Alangkah siksa dan perit kehidupan individu di saat sedang ‘berjuang’ untuk membuang air besar jika ada masalah buasir. Persoalannya, bagaimana cara untuk merawat dan mengelak masalah ini daripada terus berlaku atau berulang? Bolehkah buasir sembuh sendiri?
Kalu anda ingin tahu sama ada bolehkah buasir sembuh sendiri atau tidak, jom terus baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Buasir, kondisi umum yang lazim terjadi!
Kenapa boleh kena buasir? Untuk pengetahuan anda semua, buasir merupakan kondisi di mana salur darah vena di bahagian bawah rektum dan dubur membesar dan membawa masalah apabila meradang atau membengkak.
Buasir juga boleh diklasifikasikan kepada dua yakni luaran dan dalaman dengan gejala tidak sama:
- Buasir dalaman – Berlaku akibat salur darah vena terjejas di lapisan dalam rektum. Pesakit mungkin akan mengalami pendarahan ketika membuang najis tanpa rasa sakit.
- Buasir luaran – Berlaku akibat salur darah vena terjejas di lapisan luar dubur. Penderita mungkin akan mengalami pendarahan ketika membuang najis dengan rasa sakit.
Kedua-dua jenis buasir ini mungkin boleh mengakibatkan sebahagian daripada hujung usus besar terkeluar. Unjuran ini boleh masuk semula dengan sendiri atau perlu ditolak ke dalam dengan jari.
Apa dia punca kondisi ini?
Kenapa boleh kena buasir? Buasir merupakan kondisi umum yang lazim terjadi. Setiap orang tanpa kira usia atau jantina ada risiko sama namun lebih berisiko berlaku kepada golongan wanita terutama ketika hamil.
Masalah ini mungkin dikaitkan dengan kondisi sembelit dan tabiat meneran ketika membuang air besar kerana ia boleh memicu kepada salur darah vena mula meradang dan membengkak.
Kehamilan boleh menambahkan risiko ekoran perubahan hormon tubuh badan di samping proses pembentukan dan pembesaran janin lantas meningkatkan tekanan pada salur darah vena.
Antara faktor risiko yang lain pula merangkumi kurang makan serat – buah dan sayur, berat badan berlebihan atau obesiti, kerap berdiri terlalu lama serta sering mengangkat barang berat juga akan membuat risiko buasir menjadi lebih tinggi!
Apa pula kesan kondisi ini?
Selain daripada gejala seperti pendarahan, ia mungkin bakal mengakibatkan ketidakselesaan yang kritikal ketika proses membuang air besar, memakai seluar dalam, duduk, berdiri atau berbaring.
Dalam pada itu, tahap keyakinan diri anda juga akan terjejas terutama ketika berada di luar rumah ekoran pergerakan yang terbatas dan persoalan daripada orang di sekeliling tentang kondisi anda.
Kesannya, kehidupan seharian anda sudah pasti akan terganggu. Jadi, bolehkah buasir sembuh sendiri?
Bolehkah buasir sembuh sendiri tanpa rawat?
Berapa lama buasir akan kecut?
Ramai orang mungkin berprasangka dan berharap bahawa ia boleh sembuh sendiri seiring dengan masa tetapi ini merupakan kepercayaan yang kurang tepat serta memerlukan kajian lanjutan.
Memang benar bahawa buasir boleh hilang atau kecut sendiri seiring waktu namun mungkin cuma sementara kerana ia bakal datang dan pergi jika tiada sebarang ubatan serta rawatan diambil.
Alasannya, tempoh masa berapa lama buasir akan kecut itu berbeza bergantung kepada sama ada anda ambil ubatan dan rawatan atau tidak selain faktor keadaan kesihatan masing-masing.
Berkenaan usaha bagi memasukkan kembali unjuran yang telah terkeluar daripada lubang dubur, ia merupakan tindakan terbaik namun mungkin hanya untuk segelintir individu sahaja. Dapatkan informasi dan nasihat doktor dengan lebih lanjut.
Adakah buasir perlu dibedah?
Dalam erti kata lebih mudah, persoalan bolehkah buasir sembuh sendiri itu kurang relevan kerana masih wujud risiko untuk ia kembali berlaku dan berulang lantas menjejaskan kehidupan.
Apa yang individu harus buat adalah lihat kembali faktor risiko di atas tadi lalu cuba perbaiki agar anda dapat meminimumkan segala kemungkinan utama daripada terkena masalah buasir.
Sekiranya kehamilan itu tidak dapat dielakkan, anda masih boleh mengawal dan merawat masalah sembelit dengan cara mengambil lebih banyak serat – buah dan sayur selain mengamalkan diet lebih seimbang.
Jadi, adakah buasir perlu dibedah? Sesetengah individu mungkin terpaksa menjalani prosedur minor berikut jika terkena buasir:
- Sclerotherapy
- Hemorrhoidectomy
- Rubber band ligation
- Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization
Konklusinya, bolehkah buasir sembuh sendiri itu adalah satu persoalan yang mungkin tidak perlu ada di dalam fikiran anda.
Tip
[embed-health-tool-bmr]