backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jantung Rasa Berdebar? Ini Boleh Jadi Puncanya, #5 Faktor Biasa Untuk Kaum Hawa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/11/2023

    Jantung Rasa Berdebar? Ini Boleh Jadi Puncanya, #5 Faktor Biasa Untuk Kaum Hawa

    Jantung berdebar adalah apabila jantung berdegup kencang mahupun rasa berdebar-debar. Tetapi apakah punca jantung berdebar? Baca selanjutnya untuk jawapan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Heart palpitations

    Sebelum mengetahui apakah sebab jantung berdebar, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai keadaan ini.

    Debaran jantung atau heart palpitation adalah apabila anda merasai jantung seperti sedang berdenyut dengan kuat, laju dan berdetak-detak dada. Bahkan debarannya dapat anda rasai pada bahagian dada, tekak atau leher.

    Apakah jantung berdebar berbahaya?

    Umumnya debaran ini boleh berlaku pada bila-bila masa, walaupun ketika berehat atau melakukan aktiviti biasa. 

    Ia mungkin mengejutkan tetapi selalunya keadaan itu bukanlah sesuatu yang serius atau berbahaya.

    Pun begitu, ada kalanya ia boleh dikaitkan dengan masalah irama jantung tidak normal yang memerlukan perhatian perubatan.

    Baca juga:

    Punca jantung berdebar

    Walaupun kedengaran seperti menakutkan, namun dalam kebanyakan kes ia tidak serius dan jarang memerlukan rawatan.

    Mengenal pasti faktor yang membuatkan jantung berdegup kencang boleh membantu anda untuk tidak panik dan mengetahui masa sesuai untuk menghubungi doktor. 

    Punca jantung berdebar 1. Tekanan dan kebimbangan

    Berada dalam emosi tertekan boleh mencetuskan pengeluaran hormon yang mempercepatkan degupan jantung anda.

    Serangan panik adalah serangan ketakutan serius yang boleh berlanjutan beberapa minit. Gejala termasuk jantung berdegup kencang, berpeluh, menggigil, kesukaran bernafas dan sakit dada

    Pada ketika ini badan sedang bersedia menghadapi ancaman walaupun anda tidak berada dalam keadaan bahaya. 

    Serangan panik boleh berasa seperti serangan jantung. Jika tidak pasti yang mana satu punca yang anda alami, lakukan pemeriksaan.

    2. Senaman 

    Bersenam baik untuk badan. Larian pantas atau melakukan senaman tabata secara semula jadi akan membuatkan jantung berdegup lebih laju. Ia membantu jantung mengepam lebih banyak darah untuk menguatkan otot.

    Jika jantung berdebar-debar, ia mungkin kerana anda sudah lama tidak bersenam. Degupan jantung yang tidak teratur, atau aritmia, juga boleh menyebabkan berdebar-debar apabila anda bersenam.  

    3. Kafein  boleh jadi punca jantung berdebar 

    punca jantung berdebar

    Adakah jantung berdegup lebih laju selepas anda minum secawan kopi pada waktu pagi? 

    Kafein adalah perangsang yang meningkatkan kadar denyutan jantung, tidak kira sama ada anda meminum kopi, air berkarbonat, minuman tenaga, teh, coklat atau sumber lain.

    4. Nikotin

    Bahan kimia yang terdapat dalam rokok dan produk tembakau ini boleh meningkatkan tekanan darah dan mempercepatkan degupan jantung.

    Berhenti merokok adalah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan, walaupun ia tidak memperlahankan degupan jantung secara serta-merta.

    5. Perubahan hormon

    Bagi individu wanita, anda mungkin menyedari degupan jantung semakin laju apabila mengalami pendarahan haid, hamil, hampir menopaus atau sedang dalam menopaus.

    Puncanya adalah kerana tahap hormon. Peningkatan kadar denyutan jantung biasanya sementara dan tidak perlu dibimbangkan. 

    Jika hamil, debaran yang dialami mungkin petanda anemia – bermaksud anda tidak mempunyai sel darah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

    Punca jantung berdebar 6. Demam 

    punca jantung berdebar

    Apabila demam, badan akan menggunakan tenaga pada kadar yang lebih pantas daripada biasa. Ini boleh mengakibatkan peningkatan debaran jantung. 

    Biasanya suhu badan perlu melebihi 38°C untuk mempengaruhi kadar denyutan jantung anda.

    7. Ubat-ubatan 

    Sesetengah ubat preskripsi dan ubat farmasi menyebabkan jantung berdenyut laju sebagai kesan sampingan, seperti:

    • Antibiotik
    • Ubat antikulat
    • Ubat antipsikotik
    • Penyedut asma
    • Ubat batuk dan selesema
    • Pil diet
    • Ubat darah tinggi
    • Pil tiroid

    Jika anda mengambil satu atau lebih jenis ubat ini, tanya doktor sama ada ia boleh menjejaskan degupan jantung atau tidak. Jangan melangkau sebarang dos sebelum berunding dengan doktor.

    8. Gula darah rendah

    Pernah rasa lemah badan, menggigil dan meragam apabila tidak makan? Keadaan ini juga boleh menyebabkan debaran jantung laju.

    Apabila paras gula darah menurun, badan akan mengeluarkan hormon tekanan seperti adrenalin untuk bersedia menghadapi kekurangan makanan kecemasan. Adrenalin akan mempercepatkan degupan jantung anda.

    Punca jantung berdebar #9. Kelenjar tiroid terlalu aktif

    Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama pada leher. Ia menghasilkan hormon yang membantu menguruskan metabolisme dan fungsi lain.

    Tiroid yang terlalu aktif – hipertiroidisme – boleh menghasilkan terlalu banyak hormon. Kesannya jantung boleh berdegup lebih laju.

    Mengambil terlalu banyak hormon tiroid untuk merawat kelenjar tiroid yang tidak aktif (dipanggil hipotiroidisme) juga boleh meningkatkan degupan jantung anda.

    punca jantung berdebar

    10. Masalah irama jantung

    Masalah irama jantung (aritmia jantung) berlaku apabila isyarat elektrik yang menyelaraskan degupan jantung tidak berfungsi dengan betul.

    Isyarat yang salah menyebabkan jantung berdegup terlalu cepat (takikardia), terlalu perlahan (bradikardia) atau tidak teratur.

    11. Alkohol

    Pengambilan alkohol terlalu banyak atau lebih daripada biasa, boleh menyebabkan jantung berdegup lebih laju atau wujud rasa berdebar.

    Keadaan ini biasanya sering berlaku pada hari cuti atau hujung minggu apabila kebanyakan individu minum lebih banyak sehingga disebut sebagai ‘holiday heart syndrome’.

    Pemeriksaan doktor

    Jantung yang berdebar dianggap bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Tetapi amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor jika ia berlaku lebih kerap atau mengalami simptom seperti:

    Sebaliknya jika anda sihat, mungkin masalah debaran jantung yang dialami sekali-sekala itu bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan. 

    Apatah lagi jika anda mengetahui punca jantung berdebar itu disebabkan oleh faktor sekeliling seperti pengambilan kafein atau tekanan kerja.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan