backup og meta

Kekurangan Zink Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit Jantung & Tekanan Darah, Ambil Tahu Risikonya!

Kekurangan Zink Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit Jantung & Tekanan Darah, Ambil Tahu Risikonya!

Punca masalah tekanan darah boleh berlaku jika zat zink dalam badan anda terlalu banyak atau sedikit. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini, teruskan pembacaan anda.

Zink dan masalah tekanan darah

Zink adalah zat logam esensi. Ia berperanan untuk mengawal fungsi kardiovaskular.

Ia adalah mineral yang paling biasa ditemui dalam badan, hanya kedua selepas zat besi. Ia boleh didapati di setiap sel. Zink diperoleh daripada makanan yang anda makan.

Bila berbincang mengenai tekanan darah, zat zink yang terlalu banyak atau terlalu kecil boleh menjejaskan keupayaan tubuh untuk mengekalkan kadar semula jadi.

Zink yang terlalu kecil dalam badan, atau dalam istilah lainkekurangan zink, boleh mengubah rasa garam.

Sekiranya anda mempunyai masalah kekurangan zink semasa anda masih muda, ia mungkin akan meningkatkan risiko untuk anda mengalami penyakit kardiovaskular pada masa akan datang.

Manakala jika terlalu banyak zink di dalam badan pula boleh menyebabkan masalah kepada sistem kardiovaskular. Zink yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan oksidatif yang membawa kepada peningkatan tekanan darah.

Zink boleh bertindak balas dengan mineral lain. Sebagai contoh, pengambilan zink yang tinggi boleh mengurangkan kandungan tembaga dalam badan anda.

Kekurangan tembaga boleh menyebabkan jantung dan saluran darah anda menjadi lebih terdedah kepada penyakit. Ketidakseimbangan antara zink dan tembaga juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi.

Zink turut boleh digunakan untuk penyakit kencing manis, asma, buta malam, jerawat, ekzema, penyakit kepala yang teruk, penyakit Alzheimer, Sindrom Down atau penyakit anemia sel sabit.

zat zink

Tindak balas dengan ubat tekanan darah yang lain

Zink boleh bertindak balas dengan perencat ACE, kelas ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

Pengambilan perencat ACE boleh mengurangkan tahap zink dalam badan anda. Perencat ACE termasuklah benazepril (lotensin), enalapril (vasotec), moexipril (univasc), quinapril (accupril).

Zink boleh bertindak balas dengan diuretik thiazide, atau pil air.

Pengambilan ubat-ubatan ini menyebabkan tubuh anda kehilangan zink melalui air kencing. Ini boleh mengurangkan kadar zink dalam badan anda.

Jika anda mengambil diuretik Thiazide, doktor anda akan memeriksa kadar mineral dalam badan anda secara tetap untuk memastikan ia berada pada paras yang selamat.

Kemungkinan kesan sampingan

Zink secara umumnya selamat jika anda mengambilnya melalui mulut pada jumlah yang boleh didapati dalam makanan. Pengambilan zink yang disyorkan ialah 8 hingga 11 miligram sehari untuk orang dewasa dan 2 hingga 9 miligram sehari untuk bayi dan kanak-kanak.

Sekiranya doktor anda mengesyorkan tahap yang lebih tinggi, tidak mengapa dan ikuti cadangan tersebut.

Kesan sampingan zink yang mungkin terjadi adalah ia dapat menyebabkan anoreksia, gangguan darah dan gejala yang berkaitan dengan asma.

Di samping itu kesan lain yang boleh berlaku adalah perubahan fungsi tiroid, perubahan paras kolesterol, sembelit serta perubahan dalam metabolisme tembaga.

Jangan terkejut, ada kesan sampingan zink lain yang mungkin dialami anda, antaranya:

  • Cirit-birit
  • Pening
  • Mulut kering
  • Hidung kering
  • Mengantuk
  • Sakit kepala
  • Perubahan hormon
  • Keradangan buah pinggang
  • Kehilangan deria rasa
  • Masalah perut
  • Peningkatan risiko kanser
  • Muntah
  • Keletihan

zink-dan-tekanan-darah

Zink boleh menyebabkan pendarahan. Ini boleh membahayakan orang yang mengalami kecacatan pembekuan darah. Zink dapat mengurangkan paras gula darah.

Jangan ambil mudah masalah tekanan darah

Tahap zink di dalam badan anda boleh menjejaskan tekanan darah anda. Zink yang terlalu sedikit atau terlalu banyak boleh membawa kepada tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

Oleh itu, adalah penting untuk mengekalkan kadar zink pada jumlah kebiasaan.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Carpenter WE, Lam D, Toney GM, Weintraub NL, Qin Z. Zinc, copper, and blood pressure: Human population studies. Medical Science Monitor: International Medical Journal of Experimental and Clinical Research. 2013;19:1-8. doi:10.12659/MSM.883708.

Bergomi M, Rovesti S, Vinceti M, Vivoli R, Caselgrandi E, Vivoli G. Zinc and copper status and blood pressure. J Trace Elem Med Biol. 1997 Nov;11(3):166-9.

https://medlineplus.gov/druginfo/natural/982.html. Accessed May 31, 2017.

http://www.umm.edu/health/medical/altmed/supplement/zinc. Accessed May 31, 2017.

Zinc – safety. http://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/zinc/safety/hrb-20060638. Accessed May 31, 2017.

Versi Terbaru

27/09/2021

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sarang Lebah Boleh Bantu Turunkan Tekanan Darah?

Zink Berikan 9 Manfaat Ini Kepada Tubuh, Antaranya Berkaitan Jerawat & Sperma!


Disemak secara perubatan oleh

Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 27/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan