backup og meta

Dalam Seronok Makan-Makan Di Hari Raya, AWAS Dengan 3 Penyakit Yang Kerap Berlaku Ini!

Dalam Seronok Makan-Makan Di Hari Raya, AWAS Dengan 3 Penyakit Yang Kerap Berlaku Ini!

Makanan hari raya atau juadah Aidilfitri adalah sesuatu yang ditunggu bila menyambut Syawal. Namun, tahukah anda itu juga boleh menjadi punca penyakit. Mengapa agaknya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem penghadaman, sila dapatkannya di sini. 

Hari raya adalah hari yang menggembirakan, bukan sahaja bagi orang Islam, tetapi juga turut dikongsi kegembiraan tersebut oleh orang bukan Islam, khususnya di Malaysia sebagai negara berbilang agama, kaum dan bangsa.

Ia adalah saat yang dinanti-nantikan. Sanak saudara dari seluruh negeri akan pulang untuk berkumpul meraikan hari mulia ini. Tidak cukup dengan itu, ia disulami lagi dengan makanan, lampu pelita dan lagu-lagu yang memeriahkan lagi keadaan.

Dalam meraikan kegembiraan tersebut, pastinya anda tidak mahu ia dicemari dengan insiden-insiden yang tidak diingini. Oleh itu, anda perlu berjaga-jaga dan mengetahui apa penyakit yang kerap berlaku di hari raya.

Makanan hari raya pencetus 3 penyakit ini? 

1. Keracunan makanan

makanan hari raya

Memandangkan makan adalah antara aktiviti utama di hari raya, keracunan makanan juga kerap berlaku. Tambahan pula, pelbagai jenis makanan di rumah-rumah yang berbeza masuk ke dalam perut anda. Jadi, kemungkinan mendapat keracunan makanan sentiasa ada.

Sebenarnya, apakah yang menyebabkan keracunan makanan?

  • Makanan yang ditinggalkan pada suhu bilik dalam tempoh yang lama (lebih 4 jam).
  • Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan mentah disimpan bersama makanan yang telah dimasak).
  • Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Makanan beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna.
  • Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih.
  • Penyedia makanan menghidapi atau mambawa penyakit seperti thyphoid dan taun.

Bagaimana ingin tahu anda mengalami keracunan makanan?

Jika tidak diuruskan dengan betul, keracunan makanan boleh menjadi sesuatu yang serius. Sila berhati-hati dan peka dengan tanda-tanda di atas. Dapatkan bantuan doktor di klinik atau hospital dan simpan makanan yang dijangka penyebab keracunan tersebut.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mencegah keracunan makanan?

  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat menyediakan makanan
  • Sentiasa basuh tangan
  • Masak dengan sempurna
  • Panaskan makanan yang telah sejuk dengan sempurna
  • Simpan makanan yang telah dimasak dan mudah basi di dalam peti sejuk
  • Jangan hidangkan makanan yang telah lama di luar atau berbau masam
  • Pilih makanan yang sihat dan berkhasiat
  • Basuh sayur dan buah-buahan dengan sempurna

2. Dehidrasi

Di hari raya, kita banyak keluar rumah. Mana tidaknya, banyak rumah yang perlu diziarahi, dari jiran sebelah rumah hinggalah saudara-mara di negeri seberang.

Tentu banyak masa anda terdedah kepada kepanasan cahaya matahari, terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia yang suhunya lebih panas.

Hal ini boleh mencetuskan dehidrasi, iaitu keadaan di mana badan kekurangan air. Memandangkan air adalah komponen utama dalam badan manusia (60 peratus dari berat badan manusia adalah air), sebarang gangguan pada kuantiti air di dalam badan tentu akan menjejaskan fungsi badan.

Apakah tanda-tanda dehidrasi?

Dehidrasi boleh dirawat di rumah. Anda boleh menggantikan cecair yang hilang dengan air putih atau larutan oral rehydration salt (ORS) yang boleh didapatkan di farmasi. Jika anda mengalami tanda-tanda yang serius seperti pitam, kekeliruan atau sawan, sila dapatkan bantuan perubatan di klinik atau hospital.

Bagaimana ingin mencegah dehidrasi?

  • Minum dengan banyak. Jangan tunggu dahaga. Selain air, anda boleh makan buah-buahan dengan kandungan air yang tinggi.
  • Elakkan minuman berkafein kerana ia akan membuatkan anda kerap buang air kecil.
  • Gunakan payung jika cuaca terlalu panas dan hadkan aktiviti di luar.
  • Sediakan penghawa dingin atau kipas di rumah terutamanya jika ramai tetamu yang datang.
  • Pakai baju yang ringan, nipis, berwarna terang dan longgar.
  • Dapatkan rehat jika penat. Jangan paksa diri.

3. Naik berat badan

Ini juga adalah penyakit? Ya, berat badan berlebihan adalah sejenis penyakit kerana ia adalah keadaan yang tidak sihat dan membawa kepada pelbagai penyakit lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Hari raya bukanlah hari “membalas dendam” selepas sebulan menahan lapar. Gaya hidup dan pemakanan yang sihat semasa Ramadan harus diteruskan di bulan Syawal dan bulan-bulan berikutnya.

Kawal pemakanan agar indeks jisim badan (BMI) anda dapat dikekalkan pada hari raya, seterusnya mengelakkan dari mendapat risiko penyakit-penyakit kronik yang lain.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dr Norlen Mohamed (31 Disember 2017). Cuaca dan Kesihatan. Dimuat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan/.

WebMD (2 Mei 2017). What Should I Do If I’m Dehydrated? Dimuat turun daripada https://www.webmd.com/a-to-z-guides/dehydration-in-adults-treatment#2.

MOHKlik (2015). Keracunan Makanan. Dimuat turun daripada http://mohklik.moh.gov.my/index.php/mohklik/informasi/keracunan-makanan.

https://expatliving.sg/the-food-of-hari-raya-kuih-muih/

https://www.healthline.com/health/food-poisoning#_noHeaderPrefixedContent

 

Versi Terbaru

25/09/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

Nak Pakai Balik Seluar Lama Tapi Takut Tak Muat? Jangan Risau, Ikut 23 Cara Ini, 'Gerenti' Kurus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan