Benarkah masalah berat badan berlebihan boleh menjadi punca pedih ulu hati? Ikuti penjelasan ini untuk lebih kefahaman mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Masalah berat badan berlebihan
Berat yang berlebihan sering dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kemurungan, keletihan dan penyakit kronik contohnya penyakit jantung.
Di samping itu, berat badan berlebihan juga mempunyai kaitan dengan asid refluks atau pedih ulu hati.
Punca pedih ulu hati & GERD
Masalah pedih ulu hati ini adalah keadaan biasa. Jika kerap dialami, ia mungkin gejala bagi keadaan yang disebut penyakit gastroesophageal refluks (GERD) atau lebih dikenali sebagai asid refluks.
Pedih ulu hati ini berasal daripada sensasi terbakar yang berlaku sekitar dada dan saluran gastrousus atas. Ia berlaku apabila asid perut mengalir kembali ke tekak.
Serangan sekali-sekala pedih ulu hati boleh berlaku kepada sesiapa. Manakala GERD boleh menyebabkan simptom muncul sekurang-kurangnya 2x seminggu.
Selain sensasi terbakar, GERD juga boleh mengakibatkan:
Sama ada asid refluks yang dialami muncul sekali-sekala atau berterusan, sebenarnya ia turut dipengaruhi oleh berat badan.
Impak masalah berat badan berlebihan
Menurut American Society for Gastrointestinal Endoscopy, kegemukan dikenal pasti sebagai punca pedih ulu hati kerap berlaku.
Keadaan ini kerana berat yang berlebihan meningkatkan tekanan perut menjadikan kebocoran atau aliran balik asid perut lebih cenderung berlaku.
Berat berlebihan adalah faktor risiko terbesar berkaitan GERD. peningkatan berat yang sementara, seperti semasa kehamilan turut boleh mengakibatkan pedih ulu hati.
Pun begitu, dalam kes sebegitu, simptomnya akan hilang setelah kembali ke berat asal.
Kesan pemakaian pakaian yang ketat turut memburukkan lagi gejala.
Maka menurunkan berat badan membantu mengurangkan asid refluks, sekali gus menjadikan faktor pemakaian lebih longgar sebagai manfaat yang bakal anda perolehi.
Baca juga:
Tip mengurangkan berat badan
Mengatasi masalah berat badan yang berlebihan adalah cara terbaik untuk mengatasi pedih ulu hati dan GERD.
Langkah pertama adalah dengan mengurangkan pengambilan kalori harian dengan cara mengehadkan makanan tinggi lemak, berbungkus dan kurang berkhasiat bagi menurunkan risiko punca pedih ulu hati.
Bersenam juga merupakan satu lagi teknik untuk mengurangkan berat badan, seperti berjalan kaki selepas makan yang dapat membantu proses pembakaran kalori dan pencernaan.
Perubahan pada amalan gaya hidup yang lain juga boleh membantu mengatasi pedih ulu hati, seperti:
1. Atasi masalah berat badan berlebihan dengan mengambil saiz hidangan kecil
Saiz hidangan yang kecil dapat mengurangkan tekanan pada perut, sekali gus mencegah aliran balik asid perut ke esofagus.
Pengambilan makanan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap bukan sahaja akan mengurangkan pedih ulu hati tetapi juga kuantiti kalori secara keseluruhan.
Anda juga dinasihatkan untuk makan dengan perlahan.
2. Elak berbaring selepas makan atasi punca pedih ulu hati
Anda juga perlu mengelakkan daripada berbaring sejurus selepas makan atau ia akan mencetuskan pedih ulu hati.
National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK) turut mengesyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya tempoh 3 jam selepas makan untuk berbaring.
3. Tinggikan bahagian kepala
Ketika ingin tidur, anda boleh meninggikan bahagian kepala antara 6-10 inci bagi mencegah pedih ulu hati terjadi pada waktu malam.
4. Hindari makanan pencetus
Anda juga perlu mengetahui makanan dan minuman yang mungkin menjadi pencetus gejala pedih ulu hati. Bagi penghidap GERD pula, anda perlu lebih berhati-hati dengan item yang boleh menyebabkan simptom.
Dengan mengehadkan atau mengelakkan pencetus, anda mungkin akan kurang mengalami gejalanya.
Atasi masalah berat badan berlebihan 5. Pilih makanan yang baik
Tiada sejenis makanan ajaib dapat merawat asid refluks. Tetapi mengelakkan makanan pencetus dan melakukan perubahan diet dapat membantu.
American Academy of Family Physicians mengesyorkan makanan rendah lemak dan tinggi protein.
Pengurangan jumlah lemak dalam diet dapat mengurangkan gejala, manakala pengambilan protein dan serat yang mencukupi menjadikan anda kenyang dan mencegah anda makan secara berlebihan.
6. Berhenti merokok
Menghentikan tabiat merokok adalah antara cara untuk mencegah punca pedih ulu hati. Ia amat penting bagi penghidap GERD.
Merokok merosakkan sfingter esofagus bawah (LES) yang bertanggungjawab mencegah asid perut daripada naik semula ke tekak. Apabila otot LES menjadi lemah kesan merokok, anda akan lebih kerap mengalami pedih ulu hati.
Pentingnya mencegah masalah berat badan
Terdapat hubungan kuat antara masalah berat badan berlebihan dengan punca pedih ulu hati.
Maka mengurangkan berat adalah pilihan perubahan gaya hidup yang baik bagi mengurangkan gejala tersebut, bahkan secara tidak langsung turut menurunkan risiko anda untuk komplikasi masalah kesihatan lain.
Sekiranya tip yang dikongsikan Hello Doktor di atas tidak membantu dalam mengurangkan berat dan gejala heartburn, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan doktor bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.
[embed-health-tool-bmr]