Sakit perut cirit birit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, jika ia berlaku kepada ahli keluarga anda, terutamanya anak yang masih kecil, pasti anda akan rasa risau dan mula mencari cara merawat cirit birit berair di rumah.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai cara merawat cirit birit dan makanan apa yang anda perlu elakkan untuk cepat sembuh.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Cara merawat cirit birit berair
Tidak dinafikan, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan simptom.
Namun, jika rasa sakit dan cirit-birit yang dialami tidak juga sembuh, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar yang segera.
Antara cara merawat cirit birit berair yang boleh anda praktikkan:
1. Pastikan anda minum air dengan mencukupi
Badan kita akan kehilangan banyak air ketika cirit-birit. Sebab itulah, kita perlu minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang dari badan.
Selain air kosong, anda juga boleh mencuba minuman isotonik. Ia mungkin dapat membantu mengurangkan simptom yang dialami. Sup dan makanan yang berkuah juga dikira sebagai cecair.
Elakkan air berkarbonat atau kopi kerana ia hanya akan membuatkan cirit-birit anda menjadi semakin serius.
2. Ambil probiotik sebagai cara merawat cirit birit berair
Makanan yang kaya dengan probiotik mungkin dapat merawat cirit-birit yang anda alami. Probiotik merupakan mikroorganisma kecil yang sangat baik untuk sistem penghadaman.
Makanan yang ditapai atau yogurt kaya dengan probiotik.
Menurut kajian yang dimuatkan di dalam Cochrane Database of Systematic Reviews, pengambilan probiotik dapat mengurangkan tempoh pemulihan disebabkan cirit-birit.
Ia juga selamat untuk diambil dan tidak akan mendatangkan kesan sampingan yang serius.
3. Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap
Perut memulas dan kerap rasa loya sehinggakan tidak lalu makan? Jika anda mengalami masalah ini, cuba makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
Diet merupakan satu faktor yang sangat penting untuk memastikan anda pulih dengan cepat. Antara makanan yang boleh diambil oleh penghidap cirit-birit ialah:
- Makanan yang kaya dengan pektin seperti buah-buahan.
- Makanan yang mengandungi potassium, seperti kentang atau ubi keledek.
- Minuman berelektrolit, seperti air kelapa atau minuman sukan.
- Sayuran yang direbus.
- Protein yang mencukupi.
4. Ambil ubat
Ada banyak ubat-ubatan yang anda boleh beli di farmasi untuk merawat cirit-birit. Sekiranya tip di atas tidak berkesan, anda mungkin perlu ambil ubat sebagai cara merawat cirit birit berair.
Ubat cirit-birit dapat mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan simptom.
Jika anda tidak pasti ubat apa yang perlu dibeli, jangan segan untuk bertanya pada ahli farmasi yang bertugas ya!
Baca juga:
- Ibu Hamil Yang Terkena Cirit Birit Jangan Panik! Ikut 4 Langkah Ini Dulu Di Rumah, Selamat & Berkesan!
- Pernah Dengar Diet BRAT? Ini Pro & Kontra Pelan Diet Yang Juga Dikenali Sebagai Diet Pisang
Makanan yang perlu dielakkan
Fakta:
- Jika anda menghidap cirit-birit, elakkan makanan yang berminyak, bergula dan pedas.
- Makan makanan yang dapat memberikan keselesaan terhadap perut seperti sayur-sayuran lembut, biskut, roti dan minum banyak air.
- Amalkan diet BRAT (pisang, nasi, sos epal dan roti) untuk melegakan cirit-birit.
Banyak makanan dapat membuatkan cirit-birit menjadi semakin teruk. Antara makanan yang perlu dielakkan sekiranya anda menghidap cirit-birit berair ialah:
1. Makanan yang pedas
Makanan yang pedas boleh menyebabkan keradangan pada sistem pencernaan.
Oleh sebab itu, penghidap sakit perut cirit birit cair perlulah mengambil makanan yang tawar untuk mengelakkan iritasi daripada menjadi semakin teruk.
2. Elak makanan bergoreng sebagai cara merawat cirit birit berair
Jangan sesekali ambil makanan yang pedas ketika cirit-birit.
Minyak dan juga lemak boleh menyebabkan sakit perut anda menjadi semakin teruk. Ia juga sukar dicerna oleh perut.
3. Makanan yang manis
Makanan yang manis mempunyai kesan laksatif. Apa itu laksatif? Ia merupakan sejenis makanan atau ubat yang akan membuatkan anda lebih mudah untuk membuang air besar.
Sekiranya anda menghidap cirit-birit, elakkan makanan yang manis terutamanya jus buah atau manisan yang mengandungi banyak gula.
4. Makanan yang mengandungi serat
Serat merupakan makanan yang baik untuk sistem pencernaan. Namun, jika anda sedang mengalami cirit-birit, seeloknya tinggalkan dahulu makanan yang mengandungi serat.
Walau bagaimanapun, makanan yang mengandungi serat yang larut dalam air mungkin dapat membantu mereka yang menghidap cirit-birit.
Sebagai contoh, pektin dalam pisang atau epal mungkin dapat mengurangkan simptom yang anda alami.
[embed-health-tool-bmr]