backup og meta

Sakit Tekak Lebih Seminggu? Pergi 'Check' Anak Tekak Segera! Mungkin Ini 5 Puncanya

Sakit Tekak Lebih Seminggu? Pergi 'Check' Anak Tekak Segera! Mungkin Ini 5 Puncanya

Pernahkah anda mengalami sakit tekak dan anak tekak bengkak yang tidak surut-surut? Ia akan lebih merisaukan jika anda tidak tahu apakah punca yang menyebabkannya. Ini antara beberapa punca anak tekak bengkak yang boleh berlaku kepada anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apakah fungsi anak tekak?

Anak tekak atau juga disebut uvula, bukanlah sekadar lebihan daging yang tergantung pada hujung belakang mulut anda. Ia mempunyai beberapa fungsi.

Antaranya ialah, ia membantu anda menelan makanan dan juga bercakap.

Namun, ia boleh menyebabkan beberapa masalah lain jika saiznya membesar daripada saiz normal.

Anak tekak yang membengkak boleh menyebabkan sakit tekak berpanjangan, keradangan pada tekak, sukar bernafas atau bercakap dan juga rasa tercekik.

Jadi, apakah punca yang menyebabkan hal ini berlaku?

Punca anak tekak bengkak

Ada beberapa faktor atau punca yang boleh menyebabkan tekak menjadi bengkak.

Jika anda mengalami sakit tekak atau pembengkakan pada anak tekak, ia mungkin disebabkan oleh beberapa punca seperti di bawah ini:

Punca anak tekak membengkak 1: Alahan atau alergi

anak tekak bengkak

Kulit atau tisu yang membengkak adalah antara gejala alahan yang biasa berlaku.

Anak tekak atau uvula anda mungkin lebih besar disebabkan alahan bermusim kepada rumput, debunga, habuk atau bulu haiwan peliharaan.

Selain daripada itu, makanan tertentu seperti susu, kacang tanah, kerang, dan telur juga boleh menyebabkan reaksi alahan.

Jika pembengkakan anak tekak berpunca daripada alahan, anda mungkin akan mengalami beberapa gejala lain seperti mata berair, gegata, bersin dan juga hidung berhingus. 

Punca anak tekak bengkak 2: Jangkitan pada tekak

Jangkitan juga boleh menyebabkan uvula anda bengkak.

Antaranya ialah seperti jangkitan flu, mononukleosis, kroup, dan sakit tekak.

Malah, selesema biasa juga boleh menyebabkan uvula anda membengkak.

Bergantung pada jenis jangkitan, anda mungkin mengalami gejala seperti batuk, keletihan, demam, hidung tersumbat, sakit badan dan juga pembengkakan kelenjar limfa.

Jangkitan-jangkitan seperti ini boleh membuatkan tekak anda membengkak dan menjadi kemerahan. 

Punca anak tekak membengkak 3: Kecederaan

anak tekak bengkak

Kecederaan pada anak tekak juga boleh menjadikannya bengkak.

Penyebab biasa berlakunya kecederaan pada anak tekak termasuklah:

  • Intubasi (prosedur di mana doktor meletakkan tiub pernafasan pada kerongkong)
  • Endoskopi (prosedur di mana doktor memasukkan tiub berkamera untuk melihat saluran penghadaman)
  • Komplikasi daripada prosedur seperti pembuangan tonsil
  • Kecederaan akibat daripada refluks asid (GERD) atau kerap muntah

Apabila anak tekak anda dalam proses penyembuhan, bengkak tersebut akan semakin surut.

Doktor mungkin akan mencadangkan pengambilan ubat tahan sakit atau ubat antiradang untuk melegakan gejala yang dialami.

Punca anak tekak bengkak 4: Berdengkur

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa berdengkur juga boleh menyebabkan uvula menjadi bengkak.

Namun ia boleh dikatakan agak jarang berlaku.

Jika dengkuran anda menggetarkan uvula dengan kuat, ia boleh merengsakannya dan membuatnya menjadi bengkak.

Jenis dengkuran ini mungkin disebabkan oleh gangguan apnea tidur obstruktif.

Jika anda mengalami apnea tidur, anda juga mungkin akan melalui keadaan-keadaan seperti berikut:

  • Sakit tekak selepas bangun tidur
  • Sering membangunkan pasangan anda
  • Terasa mengantuk pada siang hari walaupun tidur mencukupi pada waktu malam
  • Mengalami sakit dada pada waktu malam
  • Mempunyai tekanan darah tinggi

Punca anak tekak bengkak 5: Kesan ubat-ubatan

anak tekak bengkak

Sesetengah ubat yang diambil juga boleh menyebabkan bengkak, sama ada kerana tindak balas alahan atau kerana cara ia berinteraksi dengan badan anda.

Glukosamin sulfat iaitu ubat untuk sendi, boleh menyebabkan uvula bengkak pada sesetengah individu.

Selain itu, ubat seperti acetaminophen, aspirin, dan ibuprofen untuk merawat keradangan, juga boleh menyebabkan pembengkakan anak tekak pada sebahagian orang.

Doktor boleh mencari ubat gantian lain jika bengkak pada uvula anda menyebabkan terlalu banyak masalah.

Kesimpulan

Kebanyakan punca yang menyebabkan uvula membengkak ini bersifat ringan dan tidaklah begitu serius.

Keadaan anak tekak yang membengkak ini akan sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa hari.

Namun, jika ia masih tidak surut dan sembuh lebih daripada satu minggu, anda perlu berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Uvulitis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22677-uvulitis#symptoms-and-causes. Accessed on October 9, 2022. 

Uvulitis. https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/uvulitis. Accessed on October 9, 2022.

Common Allergens. https://www.foodallergy.org/living-food-allergies/food-allergy-essentials/common-allergens. Accessed on October 9, 2022.

Alcoceba, E., Gonzalez, M., Gaig, P., Figuerola, E., Auguet, T., & Olona, M. (2010). Edema of the uvula: etiology, risk factors, diagnosis, and treatment. Journal of investigational allergology & clinical immunology, 20(1), 80–83. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20232778/. Accessed on October 9, 2022.

Boyce, S. H., & Quigley, M. A. (2002). Uvulitis and partial upper airway obstruction following cannabis inhalation. Emergency medicine (Fremantle, W.A.), 14(1), 106–108. https://doi.org/10.1046/j.1442-2026.2002.00294.x. Accessed on October 9, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Gejala Lazim Jika Anda Mengalami GERD, Ada Juga Tanda 'Rare' Perlu Diawasi!

Batuk Sampai Sakit Tekak? Ini 8 Ubat Batuk Yang Selamat Untuk Ibu Hamil Ambil!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan