backup og meta

Sakit Tengkuk Tanda Darah Tinggi? Ini 6 Tanda Lain Hipertensi Yang Ramai Tak Perasan

Sakit Tengkuk Tanda Darah Tinggi? Ini 6 Tanda Lain Hipertensi Yang Ramai Tak Perasan

Ada yang sebut, sakit tengkuk tanda darah tinggi. Adakah benar jika anda alami sakit tengkuk leher belakang, maka ia antara tanda anda mempunyai darah tinggi?

Kenapa selalu sakit di bahagian tengkuk? Kenapa selalu sakit kepala dan tengkuk? Adakah darah tinggi penyakit kritikal?

Lihat tanda tanda darah tinggi yang paling biasa berlaku di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

Tanda tanda darah tinggi yang paling biasa

Kenapa selalu sakit di bahagian tengkuk? Kenapa selalu sakit kepala dan tengkuk? Adakah darah tinggi penyakit kritikal?

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit yang kerap kali tidak menampakkan gejala ketara sehinggalah ia mencapai tahap yang kritikal.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit ini, namun tidak menyedarinya.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun.

Kebanyakan individu tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah ini sehinggalah komplikasi serius berlaku.

Oleh itu, amat penting untuk mengetahui apakah simptom darah tinggi yang biasa berlaku.

Berikut merupakan tujuh tanda utama yang mungkin anda alami jika anda mempunyai hipertensi:

#1. Sakit tengkuk tanda darah tinggi

sakit tengkuk tanda darah tinggi
Sakit tengkuk boleh berlaku ketika bersenam.

Rasa sakit atau ketegangan di kawasan tengkuk mungkin bukan sekadar ketegangan otot biasa.

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan arteri menjadi tegang, terutama di bahagian tengkuk.

Apabila tekanan darah meningkat, ia boleh mengganggu aliran darah normal ke otot dan tisu di sekitar tengkuk, lalu menyebabkan rasa sakit.

Oleh sebab itu, sakit tengkuk tanda darah tinggi. 

#2. Sakit kepala

Hipertensi atau darah tinggi juga boleh menyebabkan pembuluh darah dalam otak mengembang dan menyempit dengan cepat.

Ini boleh menyebabkan sakit kepala yang tajam dan mendadak.

Jika ia berlaku, anda mungkin berasa seperti adanya denyutan kuat yang berulang pada bahagian belakang kepala.

#3. Selain sakit tengkuk tanda darah tinggi, penglihatan juga jadi kabur

Jika anda menghidap darah tinggi tanpa disedari, ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada pembuluh darah retina.

Retina adalah lapisan belakang mata yang sensitif terhadap cahaya.

sakit tengkuk tanda darah tinggi
Jenis krisis hipertensi.

Kerosakan yang berlaku pada retina ini boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Malah, ia juga boleh membuatkan kehilangan penglihatan sementara.

#4. Buku lali menjadi kebas atau kaku

Hipertensi juga boleh menghalang aliran darah ke anggota kaki, terutama ke bahagian buku lali anda.

Ini seterusnya boleh mengakibatkan sensasi kebas atau kekakuan terutamanya ketika berjalan.

Jika ia kerap berulang atau terjadi secara berterusan, anda mungkin mengalami hipertensi atau darah tinggi. 

#5. Sukar untuk bernafas

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan jantung bekerja lebih keras.

Kesannya, ia boleh menyebabkan cecair terkumpul dalam paru-paru, dalam beberapa kes.

Ini boleh mengakibatkan kejadian sesak nafas terutamanya ketika anda sedang berbaring.

#6. Selain sakit tengkuk tanda darah tinggi, anda juga akan alami telinga berdengung

Bunyi berdengung atau berdesing yang berterusan dalam telinga boleh berlaku apabila tekanan darah tinggi mempengaruhi aliran darah ke telinga.

Dengungan ini mungkin berterusan atau berlaku secara tiba-tiba.

#7. Keletihan melampau

sakit tengkuk tanda darah tinggi
Letih juga boleh sebabkan sakit tengkuk.

Hipertensi boleh membebankan jantung anda. Ini kerana hipertensi akan membuatkan jantung untuk bekerja lebih keras bagi mengepam darah.

Jadi, tidak pelik jika ia boleh menyebabkan anda berasa letih setiap masa walaupun mendapat tidur malam yang baik.

Tip cegah tekanan darah tinggi

Bagi mengurangkan risiko anda mendapat hipertensi, sila ikut tip-tip di bawah ini:

  • Makan makanan rendah garam dan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh
  • Elakkan makanan yang digoreng dan tinggi lemak
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari, seperti berjalan kaki, berenang atau berbasikal
  • Usahakan untuk kekal pada berat badan yang sihat. Kurangkan berat badan jika anda kategori gemuk atau obes
  • Jika anda meminum alkohol, hadkan pengambilannya
  • Berhenti merokok dapat membantu mengurangkan risiko hipertensi dan penyakit lain
  • Cari cara untuk mengurangkan stres dalam hidup anda, sama ada melalui meditasi, senaman atau aktiviti santai lain
  • Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara rutin untuk memastikan anda berada dalam julat yang sihat

Kesimpulan 

Kini anda telah mengetahui bahawa sakit tengkuk tanda darah tinggi.

Meskipun hipertensi ini berlaku secara senyap tanpa menunjukkan gejala yang ketara, memahami tanda-tanda awal dan mendapatkan pemeriksaan rutin adalah kunci untuk mencegah komplikasi serius.

Peringatan!

Beri perhatian kepada bahasa tubuh anda dan berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hypertension. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/hypertension. Diakses pada Ogos 9, 2023. 

High blood pressure (hypertension). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/symptoms-causes/syc-20373410. Diakses pada Ogos 9, 2023.

What are the Symptoms of High Blood Pressure?. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/why-high-blood-pressure-is-a-silent-killer/what-are-the-symptoms-of-high-blood-pressure. Diakses pada Ogos 9, 2023.

High Blood Pressure (Hypertension). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4314-hypertension-high-blood-pressure. Diakses pada Ogos 9, 2023.

High Blood Pressure Symptoms and Causes. https://www.cdc.gov/bloodpressure/about.htm. Diakses pada Ogos 9, 2023.

Versi Terbaru

20/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tip Elak Serangan Jantung: Kena Tahu Cara Kira Bacaan Nadi Normal

Bila Waktu Sesuai Makan Ubat Darah Tinggi, Pagi Atau Sebelum Tidur?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan