backup og meta

Kerap Sangat Sakit Betis? Ini 3 Perkara Anda Boleh Lakukan Untuk Kurangkan Kesakitan

Kerap Sangat Sakit Betis? Ini 3 Perkara Anda Boleh Lakukan Untuk Kurangkan Kesakitan

Lenguhnya kaki! Adakah cara menghilangkan sakit kaki di betis yang dapat memberikan kelegaan pantas? Sekiranya anda mencari rawatan untuk sakit betis, anda berada di tempat yang betul!

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai cara merawat sakit urat betis secara tradisional dan moden.

Jom, baca artikel kami untuk dapatkan info lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

Mengapa saya sakit betis?

cara menghilangkan sakit kaki di betis
Tanda penyakit jika kaki selalu kebas.

Mahu rawat sakit betis? Baca ini dahulu.

Sakit betis merupakan satu rasa ketidakselesaan pada kawasan kaki. Simptomnya mungkin berbeza mengikut individu.

Ada yang hanya mengalami kesakitan ini sekali dalam seminggu. Ada juga yang mengalaminya secara berpanjangan. Jika ini yang berlaku kepada anda, anda dikira mengalami sakit betis yang kronik.

Individu yang mengalami kesakitan yang kronik mempunyai simptom yang akan mengganggu kehidupan harian. Mereka akan rasa sakit hingga sukar untuk berjalan atau melakukan apa-apa kerja seperti biasa.

Dapatkan rawatan doktor sekiranya:

  • Kaki anda membengkak
  • Kaki nampak pelik/terpusing
  • Kulit kaki rasa sejuk dan nampak pucat
  • Kaki rasa kebas dan tidak boleh digerakkan
  • Kulit merah dan rasa panas apabila disentuh
  • Kesakitan jadi bertambah teruk

Pastikan anda mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin sekiranya anda mempunyai simptom jangkitan. Antara tanda jangkitan yang serius ialah demam, sakit kaki atau simptom lain yang tidak dapat dipastikan apakah puncanya.

Cara menghilangkan sakit kaki di betis

cara menghilangkan sakit kaki di betis
Perhatikan sebarang keganjilan pada betis.

Mujurlah ada banyak jenis rawatan yang ada sebagai cara menghilangkan sakit kaki di betis. Namun, langkah pertama untuk merawatnya adalah dengan mendapatkan diagnosis yang bertepatan.

Jika anda inginkan kelegaan atau rawat sakit betis dengan pantas, anda boleh cuba merawatnya menggunakan langkah di bawah:

1. Cara menghilangkan sakit kaki di betis secara tradisional

Tahukah anda, ada ramuan tradisional yang dapat menyembuhkan sakit kaki? Ramuan ini juga dikatakan dapat meredakan sakit kaki dan boleh diamalkan pada bila-bila masa.

Antara bahan-bahan yang anda perlukan ialah:

  • Daun limau purut
  • Daun pandan
  • Garam
  • Halba
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai

Mula-mula, hiris semua bahan di atas. Kemudian, rebus sehingga mendidih.

Tunggu sehingga air rebusan tersebut sejuk dan campurkan dengan air paip. Masukkan air tadi ke dalam baldi dan rendam betis anda di dalamnya.

Ramuan tradisional ini dikatakan berkesan untuk mengurangkan sakit betis.

Walau bagaimanapun, sekiranya kesakitan yang dialami tidak juga surut-surut, pastikan anda dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin.

Rawatan tradisional ini mungkin tidak dapat menghilangkan kesakitan atau rawat sakit kaki sepenuhnya.

2. Cara menghilangkan sakit kaki di betis sendiri di rumah

cara menghilangkan sakit kaki di betis
Lakukan urutan untuk legakan betis yang sakit.

Jika kesakitan yang anda alami tidak terlalu teruk, anda mungkin boleh merawatnya sendiri di rumah.

Walau bagaimanapun, pastikan anda berjumpa doktor sekiranya kesakitan tersebut jadi serius secara tiba-tiba.

Sakit kaki yang berlaku disebabkan kecederaan boleh dirawat di rumah. Anda boleh gunakan metod RICER:

  • R (Rest) – Rehatkan kaki anda dan kurangkan pergerakan
  • I (Ice) – Letakkan satu pek ais pada kawasan betis anda. Biarkan selama 15-20 minit. Ulang setiap 2-4 jam sekali selama 2-3 hari
  • C (Compression) – Pastikan anda balut kaki anda
  • E (Elevation) – Angkat kaki lebih tinggi daripada pinggang
  • R (Referral) – Pastikan anda berjumpa doktor untuk rawatan lanjut!

3. Tip lain untuk hilangkan sakit betis

Cara menghilangkan sakit kaki di betis di atas tidak dapat menghilangkan kesakitan yang dialami? Cuba lakukan tip rawat sakit kaki kami di bawah:

Lakukan regangan

Cuba lakukan regangan untuk kurangkan kesakitan pada kawasan betis. Cuba duduk di atas kerusi dan luruskan kaki serta jari-jemari anda.

Selain itu, anda juga boleh minta pertolongan orang lain untuk urut betis. Namun, urutan boleh menjadi agak berbahaya jika sakit betis itu disebabkan oleh trombosis vena dalam.

Regangan dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.

Jika boleh, lakukan regangan yang sama selama 5 hingga 10 saat. Berhenti lakukan regangan jika kaki anda menjadi bertambah sakit.

Makan ubat tahan sakit

Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen mungkin dapat mengurangkan kesakitan yang anda alami. Ambil ubat mengikut arahan di belakang pek pembungkus untuk rawat sakit kaki.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Leg pain. https://www.healthdirect.gov.au/leg-pain. Accessed on November 3, 2022.
  2. Leg pain. https://medlineplus.gov/ency/article/003182.htm. Accessed on November 3, 2022.
  3. Leg cramps. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/muscle-bone-and-joints/conditions/leg-cramps. Accessed on November 3, 2022.
  4. When walking makes your legs hurt. https://www.health.harvard.edu/pain/when-walking-makes-your-legs-hurt. Accessed on November 3, 2022.
  5. Leg pain. https://www.mayoclinic.org/symptoms/leg-pain/basics/causes/sym-20050784. Accessed on November 3, 2022.

Versi Terbaru

05/08/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selalu Penat Dan Kejang Kaki? Ini Antara 8 Simptom Anda Kekurangan Kalium Dalam Badan!

Ibu Jari Kaki Sakit Sampai Nak Pakai Kasut Pun Susah? 4 Punca Ini Penyebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan