Anda boleh menyapu ubat buasir di farmasi seperti krim hidrokortisoid bagi merawat keadaan ini.
Selain itu, anda juga boleh cuba berendam dalam mandian suam atau sitz secara berkala.
Untuk menahan kesakitan yang dialami, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dan mengambil makanan berserat tinggi termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian yang sihat.
Bagi buasir yang lebih besar terutama yang amat menyakitkan, bengkak, atau gatal, ia tidak boleh hilang dengan sendirinya dan mungkin memerlukan rawatan perubatan untuk sembuh.
Walau bagaimanapun, buasir kecil boleh sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa hari.
Untuk mengurangkan risiko mengalami buasir, sila kurangkan pengambilan jenis makanan yang rendah serat, seperti daging merah, produk tenusu, dan makanan yang diperbuat dengan tepung putih.
Ini kerana makanan seperti ini boleh meningkatkan risiko sembelit anda.
Tidak mahu cuba ubat buasir di farmasi? Boleh guna remedi semula jadi di bawah ini
Jika anda mahu mencuba tip atau kaedah remedi secara semula jadi, anda boleh mencuba teknik-teknik di bawah ini:
- Mandian sitz: Isi tab mandi dengan air suam dan rendamkan tubuh anda di dalamnya dengan lutut dibengkokkan selama 10 hingga 15 minit. Ini untuk meredakan rasa gatal dan kerengsaan. Lap kering punggung anda dengan lembut menggunakan tuala
- Ambil suplemen serat: Suplemen seperti ini membantu mengurangkan pendarahan dan keradangan buasir. Sekiranya ia menyebabkan gas atau kembung dalam perut anda, cubalah suplemen dengan dextrin gandum (benefiber) atau metilselulosa. Makanan tambahan serat seperti Metamucil adalah pilihan yang sangat baik.

- Jangan berlengah membuang air besar: Jika anda menangguhkan waktu buang air besar, ia boleh menyebabkan peningkatan tekanan pada rektum dan sekali gus memburukkan buasir.
- Duduk dengan betul: Untuk mempercepat proses membuang air besar, anda disarankan untuk mencangkung berbanding duduk. Ini boleh mengubah kedudukan rektum anda dan membolehkan najis keluar dengan lebih mudah. Anda juga dapat mengurangkan pembengkakan rektum dengan meletakkan bantal di bawah punggung ketika anda duduk di atas kerusi atau permukaan keras. Elakkan duduk di dalam tandas untuk jangka masa yang panjang kerana ia cenderung menyebabkan buasir keluar dan membengkak.
Kesimpulan
Jika anda tidak pasti mana satukah ubat untuk buasir di farmasi yang patut digunakan, anda boleh bertanya kepada doktor kerana mereka dapat membantu anda mengetahui ubat yang sesuai untuk digunakan.
Selain krim buasir, doktor juga mungkin akan mengesyorkan pengambilan makanan berserat, mandian sitz, atau pembedahan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen