Rimasnya bila rasa seperti ada lendir yang mengumpul dan melekat di tekak bukan? Sebenarnya, wujud beberapa cara cair kahak yang anda mungkin belum tahu jika belum membaca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Apa fungsi sebenar di sebalik lendir ini?
Untuk pengetahuan anda semua, kahak merupakan sejenis lendir yang akan sentiasa ada. Ia dihasilkan oleh membran mukus yang merangkumi anggota mulut, hidung, tekak serta paru-paru.
Sebenarnya, kenapa kahak ini wujud dalam sistem pernafasan kita?
Ia tidak akan dapat dikesan di saat anda sedang sihat. Ketika sedang sakit, kahak akan menjadi lebih pekat dan banyak untuk menapis segala anasir yang berbahaya dan cara cair kahak akan mula dicari.
Kesannya, anda mungkin akan rasa sedikit tidak selesa. Jadi, apakah antara cara cair kahak yang anda boleh cuba?
Petua cairkan kahak dewasa efektif
Walaupun ia mungkin normal, tiada siapa yang mahu kahak berkumpul di saluran pernafasan. Maka, anda boleh cuba beberapa cara cair kahak berikut yang berkesan dan terbukti secara klinikal:
- Ambil ubat cair kahak – Di klinik atau farmasi, anda boleh mendapatkan preskripsi ubat seperti Acetylcysteine, Ambroxol, Bromhexine, Carbocisteine atau Guaifenesin untuk mencairkan lalu mengurangkan kahak.
- Ambil lozeng sakit tekak – Dalam masa yang sama, anda juga harus mengambil gula-gula lozeng sakit tekak. Ia bukan sahaja bakal membantu mengawal kuantiti kahak, malah merawat simptom-simptom yang lain.
- Meludah – Apabila kahak sudah terkumpul terlalu banyak di tekak, janganlah dibiarkan begitu sahaja. Anda boleh membuang ia keluar dengan cara meludah terutama selepas bangun dan sebelum masuk tidur.
- Berhenti merokok dengan kadar segera – Tabiat merokok sama ada tembakau atau elektronik adalah antara punca kahak bertambah lebih teruk. Ia juga akan membahayakan kesihatan, berhentilah dengan kadar segera.
Sebelum cuba sebarang cara cairkan kahak di paru-paru, sila dapatkan diagnosis daripada doktor terlebih dahulu agar anda dapat benar-benar pasti tentang simptom, punca, kesan kahak ini berlaku berserta rawatan terbaik.
Petua hilangkan kahak cara tradisional
Dalam masa yang sama, anda juga boleh cuba cara cair kahak secara tradisional. Ada banyak bahan atau ramuan dapur yang anda boleh cuba dan antara petua orang lama paling popular termasuk:
- Minum air suam – Selain penting untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap hidrasi, ia juga boleh membantu mencairkan kahak sekali gus memudahkan ia untuk lebih cepat keluar daripada kerongkong.
- Minum pati madu – Madu juga mampu berfungsi dengan cara serupa seperti air putih yang biasa. Kelebihannya, ia turut memiliki sifat antiradang serta antioksidan yang bagus untuk melawan simptom lain.
- Rempah masakan sebagai ubatan – Pelbagai jenis rempah seperti halia, kayu manis, bawang putih dan buah sitrus termasuk limau dan lemon sangat bagus diambil untuk membantu mengawal kuantiti kahak.
- Pelembap udara – Rawatan alternatif seperti mandi sauna atau stim dipercayai bagus jika anda ada masalah kahak yang terlalu banyak. Jadi, penggunaan humidifier juga diyakini salah satu kaedah yang terbaik.
Pun begitu, cara cair kahak ini mungkin hanya berkesan untuk beberapa individu sahaja dan kurang berguna buat orang lain. Jadi, maklumat serta nasihat daripada pakar itu masih lagi diperlukan.
Benarkah mengurut juga langkah baik?
Dalam kalangan masyarakat kita, urutan adalah antara rawatan tradisional untuk macam-macam jenis penyakit. Salah satu daripada manfaatnya, ia dikatakan mampu membantu merawat masalah kahak.
Dikenali dengan nama ‘terapi oil’, cara urut buang kahak ini merangkumi urutan bersama ramuan tersendiri. Buat anda yang ingin cuba, boleh juga gunakan jenis minyak yang beraroma dan berangin.
Cara cair kahak dengan urutan ini hanya memerlukan teknik yang mudah yakni memicit atau menekan bahagian dada dan leher secara membulat bersama minyak panas supaya kawasan tersebut lebih licin.
Pun begitu, tiada bukti saintifik yang mampu membuktikan keberkesanannya. Ia mungkin sekadar kesan plasebo yang hanya dialami oleh sesetengah orang sahaja tetapi tidak pula dialami oleh individu lain.
Konklusinya, ada banyak cara cair kahak dengan ubatan dan rawatan tetapi urutan mungkin bukan salah satu darinya.