backup og meta

Jagalah Tulang, Sendi, Otot & Saraf Anda! Caranya, Minum Susu Setiap Hari

Umum mengetahui bahawa ada banyak manfaat mengamalkan diet seimbang termasuk susu untuk tulang yang kuat dan ini memang benar. Namun, adakah anda sedar jika minum susu dalam diet seimbang juga boleh memberi kelebihan terhadap kesihatan tubuh yang lain?

Jagalah Tulang, Sendi, Otot & Saraf Anda! Caranya, Minum Susu Setiap Hari

Lebih-lebih lagi di saat anda sedang meniti usia dewasa, pengambilan minuman dalam diet seimbang boleh memberi kebaikan untuk kesejahteraan hidup anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otot dan Tulang, anda boleh klik di sini.

Kepentingan susu kepada setiap golongan individu

Jangan sangka orang dewasa terutama warga emas tidak perlu minum susu untuk tulang ya?

Mereka juga memerlukan khasiat minuman ini yang mengandungi nutrien-nutrien penting seperti kalsium dan vitamin D untuk membantu melambatkan kehilangan kepadatan tulang apabila usia semakin meningkat.

Seperti mana yang kita tahu, susu mengandungi khasiat dan kebaikan kepada badan termasuk tulang.1 Selain merupakan antara sumber kalsium tertinggi, ia turut mengandungi pelbagai lagi nutrien penting yang lain.

Sebagai tambahan kepada kalsium, tulang manusia juga memerlukan nutrisi-nutrisi lain seperti di bawah:2

susu untuk tulang

Berita baik buat anda, kesemua nutrien-nutrien di atas ini boleh didapati dengan pengambilan susu atau produk tenusu tertentu bersama diet yang seimbang. Tidak sukar untuk memilih susu yang sesuai dengan usia anda sekiranya anda tahu apa yang anda mahukan. 

Bukan sahaja susu untuk tulang, ada banyak manfaat lain

Persoalannya, dari segi apakah susu mampu memberi manfaat kepada tulang? Adakah benar kita perlu susu untuk tulang?

Penjelasannya, susu merupakan sumber kalsium dan vitamin D yang semua sedia maklum adalah antara nutrien paling penting untuk tulang.3

Fakta menarik buat anda, kalsium merupakan unsur paling utama bagi rangka badan manusia; di mana 99% daripada setiap 1 kg kalsium yang terdapat dalam tubuh orang dewasa berada di dalam tulang.1

Sumber kalsium hanya boleh didapati pada makanan tertentu sahaja. Antaranya, produk tenusu terutama susu adalah salah satu pilihan yang paling banyak, mudah dan selalu tersedia di pasaran.3

Pengambilan susu yang mengandungi kalsium bersama diet seimbang adalah penting untuk mengekalkan tulang yang kuat menjelang usia dewasa atau tua kelak!

sumber kalsium

Dalam masa yang sama, ketahuilah bahawa pengambilan susu bersama diet seimbang boleh mendatangkan banyak lagi manfaat untuk kesihatan tubuh yang lain, seperti:

#1. Pengambilan susu untuk tulang dan sendi yang kuat

Apabila sudah menginjak usia dewasa atau tua, fungsi tubuh badan akan mula melemah termasuk juga sendi anda!

Cara untuk mengawal atau merawat masalah ini termasuklah dengan penggunaan ubatan oral dan topikal, suntikan steroid, terapi fizikal atau prosedur pembedahan. Selain itu, pengamalan diet yang seimbang adalah penting untuk menjaga sendi anda.

Selain itu, salah satu cara yang anda boleh cuba untuk menguatkan sendi anda adalah dengan mengambil minuman susu untuk tulang

#2. Pengambilan susu untuk tulang dan saraf serta otot

Selain tulang dan sendi yang mula melemah, saraf juga akan turut terjejas di usia emas.

Sistem saraf dan otot yang menjadi lemah akan menjejaskan pergerakan seperti keseimbangan dan kelincahan badan, yang akan menyumbang kepada risiko terjatuh.4

Pengambilan diet seimbang bersama susu membekalkan nutrien seperti  kalsium yang memainkan peranan penting dalam membantu menenangkan otot, serta menghantar isyarat melalui sistem saraf.5 

Tambahan pula, susu mengandungi MFGM (membran lemak globul susu) yang penting dalam menyokong pergerakan. Kajian menunjukkan MFGM membantu dalam meningkatkan kelincahan6 dan keseimbangan7 apabila diambil bersama diet harian dan senaman kerap. 

Ketahuilah bahawa bukan semua jenis susu itu serupa!

Di pasaran kita, terdapat banyak jenis minuman susu contohnya susu formula dan susu segar.

Ya, memang benar ada manfaat yang baik untuk badan. Namun, minuman susu yang lebih sesuai diambil oleh orang dewasa dan warga emas itu perlulah mengandungi formulasi yang khusus. 

Ini kerana, susu yang diformulasikan khas untuk orang dewasa dan lanjut usia mengandungi kandungan nutrisi berbeza berbanding susu biasa. 

susu untuk tulang

Antara produk yang sesuai untuk orang dewasa

Tidak dinafikan, peningkatan umur boleh menjadi punca tulang, sendi, otot dan saraf melemah lantas menjejaskan pergerakan, kekuatan, kelenturan dan keseimbangan dalam meniti kehidupan di hari senja.8

Kajian mendapati bahawa, orang yang mengambil susu dengan kandungan MFGM serta nutrien penting lain setiap hari bersama aktiviti senaman secara kerap, akan memiliki ketahanan tubuh badan lebih kuat di usia pertengahan.6

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    1. Milk & dairy products are good for bone health, https://www.osteoporosis.foundation/sites/iofbonehealth/files/2019-03/2015_ServeUpDairyProducts_FactSheet_English_0.pdf, Accessed Dec 14 2023.
    2. The role of nutrients in bone health, from A to Z. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17092827/, Accessed Dec 14 2023.
    3. Calcium, Nutrition, and Bone Health, https://orthoinfo.aaos.org/en/staying-healthy/calcium-nutrition-and-bone-health/, Accessed Dec 14 2023.
    4. Effects of aging on muscle velocity, balance, and agility in healthy Iranian females, https://www.scholarsresearchlibrary.com/articles/effects-of-aging-on-muscle-velocity-balance-and-agility-in-healthy-iranian-females.pdf, Accessed Dec 14 2023.
    5. Celebrate Dairy for Health Benefits, https://foodinsight.org/celebrate-dairy-for-health-benefits/, Accessed Dec 14 2023.
    6. Daily consumption of milk fat globule membrane plus habitual exercise improves physical performance in healthy middle-aged adults, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25810952/, Accessed Dec 14 2023.
    7. Effects of a multinutrient-fortified milk drink combined with exercise on functional performance, muscle strength, body composition, inflammation, and oxidative stress in middle-aged women: a 4-month, double-blind, placebo-controlled, randomized trial, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32469393/, Accessed Dec 14 2023.
    8. Aging: What to expect, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/healthy-aging/in-depth/aging/art-20046070, Accessed Dec 14 2023.

Versi Terbaru

10/03/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Sakit Sendi Tak Hilang-Hilang? Ini 29 Faktor Yang Mungkin Jadi Puncanya!

Badan Selalu Lemah & Lesu? Ada 4 Punca Anda Perlu Tahu Berserta Solusinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan