backup og meta

Simptom Selesema Perut Hampir Sama Keracunan Makanan, 7 Cara Ini Boleh Rawat!

Simptom Selesema Perut Hampir Sama Keracunan Makanan, 7 Cara Ini Boleh Rawat!

Anda tahu apa itu flu perut? Sebenarnya, ia adalah sejenis jangkitan yang boleh membawa kepada rasa sakit dan tidak selesa pada perut dan seakan sama dengan keracunan.

Jangkitan yang disebabkan oleh mikrobiom virus, bakteria atau parasit ini boleh berlaku kepada semua golongan individu tidak kira bayi, kanak-kanak, dewasa serta warga emas.

Persoalannya, bagaimana cara cegah flu perut ini? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu!

Apa itu flu perut?

Untuk pengetahuan anda, flu perut atau lebih dikenali secara saintifik gastroenteritis adalah sejenis jangkitan mikroorganisme yang boleh berlaku pada perut.

Antara jenis organisme yang mungkin boleh membawa kepada jangkitan flu perut termasuklah:

  • Virus: Norovirus, Adenovirus
  • BakteriaE.coli, Salmonella, Shigella
  • ParasitGiardia lambia, Cryptosporidium

Meskipun ia dinamakan sebagai flu perut, ia tidak sama seperti jangkitan influenza kerana hanya akan melibatkan sistem penghadaman dan bukan sistem pernafasan.

Sekiranya anda dijangkiti flu perut, ia dikatakan lebih kurang sama dengan simptom keracunan makanan namun apa yang lebih berbahaya adalah ia boleh berjangkit.

apa itu flu perut

Antara simptom yang akan terjadi adalah cirit-birit, mual-mual, muntah-muntah, hilang selera makan, sakit perut, sakit kepala, sakit otot, dan mungkin juga demam.

Apa itu flu perut biasanya bertahan selama beberapa jam atau hari dan anda disarankan untuk terus berjumpa doktor jika demam masih lagi belum kebah walaupun setelah 10 hari berlalu.

Cara cegah flu perut!

Baiklah, sekarang kita semua sudah faham apa itu flu perut dan kini beralih pula kepada cara cegah flu perut yang anda boleh cuba sekiranya dijangkiti kondisi ini.

Tanpa mengira jantina dan usia, ada beberapa cara cegah flu perut yang anda boleh cuba di rumah:

#1. Ubat anti diarea

Antara simptom utama jangkitan ini adalah cirit-birit, maka anda memerlukan ubatan seperti Loperamide hydrochloride (Imodium) atau Bismuth subsalicylate (Pepto-Bismol).

#2. Ubat demam & tahan sakit

Jika anda demam dan sakit pada tubuh badan semasa mengalaminya, anda mungkin boleh ambil ubat Acetaminophen (Tylenol) yang mampu untuk melegakan kesakitan tersebut.

apa itu flu perut

Cara cegah flu perut #3. Urutan

Urutan menggunakan hujung jari pada titik tertentu (contohnya P-6 pada kawasan dalaman pinggang) boleh melegakan simptom seperti mual-mual dan muntah-muntah.

#4. Makanan probiotik

Makanan probiotik seperti yogurt boleh membantu melawan cirit-birit namun sila pastikan anda memilih yogurt yang rendah atau tiada lemak dan tidak ada kondisi intoleransi laktosa.

Baca lagi artikel berkaitan:

#5. Suplemen zink

Suplemen zink yang boleh didapati di farmasi boleh membantu mengurangkan tahap keterukan serta tempoh apa itu flu perut berlangsung lantas menjadi alternatif rawatan terbaik.

#6. Pad haba

Meletakkan pad haba pada perut yang rasa tidak selesa akibat jangkitan flu perut ini juga dipercayai mampu untuk melegakan kesakitan atau kekejangan yang berlaku.

Cara cegah flu perut #7. Berehat

Akhir sekali, anda mungkin hanya perlu berbaring dan berehat ketika mengalami simptom-simptom flu perut kerana ia boleh datang dan pergi seiring dengan waktu.

Jenis diet perlu diamal & dielak

Sebagai tambahan, anda juga mungkin perlu untuk jaga diet bagi mengelakkan apa itu flu perut menyerang kembali pada masa hadapan. Apa maksudnya?

Sebenarnya, ada beberapa jenis diet yang anda mungkin perlu untuk amal dan elak termasuklah:

apa itu flu perut

Apa anda perlu amalkan?

  • Air: Umumnya, orang dewasa dan warga emas perlu mengambil sejumlah ideal air kosong manakala bayi dan kanak-kanak perlu mengambil sejumlah ideal susu formula/susu ibu
  • Ais: Bukan air batu sebaliknya ia lebih dikenali sebagai ‘ice chips’ yang mampu membantu anda berhidrasi, namun elakkan beri ais kepada anak anda yang masih kecil
  • Teh: Teh tanpa kafein yang ditambah dengan pudina atau halia boleh membantu anda menguruskan simptom seperti mual-mual dan muntah
  • Rempah: Rempah seperti kayu manis dan kunyit juga dipercayai boleh membantu anda menguruskan pelbagai simptom flu perut yang lain
  • BRAT: Diet ini boleh membantu anda membuat najis lebih padat serta kaya dengan potasium yang penting untuk mengembalikan nutrisi yang hilang

Apa anda perlu elak?

  • Produk tenusu: Ketika mengalami apa itu flu perut, sila elakkan produk seperti susu, keju dan lain-lain yang hanya akan memburukkan kondisi dan sistem penghadaman
  • Kafein: Kafein bersifat diuretik dan hanya akan membuat anda membuang air kecil serta air besar lebih banyak lantas memburukkan kondisi flu perut
  • Alkohol: Alkohol boleh menyebabkan radang pada dinding dan usus dalam perut serta merangsang penghasilan asid gastrik lantas membawa ketidakselesaan
  • Serat: Meskipun ia bagus pada dasarnya, penderita flu perut perlu elak mengambil serat dalam kuantiti terlalu banyak agar flu perut tidak bertambah teruk
  • Gula & pemanis tiruan: Gula dan pemanis tiruan dengan sorbitol akan membawa masalah pada sistem penghadaman seperti gas, angin dan cirit-birit

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Viral gastroenteritis (stomach flu), https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/viral-gastroenteritis/symptoms-causes/syc-20378847, Accessed Jul 21 2021.
  2. Viral gastroenteritis (stomach flu), https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/viral-gastroenteritis/diagnosis-treatment/drc-20378852, Accessed Jul 21 2021.
  3. Understanding Viral Gastroenteritis, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/understanding-viral-gastroenteritis, Accessed Jul 21 2021.
  4. Viral gastroenteritis (stomach flu), https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/viral-gastroenteritis-stomach-flu, Accessed Jul 21 2021.
  5. Stomach Flu (Gastroenteritis), https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12418-gastroenteritis, Accessed Jul 21 2021.
  6. Viral Gastroenteritis (“Stomach Flu”), https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/viral-gastroenteritis/treatment, Accessed Jul 21 2021.

Versi Terbaru

30/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Tahu Kenapa Anda Sering Sakit Perut, Semak 6 Punca Gastrik Ini!

Selalu Sahaja Rasa Sakit Perut? Kenal Pasti 7 Tanda Yang Tidak Normal Ini, BAHAYA!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan