backup og meta

Cara Hilangkan Sakit Bahu, Pakar Ini Dedahkan Ada 3 Cara Yang Paling Berkesan!

Cara Hilangkan Sakit Bahu, Pakar Ini Dedahkan Ada 3 Cara Yang Paling Berkesan!

Bayangkan anda terjaga tengah malam kerana kesakitan yang berterusan di bahagian bahu. Lama kelamaan, kesakitan ini bertambah teruk kerana menganggap ia akan pulih dengan sendirinya.  Jika anda mengalami situasi sebegini, anda mungkin mengalami bahu beku.

Berkenaan topik sakit bahu ini, Dr Suresh George V Nainan, Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma, Artroplasti dan Pembedahan Robotik di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), akan berkongsi pandangan beliau mengenai bahu beku, termasuk gejala, penyebab, dan pilihan rawatan.

Baca lebih lanjut tentang Tulang/Otot di sini.

Apakah itu bahu beku?

Bahu beku (frozen shoulder atau kapsulitis lekat – adhesive capsulitis) ialah keradangan pada sendi bahu, selalunya tanpa sebab yang jelas. Menurut Dr Suresh George, keadaan ini biasanya bermula dengan kesakitan dan kekakuan yang progresif, akhirnya menyebabkan sendi bahu hilang keupayaan untuk bergerak. 

Kondisi ini akan berkembang melalui tiga fasa:

  • Fasa Pembekuan: Fasa ini berlangsung antara 2 hingga 9 bulan, di mana kesakitan bertambah teruk dan kekakuan meningkat secara beransur-ansur. Ramai yang mengalami kesakitan di bahagian bahu sehingga mengganggu tidur mereka.
  • Fasa Beku: Pada fasa ini, kesakitan berkurangan, tetapi kekakuan bertambah teruk dengan kehilangan pergerakan abduksi dan putaran bahu. Pesakit sering berasa kurang sakit pada fasa ini tetapi semakin sukar untuk menggerakkan bahu mereka walaupun dibantu. Fasa ini boleh berlanjutan selama 4 hingga 12 bulan.
  • Fasa Pelembutan: Semasa fasa pemulihan ini, pergerakan bahu bertambah baik secara beransur-ansur. Bagaimanapun, pemulihan sepenuhnya boleh mengambil masa selama enam bulan hingga 2 tahun. Kebanyakan pesakit akhirnya akan dapat pulih sepenuhnya, walaupun ada segelintir yang mungkin tidak pulih sepenuhnya.

Siapa yang berisiko senang sakit bahu?

1. Risiko boleh terjadi kepada penghidap pesakit diabetes, penyakit tiroid, Parkinson, atau kanser

Menurut beberapa kajian, pesakit diabetes mempunyai lebih daripada 3 kali ganda kemungkinan untuk mendapat kondisi bahu beku berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit diabetes

Dr Suresh George juga berkongsi situasi di mana seorang pesakit yang kelihatan seperti menghidapi bahu beku tetapi sebenarnya dia menghidapi penyakit kanser. Ini menekankan kepentingan mendapatkan diagnosis dan rawatan awal agar kondisi tidak menjadi lebih teruk.

2. Tiada mobiliti

cara hilangkan sakit bahu
Anda digalakkan untuk menukar posisi beg dengan kerap.

Kecederaan kecil yang berlaku pada pergelangan tangan atau siku secara tidak langsung boleh menyebabkan bahu beku kerana kekurangan pergerakan. Adalah biasa bagi pesakit yang memakai sling atau kas untuk tempoh yang lama untuk menghidapi kondisi ini.

3. Wanita yang berusia antara 40 sehingga 60 tahun.

 5% daripada populasi, terutamanya wanita berusia 40-60 tahun mengalami sakit bahu. 

4. Kebanyakan kes adalah idiopatik, bermakna puncanya tidak dapat dikenalpasti.

Kadangkala, punca sebenar masalah ini berlaku mungkin tidak dapat dikenalpasti dengan tepat.

Kenali tanda anda mempunyai bahu beku

Dr Suresh George menambah, “Cara untuk kenali bahu beku ini mudah saja, bahu anda tetap kaku dan sukar digerakkan walaupun orang lain mencuba untuk menggerakkannya,”

Biarpun sinar-x, imbasan dan ujian darah sering digunakan untuk menolak kemungkinan isu-isu lain seperti artritis atau kecederaan tendon, ia tidak boleh mendiagnosis bahu beku secara langsung.

“Kebanyakan ujian akan menunjukkan keputusan normal untuk bahu beku. Dengan itu, tanda-tanda klinikal klasik — terutamanya kesakitan bahu dan kekakuan secara progresif — yang membawa kepada diagnosis,” jelas Dr Suresh George.

Cara hilangkan sakit bahu anda boleh cuba

Jika anda telah mengalami tanda-tanda bahu beku seperti di atas, anda  dinasihatkan untuk mendapatkan diagnosisi awal agar memendekkan tempoh dan kesakitan bahu kerana ia dapat mempercepatkan proses dan mengurangkan keselesaan.

Rawatan dibahagikan kepada tiga kategori:

Cara hilangkan sakit bahu #1. Rawatan konservatif 

cara hilangkan sakit bahu
Terapi fizikal merupakan rawatan yang ideal untuk anda dapatkan.

Rawatan konservatif ini termasuk terapi fizikal, pengurusan kesakitan dengan ubat anti-radang, dan senaman untuk meningkatkan mobiliti bahu.

Cara hilangkan sakit bahu #2. Suntikan steroid

Suntikan steroid boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dan memudahkan pergerakan. Ini boleh digabungkan dengan manipulasi bahu terkawal di bawah anestesik jika tindak balas terhadap rawatan adalah perlahan.

Cara hilangkan sakit bahu #3. Pembedahan

Jika rawatan di atas tidak berkesan, maka rawatan terakhir iaitu pembedahan mungkin akan dipertimbangkan untuk kes-kes yang sangat jarang berlaku jika kondisi berterusan melebihi 18 bulan.

Hal ini kerana, kebanyakan kondisi bahu beku tanpa patologi lain akan pulih sendiri dari masa ke masa.

cara hilangkan sakit bahu
Betulkan postur tubuh badan anda semasa melakukan kerja.

Persepsi salah dan mitos bahu beku

Salah satu persepsi salah yang lazim mengenai bahu beku ialah ia boleh sembuh dengan cepat. “Bahu beku tidak boleh sembuh dengan sekelip mata. Ia adalah proses yang perlahan, dan pesakit perlu realistik tentang garis masa pemulihan mereka,” ujar Dr Suresh George.

Dr Suresh George berkata, “Pesakit sering berjumpa saya dengan keadaan yang lebih teruk selepas mencuba kaedah-kaedah yang agresif seperti meregangkan bahu (shoulder cracking) atau urutan tisu dalam. Rawatan sedemikian boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.” 

Pergerakan yang kuat boleh meretakkan bahu pesakit tua dengan osteoporosis atau koyakan tendon rotator cuff.

Kesimpulan

Semoga perkongsian berkenaan sakit bahu ini merungkai permasalahan anda. Pengambilan ubat tahan sakit mungkin akan memberikan kelegaan tapi bukan dalam jangka masa yang panjang. Diharapkan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Serna, D., Navarro-Ledesma, S., Alayón, F., López, E., & Pruimboom, L. (2021). A Comprehensive View of Frozen Shoulder: A Mystery Syndrome. Frontiers in Medicine, 8. https://doi.org/10.3389/fmed.2021.663703. Diakses Februari 24, 2025.

 Hand, C., Clipsham, K., Rees, J., & Carr, A. (2008). Long-term outcome of frozen shoulder.. Journal of shoulder and elbow surgery, 17 2, 231-6 . https://doi.org/10.1016/J.JSE.2007.05.009. Diakses Februari 24, 2025.

 Dyer, B., Rathod-Mistry, T., Burton, C., Windt, D., & Bucknall, M. (2023). Diabetes as a risk factor for the onset of frozen shoulder: a systematic review and meta-analysis. BMJ Open, 13. https://doi.org/10.1136/bmjopen-2022-062377. Diakses Februari 24, 2025.

Versi Terbaru

25/02/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Lengan Tak Sama Panjang? 7 Gejala Ini Tanda Anda Sakit Skoliosis, Tulang Belakang Bengkok!

Jagalah Tulang, Sendi, Otot & Saraf Anda! Caranya, Minum Susu Setiap Hari


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan