Adakah anda tahu, tabiat meneran najis lama kerana menonton drama Korea di dalam tandas boleh jadi punca buasir? Tidak percaya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Adakah anda tahu, tabiat meneran najis lama kerana menonton drama Korea di dalam tandas boleh jadi punca buasir? Tidak percaya?
Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui penjelasannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Sering melihat rakan anda membawa telefon masuk ke tandas? Anda boleh mula menasihatinya untuk menghentikan tabiat tersebut.
Jika anda tidak mahu rakan anda mendapat buasir, elakkan daripada menggunakan telefon semasa membuang air besar. Kedengaran sedikit pelik atau tidak berkaitan?
Menurut Dr. Sarah Javis, doktor perubatan dan pengarah klinikal patient.info menyatakan, penggunaan telefon dalam tempoh yang lama seperti melayari media sosial dan email semasa membuang air besar boleh menyebabkan buasir kepada seseorang individu.
Menurut beliau lagi, sembelit, kehamilan, batuk yang kronik, obesiti, umur yang semakin tua, dan tabiat meneran berak yang terlalu lama adalah antara faktor risiko utama terjadinya buasir.
Begitu juga dengan peranan telefon bimbit yang menjadi antara faktor utama terjadinya buasir terhadap seseorang individu.
Jika dahulu, ramai yang gemar membawa surat khabar atau buku ke dalam tandas, kini telefon bimbit telah menjadi pengganti buku yang jauh lebih menarik dan interaktif, dan ini lebih berisiko berbanding penggunaan buku atau surat khabar.
Buasir adalah salur darah yang membengkak di dalam bahagian dubur dan rektum, sama seperti salur darah varikos.
Ia boleh terjadi di bahagian dalam rektum yang juga dikenali sebagai buasir dalaman, atau di bawah bahagian kulit sekitar dubur (buasir luaran).
Pada kebiasaannya, buasir akan menghilang dengan sendirinya tetapi boleh menjadi sangat menyakitkan sekiranya bahagian buasir dalaman ditekan ke bahagian luar melalui bukaan dubur yang dipanggil sebagai prolapsed haemorrhoid.
Terdapat beberapa simptom yang boleh dikenal pasti sekiranya anda mengalami buasir. Antara simptom tersebut adalah:
Sebagai pencegahan awal daripada terjadinya buasir, anda dinasihatkan untuk mengamalkan diet yang sihat dengan cara memperbanyakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat seperti betik dan pisang.
Seiring dengan pengambilan makanan kaya serat, adalah penting juga untuk anda memastikan pengambilan air yang banyak dan mencukupi bagi mengelakkan terjadinya masalah lain seperti sembelit.
Baca juga:
Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda telah mengalami buasir, rujuk dan dapatkan rawatan daripada doktor atau doktor pakar bagi mengelakkan ia berlanjutan dan bertambah buruk.
Paling penting, elakkan daripada menonton drama bersiri dengan menggunakan telefon bimbit di dalam tandas dan meneran najis terlalu lama sebagai antara langkah pencegahan yang boleh diambil.
Namun, kami mengakui bahawa tandas merupakan antara lokasi yang paling tenang untuk menonton drama tanpa sebarang gangguan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen