backup og meta

Ini 14 Cara Berkesan Untuk Orang Perempuan Hilangkan Sakit Pinggang

Ini 14 Cara Berkesan Untuk Orang Perempuan Hilangkan Sakit Pinggang

Kenapa selalu rasa sakit pinggang? Buat kaum wanita, anda pasti setuju jika kami katakan bahawa orang perempuan amat mudah mengalami sakit pinggang. Mana tidaknya, sudahlah seharian sibuk dengan urusan kerja, tiba di rumah pula perlu menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Rutin dan tugas harian membuatkan ramai wanita mudah mengalami sakit pinggang. Jadi, adakah terdapat sebarang cara hilangkan sakit pinggang yang berkesan?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

Punca biasa sakit pinggang orang perempuan

Kenapa selalu rasa sakit pinggang?

Sakit pinggang pada wanita boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Ini termasuklah perubahan hormon, tekanan pada tulang belakang akibat kehamilan, posisi duduk atau berdiri yang tidak betul, dan kelemahan otot.

Tekanan emosi dan stres juga boleh menyumbang kepada kekejangan otot yang menyebabkan sakit pinggang.

5 cara hilangkan sakit pinggang ketika period

cara hilangkan sakit pinggang
Wanita biasa sakit pinggang ketika haid.

Datang bulan atau period juga boleh menyebabkan sesetengah wanita mudah mengalami sakit pinggang.

Untuk menghilangkannya, boleh ikut cara di bawah ini:

#1. Senaman ringan

Aktiviti senaman ringan seperti yoga atau berjalan kaki dapat meningkatkan aliran darah dan mengurangkan kekejangan otot di bahagian belakang badan.

Ini boleh membantu mengurangkan sakit pinggang dengan berkesan.

#2. Penggunaan bantal panas

Anda juga boleh menggunakan bantal panas untuk memanaskan kawasan pinggang yang sakit.

Kaedah ini boleh melegakan otot-otot yang tegang dan mengurangkan kesakitan.

#3. Urutan lembut

Urutan secara lembut juga boleh meningkatkan peredaran darah dan melegakan ketegangan pada otot pinggang anda.

#4. Pengambilan magnesium

Magnesium yang mencukupi boleh membantu dalam relaksasi otot.

Mineral ini boleh diperolehi melalui diet atau suplemen tambahan. 

#5. Teknik relaksasi

Amalan seperti meditasi atau pernafasan secara dalam boleh membantu dalam mengurangkan stres dan melegakan otot pinggang anda.

5 cara hilangkan sakit pinggang ketika mengandung

ibu hamil sakit pinggang
Hamil juga antara penyebab sakit pinggang pada wanita.

Sakit pinggang tiba-tiba?

Bagi anda yang sedang hamil , ada cara atau kaedah khusus untuk menghilangkan sakit pinggang anda.

Antaranya ialah:

#1. Latihan kekuatan otot perut

Menguatkan otot perut dan belakang badan melalui senaman pilates atau latihan serupa boleh membantu menyokong tulang belakang dan juga pinggang.

Senaman sakit pinggang ini membantu mengurangkan rasa sakit pada otot pinggang anda. 

#2. Menggunakan tali pinggang sokongan

Tali pinggang sokongan ini membantu menyeimbangkan berat badan dan mengurangkan tekanan pada tulang belakang anda.

#3. Postur badan yang betul

Menjaga postur yang betul semasa anda duduk dan berdiri boleh mengurangkan beban pada tulang pinggang dan juga belakang anda selain mengelakkan sakit pinggang tiba-tiba.

#4. Teknik pernafasan

Pernafasan secara mendalam dapat membantu melegakan ketegangan otot dan mengurangkan sakit pinggang dan belakang ibu hamil. 

#5. Konsultasi dengan ahli fisioterapi

Ahli fisioterapi boleh memberi nasihat terbaik dan latihan khusus untuk mengurangkan sakit pinggang yang anda alami semasa hamil.

4 cara hilangkan sakit pinggang selepas bersalin

Bagaimana pula jika alami sakit pinggang selepas bersalin?

Anda boleh ikuti panduan dan cara hilangkan sakit pinggang selepas bersalin di bawah ini:

#1. Latihan pemulihan

Latihan yang direka khusus untuk pemulihan selepas bersalin boleh membantu menguatkan otot dan mengurangkan sakit pinggang.

Anda boleh bertanya kepada doktor tentang jenis-jenis latihan pemulihan yang sesuai dilakukan selepas bersalin.

#2. Amalkan pemakanan seimbang

Nutrien penting seperti:

adalah kritikal untuk pemulihan dan kekuatan otot dan tulang.

#3. Tidur atau rehat yang cukup 

Rehat yang cukup dan posisi tidur yang betul amat penting untuk pemulihan otot dan mengurangkan kesakitan pada pinggang anda.

masalah kurang tidur
Antara risiko-risiko jika anda kurang tidur.

#4. Penggunaan bantal sokongan

Bantal sokongan semasa menyusu atau menggendong bayi dapat mengurangkan beban pada tulang dan otot pinggang anda. 

Kesimpulan

Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya sakit pinggang tersebut berterusan atau boleh mengganggu aktiviti harian anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Prevent Back Pain. https://health.gov/myhealthfinder/healthy-living/safety/prevent-back-pain. Diakses pada November 16, 2023.

7 Ways to Treat Chronic Back Pain Without Surgery. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/back-pain/7-ways-to-treat-chronic-back-pain-without-surgery. Diakses pada November 16, 2023.

6 Exercises for Lower Back Pain. https://www.aarp.org/health/conditions-treatments/info-2022/exercises-for-lower-back-pain.html. Diakses pada November 16, 2023.

Lower Back Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7936-lower-back-pain. Diakses pada November 16, 2023.

Back exercises in 15 minutes a day. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/back-pain/art-20546859. Diakses pada November 16, 2023.

Versi Terbaru

14/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kenapa Sakit Tulang Dada? Rupanya, Ada 4 Kondisi Yang Boleh Jadi Punca Utama!

Jangan Ambil Mudah Kalau Kaki Selalu Kebas, Kadang-Kadang Ia Petanda Penyakit!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan