Bangun dari tidur, tiba-tiba anda rasa hendak demam, batuk dan sesak dada seperti tersumbat dengan lendir. Benda pertama yang terlintas dalam fikiran anda mesti jangkitan kuman paru paru seperti bronkitis.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Bangun dari tidur, tiba-tiba anda rasa hendak demam, batuk dan sesak dada seperti tersumbat dengan lendir. Benda pertama yang terlintas dalam fikiran anda mesti jangkitan kuman paru paru seperti bronkitis.
Tetapi, apa sebenarnya yang menyebabkan anda sakit dada? Mari ketahui tentang dua penyakit paru-paru yang lazim iaitu pneumonia dan bronkitis.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Adakah anda menghidap bronkitis atau radang paru-paru? Kedua-duanya adalah jangkitan kuman paru-paru dengan gejala yang hampir sama, jadi sukar untuk membezakannya.
Walau bagaimanapun, kedua-dua penyakit ini mempengaruhi bahagian paru-paru yang berbeza:
Selain itu, bronkitis boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :
Ada kalanya, bronkitis boleh berubah menjadi pneumonia.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui persamaan dan perbezaan antara 2 penyakit ini dengan lebih lanjut.
Kedua-dua jangkitan kuman paru-paru ini mengakibatkan batuk berkahak yang tebal di dada anda.
Anda boleh mengetahui perbezaannya dengan memeriksa gejala lain.
Gejala bronkitis bergantung kepada sama ada ia akut atau kronik.
Gejala bronkitis akut sangat serupa dengan jangkitan saluran pernafasan bahagian atas seperti :
Semasa batuk, anda mungkin dapati kahak anda kelihatan hijau atau kuning. Gejala lain biasanya akan bertambah baik dalam beberapa hari, tetapi batuk boleh bertahan sampai berminggu-minggu.
Bronkitis kronik sebaliknya menyebabkan batuk berterusan yang sering berlangsung sekurang-kurangnya 3 bulan.
Anda mungkin merasakan batuk bertambah baik atau teruk. Apabila semakin teruk, ia dikenali sebagai suar.
Bronkitis kronik adalah sebahagian daripada sekumpulan penyakit iaitu penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD). Ia juga merangkumi emfisema dan asma kronik.
Radang paru-paru biasanya disertai dengan batuk yang kadang-kadang menghasilkan kahak berwarna kuning atau hijau.
Gejala lain termasuklah:
Gejala radang paru-paru boleh berkisar dari ringan hingga teruk.
Bronkitis akut dan radang paru-paru disebabkan oleh jangkitan kuman, sementara bronkitis kronik berpunca daripada kerengsaan paru-paru.
Bronkitis akut biasanya disebabkan oleh virus. Namun, kurang daripada 10% kes berpunca daripada bakteria.
Kuman memasuki saluran bronkus paru-paru anda dan menyebabkan kerengsaan. Kadangkala, selesema atau jangkitan pernafasan lain boleh berubah menjadi bronkitis.
Bronkitis kronik disebabkan oleh pendedahan kerap kepada perkara yang merengsakan paru-paru anda seperti asap rokok, pencemaran udara atau debu.
Pneumonia biasanya disebabkan oleh virus, bakteria atau kulat. Namun, terhidu bahan-bahan yang merengsakan paru-paru juga boleh menjadi punca.
Apabila kuman atau perengsa ini memasuki kantung udara, ia mengakibatkan keradangan paru-paru.
Terdapat beberapa jenis radang paru-paru, bergantung kepada puncanya seperti :
Untuk melindungi diri anda daripada mendapat keradangan paru-paru, terdapat 2 vaksin yang disyorkan jika anda berumur 65 tahun ke atas.
Sekiranya anda merokok dan mempunyai masalah kesihatan seperti COPD atau diabetes, anda mungkin memerlukannya pada usia yang lebih awal.
Bagi bronkitis pula, anda boleh mencegahnya dengan mengamalkan kebersihan diri yang lebih baik termasuklah:
Akhirnya, jika anda menghidap penyakit refluks asid lambung balik (GERD), Dr Homer Boushey, pakar paru-paru di Universiti California menyarankan rawatan secepat mungkin.
“Asid dari perut boleh mengganggu saluran udara di paru-paru, yang menjadikannya lebih mudah dijangkiti kuman seperti virus dan bakteria,” sambung beliau lagi.
Berbincanglah dengan doktor anda untuk rawatan atau pencegahan sekiranya anda lebih berpotensi untuk mendapat jangkitan kuman paru paru.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen