backup og meta

Kerap Diserang Sakit Belakang Selepas Bangun Tidur? Pakar Kongsi Petua Atasinya!

Kerap Diserang Sakit Belakang Selepas Bangun Tidur? Pakar Kongsi Petua Atasinya!

Pernahkah anda merasakan tidak selesa di bahagian belakang badan sehingga rasa sakit mencucuk setiap kali anda bergerak? Jika benar, anda mungkin sedang diserang sakit tulang belakang! Namun begitu, tahukah anda tentang  cara hilangkan sakit tulang belakang yang berkesan? Ikuti artikel ini sehingga habis untuk mengetahui tip tersebut.

Namun perlu diingatkan, artikel ini hanya kongsikan beberapa petua tradisional hilangkan sakit pinggang dan sakit belakang tanpa menggunakan ubat-ubatan. Jika keadaan anda semakin kronik, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi lanjut mengenai Kesihatan Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

Cara hilangkan sakit tulang belakang

Tulang belakang merupakan ‘akar tubuh badan manusia’ kerana ia berperanan dalam memberi sokongan dan struktur kepada badan anda.

Tanpa tulang belakang yang sihat dan kuat, anda sudah pasti tidak akan dapat berdiri, duduk dan mengekalkan keseimbangan.

Ini juga akan menyebabkan himpitan saraf dan kemerosotan fungsi tubuh badan anda. Bahkan, gangguan tulang belakang ini juga berisiko menyebabkan kecacatan.

Akan tetapi, apakah cara menghilangkan sakit belakang ketika tidur dan selepas bangun tidur ya?

Bersempena dengan Hari Tulang Belakang Sedunia yang berlangsung pada 16 Oktober setiap tahun, Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Komplementari dan Alternatif di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Janice Chan Vey Lian berkongsi beberapa cara hilangkan sakit bahu dan pinggul yang berkesan kepada orang ramai.

Cara hilangkan sakit tulang belakang tengah

cara hilangkan sakit tulang belakang
Janice Chan Vey Lian, Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Komplementari dan Alternatif di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

Menurut Janice, cara hilangkan sakit tulang belakang yang perlu dilakukan adalah dengan menggunakan konsep (S.T.O.P). Kaedah ini katanya boleh membantu mereka yang sering mengalami masalah sakit tulang.

#1. Sit Up Straight and Stretch! (Duduk tegak dan lakukan regangan)

Membuat regangan atau stretching merupakan petua tradisional hilangkan sakit pinggang dan tulang belakang yang paling berkesan sekali buat anda. Ia dapat membantu menjaga otot anda dan membuatkan tulang belakang anda menjadi lebih fleksibel lagi.

Stretching ini juga penting sebelum anda menjalani sukan seperti joging, aerobik, hiking dan sebagainya kerana ia dapat menghalang anda daripada mendapat kecederaan dan ketegangan otot.

Apabila anda membuat regangan yang betul, ia juga dapat memperbaiki aliran darah dan nutrien di dalam badan anda.

Menurut Janice lagi, terdapat beberapa punca kenapa selalu sakit belakang badan seperti berikut:

Cara hilangkan sakit tulang belakang #2. Take a break (Berehat)

Bersempena dengan tema Hari Tulang Belakang Sedunia 2023 iaitu ‘Gerakkan Tulang Belakang Anda’, Janice juga menyarankan orang ramai yang aktif bekerja dan belajar dari rumah supaya sentiasa bangun dan menggerakkan tulang belakang anda.

Anda boleh cuba bangun dari kerusi setiap 45 minit atau satu jam, dan berjalan dua hingga lima minit bagi merehatkan otot anda.

#3. Organise (Mengatur postur badan dengan betul)

Duduk di kerusi dalam posisi statik dalam tempoh yang lama iaitu empat hingga lima jam sehari boleh menyebabkan anda sakit tulang belakang, leher dan juga lenguh badan.

Salah satu cara hilangkan sakit belakang bahu adalah dengan menggunakan kerusi ergonomik kerana ia boleh menyokong belakang badan anda dengan baik. Letakkan juga bantal kecil di belakang badan anda.

Pastikan lutut anda dibengkokkan pada sudut 90 darjah dan kaki anda juga menyentuh lantai.

cara hilangkan sakit urat punggung
7 risiko jika duduk terlalu lama.

#4. Professional help (Dapatkan bantuan profesional)

Jika anda kerap mengalami sakit tulang belakang yang kronik, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan profesional seperti menjalani rawatan fisioterapi dan juga membuat janji temu bersama pakar kiropraktik untuk pemeriksaan lanjut.

Langkah ini merupakan cara hilangkan sakit tulang belakang yang paling cepat dan berkesan. Antara rawatan yang terlibat ialah positioning, pergerakan aktif dan pasif, dan juga rawatan haba dan ais.

Cara menghilangkan sakit belakang ketika tidur

Kadangkala, posisi tidur yang salah juga boleh menyebabkan anda sakit tulang belakang. Anda boleh cuba cara berikut untuk mendapatkan posisi tidur yang betul.

  • Tidur mengiring dan letakkan bantal di antara kedua-dua lutut
  • Tidur dalam keadaan baring dan letakkan bantal di bawah lutut
  • Jangan tidur meniarap kerana ia akan membuatkan anda berisiko untuk mendapat skoliosis

Apa itu pakar kiropraktik?

sakit tulang belakang
Pakar kiropraktik menerangkan tentang penyebab sakit tulang belakang terjadi.

Pakar kiropraktik dapat membantu untuk melegakan pelbagai kesakitan muskuloskeletal. Fokus utama ahli kiropraktik ini ialah merawat tulang belakang dengan menggunakan tangan mereka untuk memeriksa dan merawat keadaan kesihatan yang berkaitan dengan tulang, otot dan sendi.

Perbezaan antara ahli fisioterapi dan pakar kiropraktik ialah mereka lebih banyak terlibat dalam aktiviti pemulihan seperti rehabilitasi dan latihan bergantung kepada keperluan pesakit.

Jumlah sesi rawatan bersama pakar kiropraktik juga berbeza mengikut keadaan pesakit. Keadaan pesakit yang teruk seperti kemalangan atau kecederaan sukan mungkin memerlukan sesi rawatan yang kerap dan lebih panjang.

Kesimpulan

Jadi, persoalan mengenai cara hilangkan sakit tulang belakang anda sudah pun terjawab. Serangan sakit tulang belakang sememangnya bukan sekadar jenaka bagi setiap orang!
Berjumpalah dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut sekiranya keadaan anda makin kronik bagi mengelakkan kualiti hidup anda terjejas.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Back Pain. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/back-pain/symptoms-causes/syc-20369906 Accessed on October 11, 2023.

Back Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22325-back-pain. Accessed on October 11, 2023.

What is Rehabilitation? https://www.spectrumhealthlakeland.org/medical-services/rehabilitation/what-is-rehabilitation Accessed on October 11, 2023.

Scoliosis. https://www.aans.org/Patients/Neurosurgical-Conditions-and-Treatments/Scoliosis.  Accessed on October 11, 2023.

Rawatan Fisioterapi Bagi Sakit Tulang Belakang. http://www.myhealth.gov.my/rawatan-fisioterapi-bagi-sakit-tulang-belakang/ Accessed on October 11, 2023.

Versi Terbaru

21/06/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jangan Ambil Mudah Kalau Kaki Selalu Kebas, Kadang-Kadang Ia Petanda Penyakit!

Sakit Bahu Sebelah Kanan? Ini 4 Punca Mengapa Anda Sering Lenguh Bahu


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 21/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan