backup og meta

Umur Sudah Cecah 40-an? Ini Bacaan Tekanan Darah Normal Yang Setiap Wanita Kena Pantau!

Umur Sudah Cecah 40-an? Ini Bacaan Tekanan Darah Normal Yang Setiap Wanita Kena Pantau!

Adakah semua orang mempunyai tekanan darah normal yang sama? Atau ia mengikut jantina mahupun peringkat umur tertentu? Untuk artikel kali ini, kita akan melihat tekanan darah normal wanita mengikut peringkat umur mereka selain isu tekanan darah rendah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Apa itu tekanan darah tinggi?

Selain tekanan darah rendah, ada juga masalah tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah satu isu kesihatan yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Hipertensi berlaku apabila tekanan darah seseorang individu melebihi paras normal.

Ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung, strok, dan masalah buah pinggang.

Mengetahui tentang tekanan darah normal adalah penting untuk mengelakkan risiko kesihatan seperti yang dinyatakan di atas.

Anda boleh lihat panduan mengenai tekanan darah normal bagi wanita mengikut kumpulan umur berbeza di bawah nanti. 

Mengapa tekanan darah tinggi bahaya? 

Hipertensi, atau tekanan darah tinggi boleh menyebabkan beban tambahan kepada jantung dan saluran darah.

Ini boleh membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan yang serius dan berpotensi membahayakan nyawa anda.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa hipertensi dianggap berbahaya:

#1. Peningkatan risiko penyakit kardiovaskular:

Hipertensi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Tekanan darah yang tinggi menyebabkan arteri menjadi keras dan sempit lalu mengurangkan aliran darah ke jantung.

Ini boleh menyebabkan sakit jantung, kegagalan jantung dan masalah jantung lain.

#2. Kerosakan buah pinggang:

Tekanan darah tinggi juga boleh merosakkan buah pinggang dan mengurangkan keupayaannya untuk menyaring toksin dan bahan buangan dari darah.

bacaan tekanan darah
Kesilapan biasa ketika memeriksa tekanan darah.

Ini boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang.

#3. Penglihatan terjejas:

Hipertensi turut boleh merosakkan kapilari halus pada mata, lalu menyebabkan penglihatan kabur atau kehilangan penglihatan.

#4. Kerosakan arteri:

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan arteri menjadi keras, sempit dan lemah.

Ini meningkatkan risiko aneurisma dan perdarahan dalaman.

#5. Kesan pada otak:

Aliran darah yang tidak mencukupi ke otak akibat hipertensi boleh menyebabkan masalah memori dan kognitif, serta meningkatkan risiko demensia dan penyakit Alzheimer.

Tekanan darah normal wanita usia 20 tahun

tekanan darah normal wanita
Doktor boleh memeriksa tekanan darah anda.

Wanita dalam umur 20-an biasanya mempunyai tekanan darah yang stabil. Berikut adalah bacaan tekanan darah normal mengikut umur 20 tahun:

  • Tekanan darah normal: 120/80 mmHg
  • Tekanan darah tinggi: Melebihi 130/80 mmHg

Tekanan darah normal wanita 30 tahun

Bagi tekanan darah normal mengikut umur 30 tahun, tekanan mungkin mula meningkat disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk stres dan diet.

  • Tekanan darah normal: 120-130/80-85 mmHg
  • Tekanan darah tinggi: Melebihi 135/85 mmHg

Tekanan darah normal wanita usia 40 tahun

Perubahan hormon semasa menopaus boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.

  • Tekanan darah normal: 125-135/85-90 mmHg
  • Tekanan darah tinggi: Melebihi 140/90 mmHg

Tekanan darah normal wanita 50 tahun

Risiko hipertensi akan meningkat dalam kalangan wanita pada usia ini. Biasanya disebabkan oleh faktor umur dan perubahan hormon. Berikut adalah tekanan darah normal usia 50 tahun:

  • Tekanan darah normal: 130-140/85-90 mmHg
  • Tekanan darah tinggi: Melebihi 145/90 mmHg

Tanda-tanda hipertensi yang perlu diperhatikan

tekanan darah normal wanita
Hipertensi akan menyebabkan sakit kepala.

Berikut adalah tanda-tanda tekanan darah tinggi yang perlu anda perhatikan: 

  • Sakit kepala yang teruk
  • Penglihatan kabur
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit dada
  • Pendarahan hidung

Nasihat khusus untuk wanita

Untuk wanita yang berada dalam kumpulan umur 30 hingga 40 tahun, adalah penting untuk memantau tekanan darah anda dengan teliti.

Pemakanan yang seimbang, senaman yang teratur, dan kawalan stres adalah kunci untuk menjaga tekanan darah dalam keadaan normal dan mengelakkan risiko hipertensi.

Kesimpulan 

Mengetahui tekanan darah normal adalah penting untuk menjaga kesihatan jantung dan mengelakkan risiko hipertensi atau darah tinggi.

Tip

Setiap individu disarankan untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko hipertensi. 

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What are Blood Pressure Ranges?. https://pressbooks.library.torontomu.ca/vitalsign/chapter/blood-pressure-ranges/. Diakses pada Oktober 3, 2023. 

What do the numbers mean?. https://www.bloodpressureuk.org/your-blood-pressure/understanding-your-blood-pressure/what-do-the-numbers-mean/. Diakses pada Oktober 3, 2023. 

Understanding Blood Pressure Readings. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings. Diakses pada Oktober 3, 2023. 

Reading the new blood pressure guidelines. https://www.health.harvard.edu/heart-health/reading-the-new-blood-pressure-guidelines. Diakses pada Oktober 3, 2023. 

Blood pressure chart: What your reading means. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/blood-pressure/art-20050982. Diakses pada Oktober 3, 2023.

Versi Terbaru

12/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini Cara Yang Tepat Nak Tahu Tahap Keterukan Hipertensi, Baru Boleh Rawat!

Periksa 'Blood Pressure' Di Rumah, Ini 5 Tip Penting Beli Alat Tekanan Darah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan