backup og meta

Sakit Perut Biasa @ Gastrik? Ini Cara Nak Bezakan Tanda Sakit Gastrik Angin

Sakit Perut Biasa @ Gastrik? Ini Cara Nak Bezakan Tanda Sakit Gastrik Angin

Bagaimana menentukan sakit perut yang dialami adalah kesan gastrik atau tidak? Jom kenali perbezaan tanda sakit gastrik angin dengan sakit perut biasa.

Bila gastrik menyerang? Kenapa boleh kena gastrik? Kenapa gastrik muntah?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Apa rasanya jika ada tanda sakit gastrik angin?

tanda sakit gastrik angin
Berehat jika anda mengalami gastrik.

Bila gastrik menyerang? Kenapa boleh kena gastrik? Kenapa gastrik muntah?

Biasanya individu dengan gastrik atau dalam istilah perubatan disebut gastritis akan mengadu rasa sakit menyucuk pada perut. Ia boleh bertambah baik mahupun bertambah buruk selepas makan atau muntah.

Mereka juga akan mengalami rasa ketidakselesaan pada bahagian atas perut dan tepat di bawah tulang dada. 

Bagi kes gastrik teruk, mereka akan mengadu sakit dada, sesak nafas, lemah atau sukar menelan makanan atau minuman dan demam panas. Keadaan ini memerlukan rawatan perubatan segera!

  • Pening dan muntah
  • Perut kembung
  • Senak
  • Sensasi terbakar antara waktu makan atau pada waktu malam
  • Tersedu yang teruk
  • Hilang selera makan
  • Muntah darah atau keluar cecair kehitaman
  • Najis hitam

Beza antara gastritis @ gastroenteritis

Sering berlaku kekeliruan antara tanda sakit gastrik angin dan gastroenteritis. Keduanya adalah keadaan yang berbeza.

  • Gastroenteritis – Keradangan (kerengsaan) perut dan usus disebabkan jangkitan
  • Gastritis – Keradangan lapisan perut dan jarang disebabkan oleh jangkitan

Masalah gastrik angin 

Kenapa gastrik muntah?

Gastrik adalah keadaan di mana lapisan perut menjadi merah dan bengkak atas pelbagai sebab.

Lapisan perut menghasilkan asid dan bahan lain yang berfungsi memecahkan nutrien makanan. Ia juga menghasilkan lendir bagi melindungi perut daripada asid yang dihasilkannya.

Fakta

Semasa mengalami gastrik, lapisan ini terjejas dan tidak dapat melindungi perut daripada asid. Ia merosakkan sel perut serta boleh menyebabkan ulser dan pendarahan.

Bagi kebanyakan individu, kesan gastrik tidak serius dan dapat sembuh jika dirawat. Namun jika gastritis tidak dirawat, ia boleh berlanjutan selama bertahun-tahun.

Memahami punca bagi tanda sakit gastrik angin

Antara punca gastritis adalah:

  • Kerap makan makanan pedas sehingga mengganggu lapisan perut
  • Jangkitan bakteria hidup, Helicobacter pylori (H.pylori) pada lapisan lendir perut. Tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan ulser dan barah perut
  • Refluks hempedu – Jus pencernaan, dikenali sebagai hempedu berpatah balik ke perut daripada saluran hempedu yang menghubungkan hati dan pundi hempedu
  • Pengambilan alkohol dan dadah terlarang secara berlebihan
  • Tabiat merokok
  • Pengambilan ubat antiradang non-steroid (NSAID) secara kerap seperti aspirin, ibuprofen atau ubat tahan sakit lain
  • Tekanan daripada kecederaan teruk, penyakit kritikal, tertelan racun secara sengaja atau tidak dan pembedahan utama
  • Tindak balas autoimun apabila sistem imun menyerang sel dan tisu badan sendiri (lapisan perut)
  • Anemia pernisius – Bentuk anemia yang berlaku ketika perut tidak dapat mencerna vitamin B12 dan menyebabkan kerengsaan lapisan perut, salah satu kesan gastrik
  • Individu berusia lebih berisiko mengalami gastritis kerana lapisan perut cenderung menipis seiring pertambahan usia dan lebih mudah mengalami jangkitan H.pylori atau gangguan autoimun
  • Masalah kesihatan lain seperti HIV/AIDS, penyakit Crohn dan jangkitan parasit

Merawat sakit gastrik angin

Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan jumlah asid dalam perut bagi melegakan simptom dan tanda sakit gastrik angin. Selain itu, ia juga membantu lapisan perut sembuh dan mengatasi punca yang menyebabkannya.

Ubatan bantu atasi kesan gastrik

  • Antasid – Bantu meneutralkan asid dalam perut dan meredakan rasa sakit dengan cepat
  • Penyekat histamin 2 (H2) -Mengurangkan pengeluaran asid bagi membolehkan lapisan perut sembuh
  • Perencat pam proton (PPI) – Mengurangkan pengeluaran asid lebih berkesan berbanding penyekat H2
  • Jika gastritis punca anemia pernisius, pengambilan vitamin B12 mungkin diberikan
  • Gastrik yang berpunca daripada jangkitan H.pylori akan diberikan preskripsi antibiotik dan ubat penghalang asid – untuk mengatasi pedih ulu hati
tanda sakit gastrik angin
Pantang larang semasa gastrik.

Perubahan gaya hidup & diet cegah masalah gastrik angin 

  • Hindari makanan pedas, berasid atau bergoreng serta elakkan makanan merengsakan seperti laktosa daripada produk tenusu atau gluten daripada gandum
  • Pastikan saiz hidangan kecil dan makan dengan kerap
  • Elakkan atau kurangkan alkohol dan berhenti merokok

Komplikasi

Gastrik teruk boleh menyakitkan lapisan perut serta meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti:

  • Penyakit ulser peptik – Mengakibatkan luka menyakitkan pada saluran penghadaman atas
  • Polip gastrik -Sel kecil yang terbentuk pada lapisan dalam perut
  • Kanser perut – Boleh menjadi agresif atau tidak. Kesan gastrik disebabkan H.pylori meningkatkan risiko barah perut 
  • Gastritis atrofik – Berlaku jika gastrik disebabkan bakteria H.pylori atau gangguan autoimun. Selain menyebabkan kadar vitamin tertentu rendah dalam darah, ia juga merosakkan sel lapisan perut yang menghasilkan jus pencernaan, sekali gus meningkatkan risiko barah perut

Mencegah tanda sakit gastrik angin

Para saintis belum mengkaji sepenuhnya faktor yang boleh mengakibatkan sakit gastrik angin. Oleh sebab itu, agak sukar untuk mencegah keadaan ini.

tanda sakit gastrik angin
Cuci tangan untuk cegah gastritis.

Walau bagaimanapun, seseorang individu boleh mengurangkan risiko mengalami gastritis dengan:

  • Mengamalkan tahap penjagaan kebersihan tangan yang baik
  • Makan makanan yang dimasak sepenuhnya
  • Mengelakkan ubat-ubatan yang boleh merengsakan perut

Kini anda telah tahu tanda sakit gastrik angin.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gastritis: Could It Be the Cause of Your Bad Bellyache? https://health.clevelandclinic.org/gastritis-could-it-be-the-cause-of-your-bad-bellyache/, Accessed on Sept 20, 2021
  2. Gastritis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gastritis/symptoms-causes/syc-20355807,  Accessed on Sept 20, 2021
  3. Gut Feelings About Gastritis. https://newsinhealth.nih.gov/2012/11/gut-feelings-about-gastritis, Accessed on Sept 20, 2021
  4. Samy A. Azer; Hossein Akhondi. (2021). Gastritis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK544250/, Accessed on Sept 20, 2021
  5. Definition & Facts for Gastritis & Gastropathy. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/gastritis-gastropathy/definition-facts, Accessed on Sept 20, 2021
  6. Gastritis. https://www.nhs.uk/conditions/gastritis/, Accessed on Sept 20, 2021

Versi Terbaru

30/04/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Petua Kecutkan Buasir Yang Popular, Sapu Minyak Gamat, Berkesan Ke?

Biji Cili Punca Dapat Sakit Apendiks? Ketahui Kebenaran Di Sebaliknya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan