backup og meta

Pengurusan Tekanan Sakit Perut

Pengurusan Tekanan Sakit Perut

Betul ke anda boleh alami sakit perut sebab stress? Tetapi apa kaitannya perut dan tekanan yang dialami? Kalau nak tahu jawapannya, teruskan pembacaan anda…

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Sakit perut sebab stress?

Kajian menunjukkan bahawa emosi mempunyai pengaruh besar terhadap setiap aspek tubuh, termasuk sistem pencernaan.

Tindak balas kadang-kadang boleh menjadi sengit jika anda mengalami tekanan, menyebabkan sakit perut akut.

Ia boleh menyebabkan sakit perut, mual, muntah, berasa kembung dancirit-birit.

Jika anda kerap mengalami ketidakselesaan perut, anda perlu lakukan pemeriksaan dengan doktor anda untuk melihat sama ada ia menandakan keadaan perbubatan. 

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang keadaan perubatan yang boleh menyebabkan sakit perut, anda perlu menganalisis reaksi anda kepada tekanan.

Atasi kegelisahan dan stres

Apabila anda pasti kesakitan berasal dari kegelisahan, terdapat langkah yang boleh anda ambil untuk mengawalnya.

Ramai orang memilih untuk menjalani terapi. Itu adalah pilihan yang baik, tetapi ia bukan satu-satunya. Malah, anda benar-benar boleh belajar untuk menguruskan tekanan anda sendiri.

sakit perut sebab stress

Berikut adalah beberapa tip untuk membantu meringankan emosi anda:

  • Ambil nafas mendalam, kemudian biarkan udara keluar perlahan-lahan. Lakukan sehingga anda tenang.
  • Cuba bersenam atau bermeditasi.
  • Lakukan sesuatu yang menyenangkan untuk mengalihkan fikiran.
  • Bercakap dengan rakan atau keluarga anda.
  • Rancang bagaimana anda akan menangani masalah, langkah demi langkah.
  • Mengamalkan diet yang sihat.
  • Dapatkan rehat yang mencukupi.

Atasi sakit perut sebab stress

Anda boleh mencuba cara mengatasi sakit perut akibat stres ini:

sakit perut sebab stress

  • Dapatkan rawatan di rumah dengan kesan menenangkan seperti peppermint atau teh halia.
  • Ambil ubat sekiranya keadaan anda menjadi lebih teruk, tetapi ingat untuk berunding dengan doktor anda terlebih dahulu.
  • Jauhkan daripada bau yang kuat seperti asap atau minyak wangi kerana ia akan menjadikan perut anda lebih teruk.

Sebaliknya, anda harus tahu bila perlu berjumpa doktor.

Sekiranya anda mempunyai kekaburan, sakit abdomen, tanpa simptom fizikal yang lain, selama lebih daripada 2 minggu, pergi ke hospital untuk pemeriksaan adalah perkara yang perlu dilakukan.

Kesakitan abdomen akibat stres mungkin sangat menjengkelkan. Tetapi ia biasanya tidak memerlukan rawatan.

Baca juga:

Penyembuhan terletak pada gaya hidup anda sendiri. Pengurusan tekanan yang baik mungkin akan mengurangkan peluang anda mendapat sakit perut.

Anda juga boleh belajar mengesan apa yang mencetuskan tekanan dan cuba mengelakkannya jika boleh.

Perubahan gaya hidup membantu, ini kerana orang yang mengamalkan gaya hidup sihat mempunyai tekanan yang kurang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Why stress may cause abdominal pain, from the Harvard Mental Health Letter. http://www.health.harvard.edu/press_releases/why-stress-may-cause-abdominal-pain Assessed September 18, 2016
  2. Stress and stomach pain: When should you see a specialist? https://www.uchicagomedicine.org/forefront/gastrointestinal-articles/stress-and-stomach-pain-when-should-you-see-a-specialist, Accessed on May 23, 2023
  3. Anxious Stomach Aches and Headaches. https://childmind.org/article/anxious-stomach-aches-and-headaches/, Accessed on May 23, 2023
  4. The gut-brain connection. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/the-gut-brain-connection, Accessed on May 23, 2023
  5. Can Anxiety and Stress Cause Stomach Pain? https://www.avera.org/balance/digestive-health/can-anxiety-and-stress-cause-stomach-pain/, Accessed on May 23, 2023

Versi Terbaru

29/05/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Atasi Masalah Perut Selalu Kembung Dengan 7 Cara Ini, Berkesan!

Ada Banyak Punca Perut Kerap Masuk Angin? Lakukan 7 Cara Ini, Gerenti Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan