Lama-kelamaan, plak yang diperbuat daripada kolesterol akan mula terbentuk dan membuatkan arteri tersebut mengeras dan menyempit.
Akibatnya, organ atau tisu yang bersambung dengan arteri tersebut tidak dapat menerima darah yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Faktor risiko penyakit aterosklerosis
Ada banyak faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap aterosklerosis. Sebagai contoh:
- Umur yang semakin meningkat.
- Tekanan darah tinggi.
- Kolesterol tinggi.
- Kandungan CRP (C-reactive protein) yang tinggi.
- Diabetes.
- Apnea tidur.
- Merokok.
- Sejarah penyakit jantung dalam keluarga.
- Tidak bersenam.
- Diet yang tidak sihat.
Diagnosis dan rawatan
Diagnosis aterosklerosis adalah

Selain pemeriksaan fizikal dan sejarah penyakit, ateroskelrosis boleh didiagnosis melalui beberapa prosedur. Sebagai contoh, doktor boleh melakukan:
- Ujian darah untuk menguji tahap gula dan kolesterol dalam darah.
- ECG atau EKG (electrocardiogram) untuk merekod isyarat elektrikal pada kawasan jantung.
- Ujian stres semasa bersenam. Ujian ini akan dilakukan jika simptom anda muncul ketika bersenam.
- Ekokardiogram, ujian untuk menentukan sama ada darah mengalir dengan normal melalui arteri.
- Doppler ultrasound. Alat ultrasound istimewa ini digunakan untuk mengesan sebarang halangan pada kawasan arteri anda.
Ada banyak lagi cara diagnosis yang boleh dilakukan untuk mengesan aterosklerosis.
Oleh sebab itu, berbincanglah dengan doktor untuk menentukan cara diagnosis yang mana paling sesuai untuk kondisi dan juga tahap kesihatan anda sekarang.
Rawatan aterosklerosis
Perubahan dari segi gaya hidup merupakan langkah pertama untuk merawat aterosklerosis.
Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan juga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk merawat aterosklerosis yang lebih serius.
Rawatan juga akan diberikan mengikut umur, kesihatan dan juga sejarah peribadi.
Selain itu, tahap penyakit, simptom yang dialami, toleransi pesakit terhadap rawatan dan juga pendapat anda serta ahli keluarga turut dikira untuk menentukan rawatan yang paling sesuai.
Pencegahan

Pesakit aterosklerosis adalah perlu melakukan perubahan dari segi gaya hidup untuk kekal sihat. Sebagai contoh:
- Pastikan anda makan dengan sihat.
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
- Berhenti merokok.
- Turunkan berat badan dan cuba capai berat yang normal.
- Elakkan minum minuman beralkohol.
Aterosklerosis adalah sebuah penyakit yang boleh membawa maut.
Walaupun penyebab penyakit aterosklerosis tidak dapat dikenal pasti, namun ia selalunya berlaku disebabkan gaya hidup yang tidak sihat.
Jika anda mempunyai ahli keluarga dengan sejarah penyakit jantung, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dengan kadar segera.
Pengesanan awal dapat membantu anda untuk mengelakkan sebarang kerosakan kekal pada masa hadapan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen