Antara jenis-jenis lozeng di pasaran:
- Lozeng keras: Diperbuat daripada gula dan juga bahan aktif. Ia tidak larut dalam masa 5-10 minit dalam mulut
- Lozeng lembut: Selalunya, lozeng jenis ini berwarna-warni dan mempunyai perisanya yang tersendiri. Ia boleh dikunyah dan akan larut secara perlahan-lahan
- Lozeng boleh kunyah: Teksturnya seakan-akan lozeng lembut, namun ia diformulasi menggunakan gelatin, gliserin dan air
Selain itu, ada juga jenama yang mempunyai ‘triple action’, yang bersifat anaestetik, antiseptik dan antiradang.
Walau bagaimanapun, percubaan klinikal untuk lozeng menunjukkan perkara yang sebaliknya.
Selain itu, lozeng mungkin tidak berkesan untuk sesetengah orang.
Malah, kajian menunjukkan lozeng hanya mampu memberikan kelegaan yang sedikit berbanding ubat sakit tekak yang dijual di farmasi atau klinik.
Namun, tidak dinafikan gula gula sakit tekak dapat memberikan kelegaan sementara. Sekiranya diamalkan bersama kumuran garam, sakit tekak yang anda alami mungkin boleh sembuh dengan lebih pantas.
Sekiranya diambil seperti yang diarahkan, gula-gula ini selamat dimakan dan tidak mempunyai kesan sampingan yang serius. Ia juga dapat dibeli dengan harga yang murah.
Tip: Campurkan ½ sudu teh garam ke dalam 120 ml air suam. Kumur selama beberapa minit untuk mengurangkan sakit tekak.
Baca juga:
Selain gula gula sakit tekak, apa lagi yang boleh saya lakukan?

Untuk merawat sakit tekak, anda boleh:
- Dapatkan rehat yang mencukupi. Kurangkan bercakap untuk elak sakit tekak menjadi semakin serius.
- Minum air. Air dapat memastikan tekak sentiasa lembap. Elakkan minuman yang mengandungi kafein dan alkohol.
- Ambil makanan yang hangat. Contohnya, teh atau air kosong yang dicampur dengan madu.
- Gunakan humidifier. Humidifier dapat melembapkan udara di sekeliling kita. Ia mungkin dapat melegakan hidung tersumbat dan sakit tekak.
- Elakkan pendedahan terhadap habuk dan sebagainya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan tekak anda alami iritasi.
- Tinggal di rumah sehingga sihat. Sekiranya anda menghidap COVID-19 atau demam, anda boleh pastikan penyakit ini tidak menjangkiti orang lain pula!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen