggi kandungan vitamin C, vitamin B6, vitamin K, riboflavin dan asid folik.
Kesemua vitamin dan mineral ini sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Pastikan rempah ratus ini lengkap
Jika ada mana-mana senarai rempah ratus di atas yang masih tiada di dapur rumah anda, cuba dapatkannya dan pastikan 9 jenis rempah ratus ini lengkap.
Rempah ratus seperti ini bukan hanya menyedapkan dan menaikkan aroma dan rasa masakan harian, tetapi juga ia memberikan banyak manfaat dan khasiat untuk tubuh kita.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen