Siapa sahaja tidak mahu jantung yang sihat sepanjang masa. Jantung sihat boleh dicapai dengan mengambil minuman dan makanan yang baik untuk jantung setiap hari. Ini 18 jenis makanan baik untuk jantung yang boleh anda amalkan bermula hari ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Ini 18 makanan yang baik untuk jantung anda
Kita semua pasti tahu bahawa pemakanan yang seimbang adalah kunci utama untuk jantung yang sihat.
Namun, adakah anda tahu makanan dan minuman apa yang harus ditambah dalam diet harian anda?
Berikut adalah senarai 18 jenis makanan dan minuman yang boleh membantu anda menjaga kesihatan jantung setiap masa.
#1. Ikan berminyak
Ikan seperti salmon dan tuna kaya dengan Omega-3. Omega-3 merupakan sejenis asid lemak yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Cuba masak ikan seperti ini dengan kaedah yang lebih sihat, seperti dipanggang atau dikukus untuk mendapatkan manfaat keseluruhannya.
#2. Buah dan minyak zaitun
Buah dan minyak zaitun kaya dengan lemak sihat yang dapat mengurangkan tekanan darah dan melindungi daripada pengerasan arteri.
Kedua-duanya boleh dicampurkan dalam hidangan salad atau digunakan sebagai minyak masakan.
#3. Buah beri
Buah-buahan seperti strawberi, bluberi, dan raspberi kaya dengan antioksidan yang baik untuk jantung.
Nikmatinya dengan membuat smoothie, dicampurkan dalam bijirin, atau dimakan begitu sahaja sebagai snek.
#4. Makanan yang baik untuk jantung: Kacang badam
Kacang badam adalah sumber protein, serat, dan lemak sihat yang baik untuk jantung kita.
Ia boleh dipanggang dan dimakan begitu sahaja, atau ditambah dalam hidangan sampingan dan juga salad.
#5. Sayuran berdaun gelap
Sayuran seperti bayam dan kale adalah sumber vitamin K yang membantu melindungi arteri dan menggalakkan tekanan darah yang sihat.
Sayur seperti ini boleh dimasak dengan minyak zaitun dan bawang putih yang bukan sahaja sedap, tetapi juga sihat.
#6. Buah epal dan pir
Buah epal atau pir adalah sumber serat dan vitamin C yang baik.
Ambil kedua-dua buah ini sebagai snek atau jadikannya sebagai salad mahupun jus buah.
#7. Makanan untuk jantung: Avokado
Avokado adalah sumber lemak sihat dan kalium yang baik untuk jantung.
Buah yang berwarna hijau ini boleh dimakan begitu sahaja, dijadikan guakamole, atau ditambah dalam sandwic sarapan anda.
#8. Bawang putih
Bawang putih telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
Masukkan lebih banyak bawang putih dalam masakan untuk rasa yang lebih sedap selain manfaat kesihatannya untuk jantung.
#9. Teh hijau
Teh hijau merupakan minuman yang kaya dengan antioksidan dan dapat membantu mengurangkan tekanan darah anda.
Bagi menggalakkan kesihatan jantung anda, nikmatilah secawan teh hijau setiap hari.
#10. Makanan yang baik untuk jantung: Kacang merah
Kacang merah adalah sumber serat, protein, dan antioksidan yang baik untuk jantung.
Namun cuba elakkan kacang merah yang ditambah gula bagi mengelakkan pertambahan kolesterol dalam badan.
#11. Coklat gelap
Coklat hitam mengandungi flavonoid, iaitu antioksidan yang dapat membantu menjaga kesihatan jantung.
Pilih coklat gelap dengan 70% kandungan koko atau lebih.
#12. Kismis
Kismis adalah makanan baik untuk jantung kerana ia kaya dengan kalium dan antioksidan.
Ambil ia sebagai snek atau tambahkan dalam roti yang anda buat di rumah.
#13. Biji labu
Biji labu adalah sumber magnesium dan mineral yang baik untuk jantung.
Dapatkan biji labu di pasar raya berdekatan dan makannya sebagai snek waktu petang.
#14. Kentang
Kentang adalah sumber kalium yang dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Namun, cuba elakkan kentang yang digoreng.
Sebaliknya, anda boleh cuba memanggang atau mengukus kentang untuk mengurangkan kolesterol.
#15. Buah tomato
Tomato adalah antara makanan yang baik untuk jantung kerana mengandungi likopen yang juga sejenis antioksidan.
Oleh itu, banyakkan pengambilan buah tomato dalam masakan harian anda.
#16. Lobak merah
Lobak merah adalah sumber yang baik untuk mendapatkan serat dan vitamin A.
Ia boleh dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan atau dibuat jus segar.
#17. Makanan baik untuk jantung: Brokoli
Mungkin ramai yang kurang gemar sayur brokoli. Namun ia sebenarnya adalah sumber antioksidan dan serat yang sangat baik.
Cara terbaik memasaknya adalah dengan dikukus atau ditumis bersama bawang putih.
#18. Biji chia
Biji chia adalah sumber Omega-3 dan juga serat. Ia boleh ditambah dalam bijirin sarapan pagi, yogurt, atau dibuat sebagai puding.
Kesimpulan
Ingatlah, pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat adalah kunci untuk jantung yang sihat.
Mari kita jaga kesihatan jantung dengan memilih minuman dan makanan yang baik untuk jantung.
Selamat mencuba!
[embed-health-tool-bmi]