Apakah ciri ciri buasir ya? Adakah apabila terdapat darah pada tisu atau mangkuk tandas? Atau rasa sakit semasa ingin membuang air besar?
- Pendarahan dari dubur.
- Bengkak pada dubur.
- Sakit pada dubur semasa membuang air.
Apakah ciri ciri buasir ya? Adakah apabila terdapat darah pada tisu atau mangkuk tandas? Atau rasa sakit semasa ingin membuang air besar?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Buasir berlaku apabila pembuluh darah vena yang terletak di bahagian bawah rektum (bahagian terakhir usus besar) dan anus (dubur) berkembang dan membesar.
Pembuluh darah vena ini secara normalnya tidak membesar dan berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah daripada daripada tisu di bahagian terbabit naik ke jantung.
Apabila vena ini membesar dan berkembang, ia cenderung untuk luka semasa membuang air kerana bergeser dengan najis.
Kesan daripada geseran ini boleh menyebabkan pendarahan dan juga rasa sakit.
Sebab buasir berlaku apabila terdapat gangguan pada peredaran darah di kawasan bawah rektum dan anus.
Gangguan ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada bahagian tersebut sehingga membuatkan vena membesar.
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh:
Sesetengah orang lebih cenderung mendapat buasir kerana anatomi badan mereka membuatkan mereka lebih berisiko.
Jika ada ahli keluarga yang pernah mengalaminya, anda juga mungkin berisiko. Selain itu, penyakit lain seperti angin pasang danurat kaki bersimpul (varicose veins) juga mempunyai punca yang sama.
Rasa sakit sebenarnya bukanlah ciri utama bagi penyakit ini. Sebab utama sakit pada dubur adalah kulit dubur merekah (anal fissure).
Buasir menjadi sakit apabila terdapat darah beku di dalam vena atau ia berlaku bersama dengan rekahan pada kulit dubur.
Pendarahan dan bengkak adalah ciri utama bagi keadaan kesihatan ini.
Buasir bukanlah satu keadaan kesihatan yang serius dan berbahaya.
Baca juga:
Namun, ia mungkin sangat mengganggu kehidupan seseorang disebabkan kesukaran membuang air besar dan rasa sakit yang mungkin dialami.
Ia juga boleh dirawat dengan baik menggunakan kaedah perubatan moden sama ada hanya menggunakan ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup atau pembedahan.
Namun, pemeriksaan harus dijalankan, terutama mereka berumur lebih 50 tahun kerana buasir juga boleh berpunca daripada keadaan lebih serius seperti kanser usus besar.
Berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen