Tahukah anda, untuk mengetahui bacaan gula dalam darah, ia hanya boleh dilakukan melalui ujian darah seperti ini.
Ujian ini juga disarankan kerana ia merupakan antara ujian gula darah yang paling mudah, pantas dan boleh dilakukan sendiri di rumah.
Selain itu, untuk mereka yang tidak tahu sama ada mereka menghidap diabetes atau tidak, prosedur ini boleh membantu menentukan jika mereka menghidap penyakit tersebut.
Walau bagaimanapun, bagi individu yang sudah mengetahui tentang keadaan diabetes mereka, mereka mungkin hanya menggunakan ujian ini jika mengalami gejala yang berkaitan dengan kencing manis, seperti:
- Peningkatan berat badan tanpa sebab yang jelas
- Kerap membuang air kecil
- Kekeliruan atau berlakunya perubahan mendadak pada cara pesakit bercakap atau berkelakuan
- Pengsan
- Penglihatan menjadi agak kabur atau tidak jelas
- Sawan (kali pertama)
- Tidak sedarkan diri
Oleh itu, jika anda mengalami salah satu daripada simptom ini, sebaiknya dapatkan glukometer dengan segera, periksa gula darah dan dapatkan bacaan normal gula dalam darah dengan segera.

Untuk tindakan yang lebih baik, maklumkan kepada ahli keluarga dan mereka yang tinggal bersama anda untuk terus melakukan ujian gula darah ini jika anda mengalami simptom-simptom di atas.
Kesimpulan
Bagi penghidap diabetes, ujian ini boleh memaklumkan bacaan gula darah semasa dengan pantas dan mudah.
Manakala bagi mereka yang tidak menghidap penyakit kencing manis, ujian gula darah rawak boleh bertindak sebagai langkah saringan awal penyakit ini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen