backup og meta

Bakal Ibu, Patuhi 5 Pantang Larang Makan Masa Musim Hujan, Elak Jangkitan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2022

    Bakal Ibu, Patuhi 5 Pantang Larang Makan Masa Musim Hujan, Elak Jangkitan!

    Menjelang akhir tahun, biasanya datang musim tengkujuh di Malaysia dan dalam keadaan ini wanita mengandung perlu lebih berjaga-jaga untuk kekal sihat. Jom ketahui mengenai penjagaan pemakanan ibu hamil semasa musim hujan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Penjagaan pemakanan ibu hamil semasa musim hujan

    Semasa musim tengkujuh, kecenderungan untuk mengalami selesema atau jangkitan gastrousus lain sangat tinggi, khususnya wanita hamil. Jadi, amat penting untuk memastikan makanan untuk ibu hamil terjaga kebersihannya.

    1. Katakan tidak kepada street food

    Mengidam makanan yang dijual di tepi jalan? Walaupun bukan semua peniaga makanan mengabaikan aspek kebersihan, namun buat masa ini ia merupakan antara makanan yang perlu dielakkan ketika hamil pada musim hujan.

    Makanan yang tidak terjamin kebersihannya dan tercemar mendedahkan ibu dan bayi dalam kandungan kepada masalah kesihatan seperti taun, kepialu dan sebagainya.

    Sebaiknya jika teringinkan sesuatu makanan, minta seseorang untuk menyediakannya di rumah atau dapatkan hidangan tersebut dari restoran yang terjaga kebersihannya.

    2. Pemakanan ibu hamil semasa musim hujan #Hanya sayur yang dimasak

    Mengunyah lobak merah atau timun mentah mungkin menjadi kegemaran individu, tetapi semasa musim tengkujuh ini, elakkan.

    pemakanan ibu hamil

    Ini terutamanya sayur yang terdedah di luar – cenderung menyerap lembapan daripada udara dan membolehkan pembiakan mikoorganisma.

    Mikrob dalam sayur-sayuran mentah boleh mengubah aktiviti enzim badan, mengakibatkan senak dan loya.

    Sebarang masalah kesihatan disebabkan oleh pengambilan sayuran tersebut boleh menjejaskan perkembangan janin, khususnya pada peringkat awal.

    3. Makan buah segar

    Tidak boleh makan buah semasa musim tengkujuh? Sememangnya buah merupakan amalan pemakanan ibu hamil yang sangat digalakkan. Namun untuk pengambilan buah-buahan mentah pada musim hujan, mungkin wujud risiko tertentu.

    pemakanan ibu hamil

    Buah cenderung mempunyai kandungan air di dalamnya, sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk perkembangan mikrob.

    Memotong buah dan membiarkan ia terdedah boleh menarik mikrob untuk masuk dan akan berpindah ke badan anda apabila memakannya.

    Jadi buat sementara waktu, buah potong dan jus buah dijual di gerai merupakan antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil.

    Jika ingin memakan buah, makan di rumah – potong dan makan segera. Paling penting pastikan ia dibasuh sebersihnya. Lebihan buah yang tidak habis, jangan disimpan!

    Oren dan kiwi merupakan antara buah yang disarankan semasa musim hujan. Ia mengandungi banyak vitamin dan mineral yang berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh.

    4. Kekal terhidrat

    Dalam cuaca sejuk, kita akan jarang untuk minum air dan keadaan ini akan mengganggu proses penyingkiran toksin dari badan.

    Tetap amalkan pengambilan 6-8 gelas air sehari. Sebaiknya pilihlah air masak bagi melindungi diri daripada penyakit bawaan air. Musim tengkujuh adalah masa utama untuk jangkitan sedemikian merebak melalui air.

    pemakanan ibu hamil

    Anda boleh memilih meningkatkan pengambilan cecair dengan pilihan seperti jus buah segar, air kelapa dan sebagainya – yang membekalkan elektrolit, vitamin dan mineral.

    5. Pemakanan ibu hamil semasa musim hujan #Pengambilan daging

    Keperluan untuk protein semasa mengandung agak tinggi. Ia boleh diperolehi melalui pengambilan makanan laut atau daging ayam mahupun lembu. Tetapi anda harus berhati-hati semasa mengambil makanan ini.

    Pastikan daging tersebut disimpan dengan cara yang betul atau ia boleh menyebabkan pembiakan pelbagai jenis mikrob dan parasit.

    Produk ikan mentah seperti sushi adalah antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil.

    Baca juga:

    Kesimpulan

    Musim tengkujuh ini sememangnya menjanjikan cuaca yang sejuk. Duduk berselubung selimut sambil menikmati minuman coklat panas dan menonton filem kegemaran amat menyeronokkan.

    Pada tempoh kehamilan inilah ibu dan bayi dalam kandungan amat terdedah kepada pelbagai penyakit dan jangkitan. Disebabkan itu, adalah lebih penting untuk menjaga kesihatan dan aspek pemakanan ibu hamil terutamanya semasa musim hujan ini. 

    Mengetahui jenis makanan yang dilarang untuk ibu hamil semasa musim hujan ini bukanlah sesuatu perkara boleh dipandang enteng. Ini kerana risiko untuk mengalami jangkitan sangat tinggi.

    Menjaga kebersihan diri untuk kekal selamat

    Cuci tangan dengan kerap, terutamanya sebelum memasak atau makan apa-apa, mandi setiap hari untuk menyingkirkan mikrob dan jangkitan lain, pastikan persekitaran anda bersih.

    Sehingga musim tengkujuh berakhir, patuhilah segala petua dan larangan untuk tempoh beberapa bulan ini. Jangan risau, kehidupan anda akan kembali seperti biasa apabila berakhirnya musim hujan.

    Sekiranya terdapat sebarang keraguan, kebimbangan mahupun pertanyaan mengenai makanan semasa hamil ketika musim hujan, berundinglah dengan doktor pakar sakit puan bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan