backup og meta

Anda Gemar Makan Makanan Mentah? Sebenarnya, Ada Pro & Kontra Diet 'Raw Food'

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

    Anda Gemar Makan Makanan Mentah? Sebenarnya, Ada Pro & Kontra Diet 'Raw Food'

    Anda jangan rasa terkejut jika kami kata ada orang yang sangat gemar makan makanan mentah kerana percaya ia adalah bagus untuk diet mereka!

    Buat anda yang mempunyai persepsi bahawa mereka ini adalah datangnya dari negara benua Asia seperti Jepun dan Korea pula, anda mungkin kurang tepat.

    Ini kerana di seantero dunia memang akan wujud sekelompok individu yang mengamalkan pemakanan sedemikian dan ia digelar sebagai raw food diet.

    Apa itu raw food diet (RFD)?

    RFD sudah tercipta sekitar tahun 1800 lagi namun popularitinya masih tinggi. Sehingga ke hari ini, masih ada yang gemar makan makanan mentah.

    Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu amalan untuk individu makan makanan mentah yang masih lagi belum dimasak, diproses atau sebarang cara lain.

    Pun begitu, diet pemakanan ini hanya membenarkan proses penyediaan lain seperti kisar, rendam, cambah dan ekstrak asalkan ia tidak dipanaskan dengan haba.

    Hampir sama dengan diet vegetarian, pengamal RFD juga banyak mengamalkan diet sayur-sayuran, buah-buahan dengan sedikit pengambilan daging haiwan.

    Selain itu, diet ini juga mungkin tidak akan membenarkan pengambilan sebarang makanan tambahan seperti suplemen kerana disyaki berbahaya buat anda.

    makanan mentah

    Persoalannya, adakah diet makanan mentah ini akan mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat? Jom teruskan membaca artikel!

    Manfaat makan makanan mentah

    Ramai pengamal diet RFD mempercayai bahawa tabiat makan makanan mentah boleh mendatangkan manfaat terhadap tubuh badan kita semua.

    Menurut pelbagai kajian, berikut adalah kemungkinan manfaat yang boleh didapati melalui RFD:

    #1. Tinggi nutrien

    Makanan mentah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan produk tenusu sememangnya kaya dengan nutrien penting untuk tubuh badan.

    Antara nutrien yang diperkatakan ini termasuklah vitamin, mineral, lemak dan protein meskipun ia tidaklah selengkap seperti diet seimbang sebenar.

    #2. Serap enzim

    Proses penyediaan untuk memasak makanan mungkin boleh menghapuskan atau mengubah enzim semula jadi yang terdapat dalam makanan anda itu.

    Jika ia dimakan secara mentah pula, ada kemungkinan bahawa enzim tersebut masih ada dalam bentuk natural dan diserap oleh tubuh badan anda.

    #3. Berat badan

    Sekiranya anda mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, diet makanan sebegini mungkin dapat membantu anda mengawal masalah ini.

    Ini kerana kebanyakan makanan yang termaktub dalam diet RFD ini adalah rendah kalori serta tinggi serat lantas membuat anda kurang berasa lapar.

    makanan mentah

    Manfaat makanan mentah yang lain?

    Selain itu juga, mungkin wujud manfaat diet RFD yang lain meskipun masih memerlukan kajian lanjut untuk memastikan kesahihannya termasuklah:

  • Memberi anda lebih tenaga
  • Membuat kulit lebih sihat
  • Meningkatkan sistem penghadaman & pencernaan
  • Mudarat makan makanan mentah

    Meskipun telah kami nyatakan beberapa manfaat diet RFD, ketahuilah bahawa tabiat makan makanan mentah ini masih boleh mendatangkan mudarat.

    Menurut Centers for Disease Control (CDC),  terdapat beberapa risiko mengamalkannya dan antara yang paling tinggi adalah keracunan makanan.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, anda berisiko terkena keracunan makanan jika makan tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang mentah.

    Selain contoh itu, kondisi ini juga mungkin boleh terjadi jika kalian memakan:

    makanan mentah

    Jadi, adakah RFD adalah diet yang bagus?

    Berdasarkan beberapa manfaat dan mudarat yang telah kami nyatakan di atas tadi, maka kalian mungkin sudah boleh mempertimbangkan baik dan buruk.

    Namun jika anda bercadang untuk mencuba diet makanan sebegini, ada suatu perkara yang perlu diketahui berkenaan tempoh masa pengamalannya.

    Untuk pengetahuan anda, RFD mungkin tidak akan mendatangkan sebarang kesan buruk jika hanya diamalkan buat tempoh masa pendek.

    Pun begitu, diet RFD ini berkemungkinan lebih besar mendatangkan kesan buruk buat anda yang mengamalkannya buat tempoh masa panjang.

    Selain itu juga, diet makanan mentah ini mungkin akan lebih mencabar jika kalian tidak tahu akan jenis makanan mana yang harus dipilih.

    Jadi, kami boleh kata bahawa RFD ini adalah diet yang bagus jika dilakukan dalam tempoh masa yang ideal serta memilih jenis makanan mentah yang betul.

    Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi sebelum mencubanya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan