Bukan pertama kali kita dengar mengenai mitos mandi malam paru paru berair. Malah, amalan mandi malam menjadi satu pantang larang yang sudah sebati dalam masyarakat kita.
Kalau mandi, katanya elok mandi pada waktu petang dan bukannya pada waktu malam.
Namun, adakah bahaya mandi malam? Jom, ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Kenapa paru-paru berair?
Ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan paru-paru berair. Adakah ia juga akibat keburukan mandi malam?
1. Radang paru-paru
Radang paru-paru atau pneumonia merupakan sejenis jangkitan yang boleh menyebabkan kantung udara dalam paru-paru mengalami inflamasi. Pesakit akan batuk teruk dan menghasilkan banyak kahak.
Pnuemonia boleh berlaku disebabkan beberapa perkara. Organisma seperti bakteria, kulat atau virus boleh menyebabkan radang paru-paru.
Salah satu penyakit yang lazim menyebabkan pneumonia ialah COVID-19. Ketahui lebih lanjut mengenai COVID-19 di sini.
Walau bagaimanapun, tidak ada kaitan antara mandi malam paru paru berair dan pneumonia.
Radang paru-paru boleh mengancam nyawa. Ia paling berbahaya terhadap warga emas dan kanak-kanak.
Mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan sistem imun yang lemah juga berisiko untuk menghidap radang paru-paru yang serius.
Pneumonia juga berbeza dengan bronkitis, satu lagi jenis penyakit paru-paru. Ketahui perbezaan serta tanda-tandanya melalui infografik kami di bawah:
2. Edema pulmonari
Edema pulmonari merupakan satu kondisi yang menyebabkan pengumpulan cecair secara abnormal di kawasan paru-paru. Penyakit ini akan membuatkan pesakit sukar untuk bernafas.
Dalam kebanyakan kes, masalah jantung merupakan punca edema pulmonari. Malah, kondisi ini tidak ada kaitan langsung dengan amalan mandi malam.
Antara penyakit yang boleh menyebabkan edema pulmonari ialah:
- Serangan jantung, atau apa-apa penyakit yang boleh melemahkan otot di kawasan jantung.
- Tekanan darah tinggi yang berlaku secara tiba-tiba.
- Injap jantung yang bocor atau menyempit.
Namun, penyakit ini juga boleh berlaku disebabkan pendedahan terhadap toksin atau ubat-ubatan tertentu, trauma pada dinding paru-paru atau bersenam di kawasan beraras tinggi.
3. Efusi pleura
Efusi pleura berlaku apabila cecair berkumpul di antara lapisan tisu yang melapisi paru-paru.
Badan manusia akan menghasilkan sejenis cecair sebagai pelincir permukaan paru-paru.
Cecair ini dikenali sebagai cecair pleura. Efusi pleura berlaku apabila badan menghasilkan cecair ini dengan terlalu banyak.
Keseriusan kondisi ini bergantung pada puncanya. Efusi pleura terjadi disebabkan jangkitan virus, pneumonia atau kegagalan jantung. Malah, rawatannya juga bergantung pada penyebab efusi pleura.
Mandi malam paru paru berair? Ini manfaat sebenarnya
Sebenarnya, terdapat beberapa kebaikan mandi malam yang tersendiri termasuk:
Jika anda suka mandi air panas…
Kajian menunjukkan, mandi air panas sebelum tidur boleh membuatkan anda lebih lena pada waktu malam.
Bukan itu sahaja, menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Chronobiology International, mandi air suam pada waktu malam dapat menurunkan tekanan darah.
Ada juga orang yang akan mandi malam jika mereka demam. Mandian hangat merupakan cara yang terbaik untuk melegakan simptom demam seperti hidung tersumbat.
Jika anda suka mandi air sejuk…
Menurut laman sesawang Sleep Foundation, individu yang mandi air sejuk pada waktu malam dapat tidur yang lebih dalam dan lena pada 3 jam terawal.
Jika anda suka bersenam, mandian sejuk akan membawa lebih banyak manfaat. Air sejuk boleh mengurangkan sakit otot dan membuatkan anda tidur lena dengan cara mengurangkan ketidakselesaan sewaktu tidur.
Bukan itu sahaja, selepas sepanjang hari bekerja, anda mungkin perlu mandi air sejuk.
Benarkah mandi malam itu akan bawa lebih banyak manfaat berbanding mudarat?
Mandi malam paru paru berair? Betul ke?
Jadi, benarkah mandi malam paru paru berair? Jawapan bagi dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.
Inilah masanya untuk kita mematahkan sebarang kepercayaan yang tidak benar, walaupun ia sudah lama diamalkan dalam masyarakat kita.
Air tidak boleh masuk ke paru-paru melalui amalan mandi malam.
Malah, jika dimasukkan ke dalam rutin harian, mungkin lebih banyak kebaikan mandi malam berbanding keburukan mandi malam.
Jika anda ingin tidur yang lebih lena, amalkan mandian hangat sebelum tidur. Namun, untuk mereka yang ingin mengurangkan keletihan selepas seharian bekerja, cubalah mandi air sejuk!
Kini anda telah tahu bahawa mandi malam paru paru berair hanyalah mitos.