backup og meta

Rasa Sakit Tekak Setiap Kali Menelan Air Liur? Awas Dengan Apa Anda Makan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/11/2023

    Rasa Sakit Tekak Setiap Kali Menelan Air Liur? Awas Dengan Apa Anda Makan!

    Tidak kira sama ada rasa sakit tekak sebelah kanan atau sebelah kiri, kedua-duanya pasti akan menjejaskan kehidupan seharian kita.

    Lebih-lebih lagi jika kesakitan itu akan tercetus atau menjadi lebih teruk setiap kali ingin menelan air liur.

    Persoalannya, apa gejala, punca dan rawatan untuk kondisi sakit tekak bila menelan air liur ini? Sila teruskan membaca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.

    Apa beza sakit tekak sebelah kanan @ kiri?

    Setiap kali mengalami kesakitan pada tekak, mungkin ada individu yang merasai kesakitan itu pada sebelah bahagian sahaja.

    Sama ada ia berlaku pada sebelah kanan atau kiri, ketahuilah bahawa mungkin tidak wujud sebarang perbezaan yang ketara.

    Ini kerana ketidakselesaan pada tekak ini juga pasti akan menyebabkan gejala dan disebabkan punca yang serupa sahaja.

    Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah tidak kira di mana titik atau tempat sakit tekak itu berlaku, ia mungkin tidak membawa banyak perbezaan.

    Tetapi, apakah yang sedang berlaku dalam tekak kita di saat mengalami kesakitan setiap kali menelan air liur?

    Gejala sakit tekak bila menelan air liur

    Kadangkala, kondisi sakit tekak turut hadir bersama keadaan kesihatan yang lain seperti batuk, demam, selesema dan lain-lain.

    Namun gejala yang mungkin paling ketara dialami setiap kali sakit tekak adalah kesakitan ketika cubaan menelan air liur.

    sakit tekak sebelah kanan

    Selain air liur, kesakitan ini juga turut akan datang apabila penderita cuba untuk menelan minuman ataupun makanan.

    Adakah benar bahawa ketidakselesaan pada tekak ini disebabkan oleh jangkitan semata-mata atau wujud sebarang punca yang lain?

    Punca sakit tekak apabila menelan air liur

    Mungkin apa yang akan bermain di fikiran setiap kali mengalami sakit tekak sebelah kanan atau kiri adalah ia disebabkan oleh jangkitan.

    Selain itu, sebenarnya mungkin wujud beberapa lagi punca yang lain termasuklah:

    #1. Jangkitan virus

    Terdapat beberapa jenis virus yang boleh mengakibatkan kondisi ini berlaku seperti Influenza, Herpes, COVID-19 dan lain-lain.

    #2. Jangkitan bakteria

    Terdapat beberapa jenis bakteria yang juga menyebabkan kondisi ini berlaku seperti Streptococcal, Diptheria dan sebagainya.

    #3. Tonsilitis

    Angkara jangkitan virus dan bakteria itu tadi, penderita seterusnya juga berisiko untuk mengalami kondisi radang tonsil atau tonsilitis.

    Antara simptom yang paling popular tentang kondisi ini adalah permukaan tonsil akan kelihatan merah cerah dengan bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan.

    #4. Penyakit asid refluks

    Kadangkala, kondisi sakit tekak sebelah kanan atau kiri sehingga menyebabkan kesakitan ketika menelan air liur didalangi oleh GERD.

    Ia adalah sejenis penyakit berkaitan asid refluks gastroesophageal yang akan menyebabkan:

    • Mual-mual
    • Muntah-muntah
    • Pedih ulu hati
    • Rasa sakit pada dada dan tekak
    • Rasa sakit dan sukar menelan
    • Rasa berasid dalam mulut
    • Suara yang serak

    #5. Trauma

    Ada kemungkinan kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh trauma akibat tertelan sesuatu yang boleh memudaratkan tekak anda.

    Antara contohnya adalah makanan dalam cebisan yang besar, makanan yang agak keras atau makanan yang bergerigi seperti biskut.

    sakit tekak sebelah kanan

    Apa yang boleh dilakukan?

    Perkara paling penting untuk dilakukan adalah cuba untuk segera merawat kondisi-kondisi yang menjadi dalang sakit tekak apabila menelan air liur.

    Dalam pada itu, kalian juga mungkin mahu untuk mencuba rawatan alternatif di rumah menggunakan bahan-bahan berikut:

    1. Madu

    Menurut pelbagai kajian, madu berpotensi bertindak sebagai pemulih luka yang berkesan.

    Apa yang menariknya, hasil kajian turut mendedahkan madu lebih berkesan dalam merawat tekak bengkak berbanding ubat batuk (dextromethorphan).

    2. Pudina

    Pudina mengandungi mentol yang berupaya mencairkan kahak dan melegakan sakit tekak.

    Ia bertindak sebagai agen antiradang, antibakteria dan antiviral lantas memberikan ruang kepada tekak untuk beransur pulih dengan kadar yang segera.

    3. Air garam

    Tujuan utama berkumur air garam adalah untuk membunuh mikroorganisma yang telah menjangkiti tekak.

    Ia berkesan dalam melegakan tekak bengkak dan dalam masa yang sama melancarkan aliran lendiran di dalam tekak.

    4. Akar manis

    Apabila bahan kumur yang diperbuat daripada akar manis diberikan kepada pesakit 5 minit sebelum diberikan ubat bius, ia dapat mengurangkan insiden terjadinya fenomena sakit tekak selepas tempoh pembedahan (postoperative sore throat).

    sakit tekak sebelah kanan

    5. Lozeng

    Akhir sekali, kalian mungkin mahu cuba ubatan alternatif yang paling mudah, murah dan efektif iaitu gula-gula lozeng yang boleh didapati di farmasi atau pasar raya.

    Anda boleh cuba rawatan alternatif yang kami cadangkan di atas ini. Walau bagaimanapun, jika masih tidak berhasil dalam merawat tekak anda, sebaik-baiknya anda disarankan untuk berjumpa doktor.

    Kini anda telah tahu apakah punca sakit tekak sebelah kanan. Amalkan tip hilangkan sakit tekak sebelah kanan yang diberikan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan