Ya, sudah pasti tersiksa apabila terkena kondisi ini, namun pernahkah kalian terfikir akan sebab buasir gatal dan sakit?
Ketidakselesaan ini seringkali akan berlaku ketika penderita sedang dalam posisi duduk terutamanya ketika membuang air besar.
Ramai yang mungkin kata punca buasir gatal dan sakit adalah disebabkan tekanan ketika meneran dan ia masih menjadi tanda tanya.
Untuk mengetahui jawapannya, jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Apa itu buasir?
Buasir adalah satu kondisi di mana terjadi kebengkakan dan keradangan pada salur darah di sekeliling lubang dubur.
Ia seringkali dikaitkan dengan kemunculan ketulan pada bahagian luar lubang dubur yang gatal serta sakit jika ditekan.
Terdapat 2 jenis kondisi ini yang mungkin boleh berlaku kepada anda iaitu:
Sebab Buasir dalaman
Jenis ini berlaku di bahagian dalam salur dubur dan menyebabkan pendarahan tanpa rasa sakit.
Sebab Buasir luaran
Jenis ini berlaku di bahagian luar salur dubur dan menyebabkan pendarahan dengan rasa sakit.
Dalam erti kata lain, hanya jenis luaran yang akan mengakibatkan kemunculan ketulan pada bahagian lubang dubur dan bukannya jenis dalaman.
Sekiranya anda mengalami kondisi ini, berikut adalah simptom yang biasa dialami:
- Pendarahan pada lubang dubur
- Gatal pada lubang dubur
- Sakit pada lubang dubur
- Bengkak pada lubang dubur
- Muncul benjolan sensitif pada lubang dubur
Kebiasaannya, ia bukanlah penyakit yang serius dan akan pulih dengan sendirinya atau boleh dirawat dengan mudah menggunakan kaedah rawatan atau ubatan.
Apa sebab buasir?
Ia adalah sejenis penyakit yang sangat biasa dan boleh berlaku kepada setiap individu tanpa mengira usia dan jantina.
Namun ada kajian yang mengatakan golongan tua dan wanita lebih berisiko tinggi angkara kehamilan dan kelahiran.
Dalam pada itu, terdapat beberapa punca buasir serta faktor risiko yang meningkatkan risiko berlakunya buasir termasuklah:
- Selalu duduk dalam tempoh masa lama
- Kerap meneran/memaksa semasa membuang air besar
- Mempunyai masalah sembelit atau cirit-birit kronik
- Mempunyai berat badan berlebihan atau obes
- Mengamalkan diet rendah serat
- Mengamalkan diet tinggi lemak
- Kehamilan
- Kelahiran
- Persetubuhan melalui lubang dubur
Dalam erti kata lebih mudah, ia bukan sejenis jangkitan sebaliknya, sebuah kondisi yang berlaku akibat kebengkakan dan keradangan pada salur dubur.
Mengapa buasir gatal dan sakit?
Setiap individu yang pernah atau masih mengalaminya pasti akan mengadu gatal dan sakit pada punggung, kenapa?
Untuk pengetahuan anda, kedua-dua jenis buasir sama ada dalaman atau luaran akan menjadi sebab buasir gatal dan sakit.
Ini kerana perbuatan meneran ketika membuang air besar akan memberi tekanan pada buasir ini lantas menyebabkan prolaps.
Apabila fenomena prolaps ini berlaku, mukus yang wujud padanya akan bercampur bersama najis pada sekitar salur dubur.
Campuran di antara mukus dan najis inilah yang akan menjadi punca buasir gatal dan sakit selain mengakibatkan kerengsaan.
Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa terdapat sebab lain punggung mengalami kegatalan dan kesakitan melampau seperti berikut:
- Jangkitan yis
- Jangkitan kulat
- Lelehan najis
- Lelehan peluh
- Fisur dubur
- Ketuat kelamin
- Herpes
- Proktitis
- Psoriasis
- Kudis
- Kutu
- Kanser
Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian menjaga kebersihan dan kesihatan dengan kerap membersihkan kawasan tersebut.
Jika bimbang ia bukan disebabkan oleh buasir atau sebab selain di atas, segera berjumpa doktor ya?
Bagaimana cara untuk melegakannya?
Paling penting dan utama, anda tidak disarankan untuk menggaru kawasan terbabit kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.
Sebaliknya, anda perlu lebih prihatin menjaga lubang dubur yang terkena buasir dengan mencucinya menggunakan air dan sabun.
Dalam pada itu, kalian juga boleh menggunakan cara ini:
- Merendam – Anda boleh merendam buasir di dalam besen atau tab mandi untuk melancarkan kembali salur darah
- Menuam – Anda boleh menuam buasir dengan suhu sejuk untuk mengebaskan sistem saraf yang menyebabkan gatal dan sakit
- Melindungi – Sapukan ia dengan ubatan sapuan yang boleh didapati dengan preskripsi doktor
Selamat mencuba, ya!
[embed-health-tool-bmr]