Anak Alah kepada Susu Lembu: Apa yang Perlu Anda Lakukan?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/12/2019

    Anak Alah kepada Susu Lembu: Apa yang Perlu Anda Lakukan?

    Susu merupakan minuman yang disukai oleh kebanyakan individu terutamanya susu lembu. Namun begitu, alahan kepada susu sering terjadi terutamanya kepada kanak-kanak dan bayi. Alahan susu lembu ini terjadi kepada sekurang-kurangnya 2-3% daripada bayi. Keadaan ini mungkin berpunca daripada sistem imun kanak-kanak yang lemah sekaligus mempengaruhi reaksi apabila menerima protein. Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai alahan susu lembu terhadap anak anda.

    Apakah perbezaan alahan susu dengan intoleransi laktosa?

    Kebanyakan individu keliru antara alahan susu dengan intoleransi laktosa. Alahan susu adalah tindak balas sistem imun terhadap protein terdapat dalam susu lembu yang akan menghasilkan reaksi. Setelah protein dihadam oleh sistem imun, pelbagai reaksi boleh terjadi antaranya ruam, bengkak dan gatal-gatal pada kulit, masalah pernafasan, hilang kesedaran malah boleh membawa maut. Sementara itu, intoleransi laktosa pula tidak mempunyai kaitan dengan sistem imun. Individu yang mengalami intoleransi laktosa sebenarnya kekurangan enzim dalam badan. Enzim ini membantu meleraikan kandungan gula yang terdapat dalam susu lembu. Cirit-birit, muntah-muntah, angin dan kembung perut merupakan simptom intoleransi laktosa. Kondisi ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada badan tetapi tidak akan membawa maut.

    Apakah simptom alahan susu lembu?

    Jika anda dapat mengesan simptom-simptom berikut pada anak anda selepas minum susu lembu, ini mungkin menunjukkan anak anda mengalami alahan terhadap susu lembu.

    • Berdehit
    • Sukar bernafas
    • Batuk
    • Suara menjadi serak
    • Sakit tekak
    • Sakit perut
    • Muntah-muntah
    • Cirit-birit
    • Mata berair, gatal atau membengkak
    • Tumbuh ruam
    • Tumbuh bintik-bintik merah
    • Ada bahagian badan membengkak
    • Tekanan darah menjadi rendah
    • Hilang kesedaran

    Apakah yang perlu dilakukan?

    Sekiranya anda mengesan simptom-simptom alahan susu lembu ini terhadap anak anda, segera berhubung dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Doktor anda akan memeriksa anak anda dan membuat ujian darah dan sisa kumbahan anak anda. Sekiranya simptom yang berlaku lebih teruk, doktor anda akan menjalankan ujian kulit untuk anak anda. Ujian ini dijalankan dengan meletakkan sedikit susu pada bahagian kulit anda anda untuk melihat reaksinya. Dalam kes yang lebih serius, anak anda perlu mengambil epinephrine. Sebagai ibu yang menyusukan anak dengan susu badan, anda sendiri perlu mengelakkan daripada mengambil makanan yang dihasilkan daripada produk tenusu kerana anak anda boleh mengalami reaksi alahan ini berpunca daripada susu badan anda.

    Susu lembu merupakan antara alahan yang paling biasa dalam kalangan kanak-kanak. Jika anda dapat mengesan reaksi-reaksi seperti yang telah dinyatakan, anda perlu berhenti memberikan susu lembu kepada anak anda dan merujuk kepada pakar perubatan. Selain itu, jangan memberikan mereka makanan yang dihasilkan daripada produk tenusu sebagai langkah berjaga-jaga.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/12/2019

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan