backup og meta

Tidur & Kolesterol Badan Ada Kaitan! Nak Turunkan Kolesterol, Pastikan Tidur Nyenyak Tiap Malam!

Tidur & Kolesterol Badan Ada Kaitan! Nak Turunkan Kolesterol, Pastikan Tidur Nyenyak Tiap Malam!

Ramai orang yang tidak tahu bahaya sebenar jika mereka kurang tidur. Mungkin ramai yang sangka, tidur yang tidak mencukupi hanya akan membuatkan kita jadi lemah dan sukar untuk fokus. Namun, tahukah anda, tidur juga mempunyai impaknya yang tersendiri terhadap kadar kolesterol badan?

Sebenarnya, tidur mempunyai ‘kuasa’ yang lebih besar daripada apa yang anda sangka.

Kurang tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap pelbagai jenis masalah kesihatan, daripada kenaikan berat badan hinggalah sakit jantung.

Cuba kira, berapa lama anda tidur malam semalam? Jika anda tidur kurang daripada 5 jam sehari, anda tergolong dalam kumpulan bahaya!

Kaitan kurang tidur dan kadar kolesterol

kurang tidur

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Perelman School of Medicine di University of Pennsylvania, mereka yang tidur kurang 5 jam sehari lebih berkemungkinan mempunyai kadar kolesterol yang tidak sihat.

Dalam masa yang sama, mereka juga selalunya tergolong dalam kumpulan yang obes dan mempunyai tekanan darah tinggi.

Namun, selepas mereka berusaha mendapatkan tidur yang mencukupi, profil risiko mereka jadi bertambah baik. Dapatan mereka daripada kajian ini kemudiannya diterbitkan di dalam jurnal Sleep Medicine.

Walau bagaimanapun, menurut penulis kajian tersebut, Dr. Michael Grandner, mereka yang tidur kurang 5 jam sehari ini bukannya sengaja tidur lewat setiap malam. Sebaliknya, mereka mengalami masalah untuk tidur dengan nyenyak.

Tetapi, beliau tidak pasti sama ada kesukaran untuk tidur itu merupakan punca atau kesan tahap kolesterol yang tinggi di dalam badan mereka.

Mengapa mereka yang kurang tidur mempunyai kadar kolesterol tinggi?

Sukar untuk menentukan hubungan sebenar di antara masalah tidur dan kadar kolesterol dalam badan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa penjelasan yang mungkin dapat menerangkan kaitan di antara dua perkara ini. Sebagai contoh:

1. Obesiti

kurang tidur

Mereka yang obes selalunya mempunyai lemak berlebihan pada bahagian mulut atau tekak yang boleh menghalang pernafasan ketika tidur. 

Perkara ini boleh menyebabkan individu tersebut mengalami apnea tidur, sejenis masalah tidur yang mengakibatkan pernafasan terhenti.

2. Hormon yang tidak seimbang

Leptin merupakan sejenis hormon yang dirembeskan oleh sel lemak dalam badan. Tujuan utamanya adalah untuk melakukan regulasi dan memberi isyarat kepada tubuh untuk berhenti apabila badan sudah menerima makanan yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai masalah tidur hilang sensitiviti terhadap bahan kimia ini.

Oleh sebab itu, mereka kerap makan dan berat badan mereka semakin bertambah. Akhirnya, mereka akan menghidap obesiti dan juga masalah sukar untuk tidur.

3. Diet yang tidak sihat

Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi selalunya mengamalkan diet yang tidak sihat

Jika mereka sanggup melakukan perubahan yang sihat dan mengurangkan lemak dan gula dalam makanan, mereka boleh tidur dengan lebih lena pada masa hadapan.

4. Kurang oksigen ketika tidur

Individu yang mengalami apnea tidur akan rasa sesak nafas atau nafas terhenti berkali-kali dalam satu malam. Perkara ini bukan sahaja tidak selesa, ia juga amat berbahaya.

Walaupun episod apnea tidur yang pesakit alami berdurasi pendek, ia masih boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kualiti hidup pesakit.

Baiki pola kurang tidur untuk turunkan kolesterol dalam badan

kurang tidur

Orang dewasa sepatutnya mendapatkan tidur yang nyenyak 7 hingga 9 jam sehari. Walaupun kadar kolesterol dan tidur belum terbukti berkaitan antara satu sama lain, tidak rugi jika anda cuba mengawal diet untuk tidur yang lebih nyenyak.

Jika anda mempunyai masalah tidur atau kolesterol tinggi, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut, tidak kiralah jika ia berkaitan antara satu sama lain ataupun tidak.

Selain itu, cuba kurangkan amalan yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan segera.

Lakukan senaman dan cuba makan makanan yang kaya dengan serat untuk bantu anda tidur dengan lebih lena pada waktu malam.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Academy of Sleep Medicine. 2017. Healthy Sleep Habits. February 9. Accessed February 27, 2021. http://sleepeducation.org/essentials-in-sleep/healthy-sleep-habits.
  2. American Sleep Association. n.d. How Lack of Sleep Affects Cholesterol. Accessed February 27, 2021. https://www.sleepassociation.org/sleep-health/lack-sleep-affects-cholesterol/.
  3. Harvard Health Publishing. 2010. How sleep loss threatens your health. March. Accessed February 27, 2021. https://www.health.harvard.edu/healthbeat/how-sleep-loss-threatens-your-health.
  4. Hormone Health Network. 2018. What is Leptin? November. Accessed February 27, 2021. https://www.hormone.org/your-health-and-hormones/glands-and-hormones-a-to-z/hormones/leptin.
  5. Independent. 2019. LACK OF SLEEP CRITICAL FACTOR IN HEART DISEASE, BODY WEIGHT AND EVEN DNA, POLL CLAIMS. August 13. Accessed February 27, 2021. https://www.independent.co.uk/life-style/sleep-deprivation-health-defects-nhs-heart-disease-cholesterol-body-weight-a9056416.html.

Versi Terbaru

12/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Sering Penat, Sukar Tidur Malam- Ini TANDA KETARA Anemia, Cepat Jumpa Doktor Jika Anda Alaminya

Kanser dan Masalah Tidur


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan