Siapa sahaja yang tidak panik apabila kahak dan hingus berdarah apabila dihembus keluar bukan? Jadi, adakah hingus berdarah bahaya?
- Rongga nasal cedera
- Rongga nasal kering
- Tekanan darah tinggi
- Kesan ubatan tertentu
- Kehamilan
- Alergi
- Leukemia
Siapa sahaja yang tidak panik apabila kahak dan hingus berdarah apabila dihembus keluar bukan? Jadi, adakah hingus berdarah bahaya?

Ramai yang mungkin akan mengaitkannya dengan mitos di mana masalah cuaca yang terlalu panas menyebabkan perkara ini berlaku.
Benarkah? Atau wujud sebab kahak dan hingus berdarah yang lain? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.
Hakikatnya, ramai individu yang mungkin pernah mengalami kondisi hidung berdarah akibat faktor risiko berkenaan.
Bagaimana pula jika mukus yang terdapat dalam rongga hidung atau mulut yang berdarah seperti kahak dan hingus?
Untuk pengetahuan anda, adalah tidak mustahil untuk mukus-mukus ini bercampur dengan darah atas sebab-sebab tertentu.
Namun ia mungkin bukanlah suatu kondisi yang normal terutamanya jika ia melibatkan pendarahan yang sangat pekat dan banyak.
Persoalannya, apakah punca sebenar yang menyebabkan cecair ini tampak seakan hingus berdarah?
Kahak dan hingus berdarah akan terlihat berwarna agak gelap daripada tona warna merah serta coklat ekoran percampuran di antaranya.

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang mendalangi keadaan kesihatan ini termasuklah:
Kecederaan atau trauma yang terjadi pada pembuluh darah sekitar rongga nasal boleh menjadi salah satu penyebabnnya.
Ia mungkin boleh berlaku ekoran perbuatan menggosok atau mengorek hidung dengan terlalu kuat sehingga ia tercedera.
Perlu diketahui bahawa rongga nasal memiliki banyak pembuluh darah halus yang sensitif dan sangat mudah tercedera.
Akibatnya, hingus dan kahak yang dihembus keluar mungkin akan tampak seakan berdarah.
Kawasan ini perlu sentiasa berada dalam keadaan yang agak lembap agar kekeringan rongga nasal tidak akan terjadi.
Namun buat kalian yang tinggal di kawasan yang terlalu sejuk atau terlalu panas, ia mungkin adalah sukar untuk dielakkan.
Begitu juga buat anda yang banyak terdedah pada debu atau habuk serta kurang minum air kosong lantas menyebabkan dehidrasi.
Kesannya, kahak dan hingus berdarah yang dihembus keluar mungkin akan tampak seakan berdarah.
Hipertensi juga kerap dikaitkan dengan kondisi hidung atau hingus berdarah yang sekali gus menyebabkan kahak dan hingus berdarah.
Ini disebabkan oleh mukus-mukus berikut berada sangat dekat dengan rongga nasal yang mungkin biasa mengalami pendarahan.

Jadi, sila rawat kondisi tekanan darah tinggi terlebih dahulu untuk elak ia berlaku dan berulang.
Ubat pencair darah seperti heparin dan warfarin yang sering digunakan untuk merawat penyakit jantung atau strok juga mungkin adalah dalangnya.
Ini kerana ubatan seperti ini berupaya mencairkan darah sekali gus menyebabkan ia lebih mudah keluar melalui rongga seperti nasal melalui kahak dan hingus.
Disebabkan itu, penggunaan ubatan tertentu haruslah dipreskripsi dan dipantau oleh doktor.
Pendarahan pada rongga nasal semasa mengandung adalah normal dan ia kerap berlaku sekitar trimester kedua kehamilan dan seterusnya.
Ini kerana saluran darah pada seluruh tubuh badan wanita hamil akan berkembang sekali gus meningkatkan risiko pendarahan berlaku.
Ia adalah satu kondisi yang normal dan anda tidak perlu panik jika mengalaminya semasa mengandung okay?
Kemasukan alergen seperti debu dan habuk boleh menyebabkan alergi sekali gus mengakibatkan pendarahan pada mukus rongga nasal.
Ini ekoran reaksi alahan yang akan menyebabkan kegatalan pada hidung dan mulut lantas membuat penderita memaksa mukus keluar.
Efeknya, maka rongga-rongga ini mungkin akan mengalami kerengsaan atau keradangan lantas membuatkannya bercampur dengan darah.
Kanser darah boleh membawa gangguan pada pelbagai komponen darah seperti trombosit yang sekali gus meningkatkan risiko pendarahan terjadi.
Selain mukus rongga nasal yang berdarah, antara simptom lain leukemia adalah badan lemah, sakit kepala, sesak nafas, kulit pucat dan lain-lain.
Ya, ia adalah antara penyakit yang sangat berbahaya dan memerlukan rawatan lanjut dengan kadar segera.
Bergantung kepada punca hingus berketul dan berdarah berlaku, anda mungkin tidak perlu terlalu risau akannya dan boleh cuba cara merawatnya di rumah sahaja.
Setiap kali kondisi ini berlaku dan berulang kembali sehingga hidung selalu berdarah, anda boleh cuba lakukan ini:
Sekiranya masalah hingus berdarah dan sakit kepala masih berlaku dan berulang terjadi kepada anda, segera berjumpa doktor untuk diagnosis yang lebih tepat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
What your mucus can tell you about your health. https://www.eehealth.org/blog/2017/11/what-your-mucus-can-tell-you/. Accessed on March 31, 2021.
Yuck! My Snot Is Green: A Look at What Your Mucus Says About Your Health. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2020/march/what-your-nasal-discharge-says-about-your-health. Accessed on March 31, 2021.
Nosebleed (Epistaxis) in Children. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions—pediatrics/n/nosebleed-epistaxis-in-children.html. Accessed on March 31, 2021.
What Causes Nosebleeds While Sleeping?. https://health.clevelandclinic.org/what-causes-nosebleeds-while-sleeping/. Accessed on March 31, 2021.
Nosebleed. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/nosebleeds. Accessed on March 31, 2021.
Versi Terbaru
20/01/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip