backup og meta

Alas Perut Dengan Minum Susu Sebab Tak Nak Dapat Gastrik? Baca Ini Dulu!

Alas Perut Dengan Minum Susu Sebab Tak Nak Dapat Gastrik? Baca Ini Dulu!

Susu untuk gastrik, adakah dapat melegakan simptomnya atau memburukkan lagi keadaan? Ikuti penjelasan ini bagi memberi lebih kefahaman mengenainya.

Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.

Susu untuk gastrik?

Apabila berasa tidak sihat atau mengalami masalah gangguan pencernaan, anda mungkin akan memilih untuk mengambil segelas susu bagi mengatasi keadaan itu.

Susu adalah minuman penuh berkrim yang dapat memberikan rasa ketenangan dan ia turut mengandungi khasiat, bukan?

Tetapi adakah susu terbaik untuk gastrik?

Punca gastrik

Susu secara umumnya sedikit berasid, tetapi jumlahnya adalah kurang berbanding asid yang dihasilkan oleh perut secara semula jadi.

Susu sememangnya dikatakan dapat memberi kelegaan sementara kepada penghidap asid gastrik. 

Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan bahawa susu akan merangsang pengeluaran asid. Ini sekali gus membuatkan anda berasa lebih sakit setelah kelegaan sementara itu. 

Penyelidikan yang dilakukan pada 1976, melihat kandungan lemak pada kandungan susu dengan membandingkan susu penuh krim dan susu rendah lemak

Kesemuanya meningkatkan rembesan asid. Terkejut bukan?

Bagaimana pula jika kandungan kalsium di dalam susu, adakah ia akan mendatangkan perbezaan?

Percubaan menggunakan susu rendah kalsium mendapati kurang asid dihasilkan. Tetapi ia melibatkan keadaan tertentu. 

Kajian berkaitan susu untuk gastrik

Terdapat satu kajian yang mengkaji keberkesanan susu ini. Ia melibatkan 10 individu sebagai peserta penyelidikan. 

Setiap peserta dikosongkan perut mereka dan kemudian diberikan susu melalui tiub di hidung.

Selepas tempoh 60 minit, kandungan perut disedut kembali. Kemudian rembesan asid gastrik diukur setiap 5 minit. 

Berdasarkan hasil keputusan, penyelidik mendapati bahawa minuman tenusu menyebabkan peningkatan asid gastrik selama 3 jam berikutnya.

Ini sekali gus dapat menjelaskan mengapa individu yang mempunyai gastrik akan mengalami kesakitan setelah minum susu.

susu untuk gastrik
Khasiat susu untuk pesakit gastrik.

Dan ia bukan hanya susu!

Berikut merupakan jenis minuman yang merangsang rembesan asid:

  • Kopi
  • Teh
  • Minuman beralkohol

Minuman alkohol seperti bir dan susu dikatakan mempunyai kesan perembesan asid yang paling besar. 

Ia sekali gus membuktikan bahawa pH minuman tidak langsung mempunyai kaitan untuk mempengaruhi pengeluaran asid.

Adakah terdapat susu untuk gastrik?

Susu rendah lemak mengurangkan perembesan asid perut.

Walau bagaimanapun, keadaan seperti itu tidak berlaku kepada individu menghidap ulser duodenum kerana asid yang dihasilkan mereka lebih tinggi. 

simptom gastrik
Petua melegakan gastrik dengan cepat.

Bahan lain yang menjadi faktor adalah protein susu (kasein)

Ini kerana produk tersebut akan membantu menormalkan rembesan jus gastrik. 

Semua bahan ini membantu memerangi gastrik dengan berkesan, kerana ia mempunyai kesan yang baik terhadap sistem pencernaan.

Pun begitu bagi individu yang mempunyai intoleransi tenusu, anda mungkin mendapati bahawa gejala gastrik cenderung berlaku semasa anda menggunakan produk tenusu tertentu terutamanya susu lembu.

Anda akan berisiko tinggi untuk mengalami gastrik, jika mempunyai intoleransi tenusu yang serius.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengawalnya dengan mengambil produk tenusu daripada sumber soya atau bukan tenusu sebagai pengganti. 

Doktor juga mungkin menyarankan pengambilan suplemen kalsium untuk mengurangkan risiko kehilangan jisim tulang.

masalah gastrik
Pantang larang penyakit gastrik.

Kesimpulan

Walaupun susu untuk gastrik berfungsi melapisi lapisan perut untuk sementara waktu, menyekat asid dalam perut dan membuatkan anda berasa lebih baik, tetapi kelegaan itu adalah untuk sementara waktu.
Ia mungkin berlangsung hanya untuk 20 minit atau lebih!

Dengan kata lain susu untuk gastrik dan gerd mungkin mempunyai banyak faedah, tetapi melegakan kerengsaan perut bukanlah salah satu daripadanya.

Pun begitu, terdapat pilihan susu untuk gastrik. Anda disarankan membaca bahagian kandungan bahan sebelum membuat pilihan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai susu dan ubat gastrik, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Effects of Various Forms of Milk On Gastric Acid Secretion. https://www.acpjournals.org/doi/10.7326/0003-4819-84-3-286?articleid=690151&. Accessed May 16, 2022. 
  2. Gut Feelings About Gastritis. https://newsinhealth.nih.gov/2012/11/gut-feelings-about-gastritis# . Accessed May 16, 2022.
  3. Dairy product consumption and gastritis/stomach ulcer risk in Korean middle-aged and elderly men. https://www.longdom.org/proceedings/dairy-product-consumption-and-gastritisstomach-ulcer-risk-in-korean-middleaged-and-elderly-men-33788.html . Accessed May 16, 2022.
  4. The Best and Worst Foods for Acid Reflux. https://www.uhhospitals.org/Healthy-at-UH/articles/2014/04/best-and-worst-foods-for-acid-reflux. Accessed May 16, 2022.
  5. Gastroesophageal reflux disease (GERD). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gerd/diagnosis-treatment/drc-20361959.Accessed May 16, 2022.
  6. Acid Reflux: A Red Flag. https://www.westonaprice.org/health-topics/modern-diseases/acid-reflux-a-red-flag/. Accessed May 16, 2022.

 

Versi Terbaru

03/09/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Sakit Perut Akibat Masalah Gastrik Angin? Ikut 8 Cara Mudah Ini Untuk Atasinya!

Elak Sakit Perut Gastrik Dengan Patuhi 6 PANTANG LARANG Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan