backup og meta

7 Jenis Ubat Batuk Terbaik Di Pasaran, Boleh Legakan Batuk & Sakit Tekak Anda!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

7 Jenis Ubat Batuk Terbaik Di Pasaran, Boleh Legakan Batuk & Sakit Tekak Anda!

Apabila tekak berasa tidak selesa sehingga menyebabkan batuk-batuk, pastinya kita cuba mencari produk ubat batuk terbaik. Namun, ada kalanya agak sukar untuk memilih ubat batuk kerana terdapat pelbagai jenama dan juga jenis. Ini tujuh jenis ubat batuk dewasa terbaik yang ada di pasaran untuk melegakan batuk anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Ini 7 ubat batuk terbaik di pasaran

Ubat batuk dewasa 1: Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus

Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus juga merupakan ubat batuk tradisional yang berasaskan gamat dan juga madu.

Ubat batuk Hurix ini bukan sahaja digunakan untuk melegakan batuk, tetapi juga mengurangkan kahak, menghilangkan sakit tekak serta badan yang tidak selesa.

Untuk pengetahuan anda, ramuan gamat yang terdapat dalam ubat batuk ini mengandungi nutrien dan nilai perubatan yang menyokong kesihatan tubuh manusia.

Ubat batuk terbaik 2: Hurix’s Cough Peppermint Plus

Hurix’s Cough Peppermint Plus merupakan persediaan tradisional yang agak popular dan berkesan dalam melegakan batuk yang anda alami.

Selain itu, ubat ini juga boleh membantu mengurangkan sakit tekak akibat batuk, mengeluarkan kahak, meredakan demam dan juga menghilangkan bau mulut.

ubat batuk terbaik
Jika bayi anda mempunyai kahak, ikut cara ini untuk keluarkannya.

Hurix’s Cough Peppermint Plus diformulasi khas dengan daun pudina, madu, akar likuoris dan akar pokok bunga belon (Platycodon grandiflorum) sebagai ramuan utamanya, yang mana ia memberikan kelegaan terhadap simptom-simptom batuk anda. 

Ubat batuk 3: Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak

Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak merupakan antara jenis ubat batuk yang paling popular di Malaysia.

Ia merupakan jenis ubat batuk tradisional dengan tekstur yang agak pekat, berwarna gelap dan rasa yang agak manis.

Berdasarkan ramuan herba yang pelbagai dalam formulasi ubat batuk ini, ia boleh membantu melegakan simptom-simptom sakit tekak dan juga batuk anda.

Untuk kesan yang lebih baik, ia disarankan untuk disimpan dalam peti sejuk dan tidak dilarutkan dengan air sebelum diminum.  

Ubat batuk dewasa 4: Xepa Bena Expectorant

Jika anda pergi berjumpa doktor di klinik kesihatan atau hospital, ubat batuk Bena Expectorant ini adalah antara yang paling biasa atau popular diberikan kepada pesakit.

Ia merupakan antara ubat batuk terbaik yang boleh anda ambil untuk melegakan masalah batuk.

Selain itu, ia membantu melancarkan saluran pernafasan anda dengan lebih baik.

Ubat batuk terbaik 5: Difflam Anti-Inflammatory Lozenges with Cough Supprressant

Difflam amat terkenal sebagai jenama pengeluar lozeng yang sangat berkesan.

Difflam Anti-Inflammatory Lozenges with Cough Supprressant merupakan antara lozeng yang sangat berkesan melegakan batuk berserta sakit tekak anda.

Lozeng ini mengandungi benzydamine yang bertindak:

  • Mengurangkan kesakitan
  • Pembengkakan pada tekak

Selain itu, ia juga berperanan sebagai antiseptik yang membantu membunuh kuman penyebab jangkitan pada tekak.

Selain mempunyai kandungan benzydamine, ia turut mengandungi ramuan pelega batuk.

Bagi jenis lozeng ini, ia dijual dengan perisa blackcurrant yang menjadikannya lebih enak ketika dihisap. 

Ubat batuk dewasa 6: Ubat Batuk Breacol

Ubat batuk Breacol merupakan jenis ubat batuk kahak dewasa yang bertindak mencairkan dan memudahkan pengeluaran kahak yang agak tebal.

Selain itu, ia membantu memberikan kelegaan terhadap kesakitan dan gangguan dalam tekak anda.

Ubat ini hanya sesuai untuk peringkat umur 12 tahun hingga ke atas sahaja dan tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak

Ubat batuk terbaik 7: Prospan Cough Syrup

Ubat batuk ini merupakan jenis ubat batuk yang berasaskan herba. Ia menggunakan daun Ivy kering sebagai ramuan aktifnya.

Biasanya, ubat batuk herba seperti Prospan Cough Syrup tidak akan menyebabkan rasa mengantuk setelah diminum.

Oleh itu, ia selamat untuk diambil oleh ibu hamil bagi melegakan batuk yang dialami.

Prospan Cough Syrup merupakan produk ubat batuk berasaskan daun Ivy yang paling laris di dunia.

Malah, keberkesanan ubat batuk ini juga telah dibuktikan melalui pelbagai kajian klinikal yang telah melibatkan lebih daripada 65,000 orang pesakit.

Formulasi ubat batuk ini juga bebas gula dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur, melainkan kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun. 

Kesimpulan

Seperti yang kami sebutkan di atas, 7 ubat batuk ini merupakan antara jenis ubat batuk yang paling berkesan dan paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia.
Namun ingat, walaupun kesemua jenis ubat batuk sesuai untuk pelbagai peringkat umur, namun ia tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur kurang 2 tahun tanpa nasihat doktor. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cough Medicine: Understanding Your OTC Options. https://familydoctor.org/cough-medicine-understanding-your-otc-options/. Diakses pada Disember 7, 2022.

Cough. https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/cough. Diakses pada Disember 7, 2022.

Coughs and Colds: Medicines or Home Remedies?. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/chest-lungs/Pages/Coughs-and-Colds-Medicines-or-Home-Remedies.aspx. Diakses pada Disember 7, 2022.

Cough and Cold Medicine Abuse. https://kidshealth.org/en/parents/cough-cold-medicine-abuse.html. Diakses pada Disember 7, 2022.

Child’s Cough: Is No Medicine the Best Medicine?. https://www.cedars-sinai.org/blog/best-medicine-childs-cough.html. Diakses pada Disember 7, 2022.

Versi Terbaru

18/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Buat 5 Benda Ini - Bagus Untuk PEROKOK!

Kerap Sesak Nafas? Ia Mungkin Sebab Asma, Pneumonia @ COVID-19, Periksa Cepat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan