backup og meta

Cara Menangani Serangan Asma

Cara Menangani Serangan Asma

Tidak semena-mena, dada anda terasa sesak dan mula batuk serta bersin. Tiba-tiba anda mendapat serangan asma. Semasa serangan tersebut, otot-otot di saluran pernafasan mula mengetat dan lapisan dalamannya membengkak. Akibatnya, tubuh anda mula menghasilkan lebih banyak lendir yang lebih tebal daripada biasa. Simptom-simptom di atas boleh mengakibatkan seseorang sukar bernafas.

Simptom 

Anda mungkin mengalami serangan asma jika:

  • Anda mengalami batuk, sesak nafas, dada terasa sesak
  • Alat penafasan (inhaler) anda tidak membantu anda bernafas dengan lebih baik
  • Anda tidak boleh bercakap, makan atau tidur kerana sesak nafas
  • Anda mengalami kesukaran bernafas
  • Anda merasakan pengaliran udara dalam sistem pernafasan lebih rendah daripada biasa

Bagi kanak-kanak, serangan asma hadir bersama sakit perut. Simptom-simptom ini tidak datang serentak, mungkin muncul secara perlahan selama beberapa jam atau hari.

Cara menangani

Sekiranya anda mengalami serangan asma, anda harus:

  1. Duduk dan cuba mengawal nafas anda dengan bernafas secara perlahan dan stabil. Kekal tenang kerana apabila dalam keadaan panik akan membuatkan asma anda menjadi lebih teruk
  2. Ambil satu sedutan dari alat pernafasan (inhaler, kebiasaannya warna biru) setiap minit sehingga anda telah mendapatkan 10 sedutan
  3. Hubungi ambulans jika anda:
  • Tidak mempunyai alat pernafasan di tangan anda.
  • Merasakan lebih teruk selepas menggunakan alat pernafasan anda.
  • Tidak merasa bertambah baik walaupun selepas 10 sedutan, atau anda berasa bimbang pada bila-bila masa.
  1. Selepas 15 minit, jika bantuan perubatan belum tiba, ulangi langkah 1 dan 2. 

Jika ini merupakan serangan paling teruk yang pernah anda alami,  anda dinasihatkan segera mendapatkan bantuan perubatan. Ingatlah untuk membawa ubat-ubatan anda ke hospital jika boleh. Walaupun anda berasa lebih baik selepas serangan asma tanpa bantuan perubatan, buatlah temu janji dengan doktor secepat yang mungkin bagi memantau keadaan semasa anda.

Tips mencegah

Untuk mengurangkan risiko, anda harus:

  • Ikuti pelan rawatan anda dan mengambil ubat seperti yang ditetapkan
  • Jalani pemeriksaan rutin anda sekurang-kurangnya sekali setahun, supaya anda tahu bagaimana keadaan kesihatan anda
  • Periksa dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada anda menggunakan alat pernafasan anda dengan cara yang betul
  • Cuba untuk fahami dan ketahui faktor yang mungkin mencetus serangan asma (debu, bulu kucing, alahan makanan) dan sentiasa memastikan anda menjauhi faktor-faktor tersebut
  • Anda dinasihatkan untuk memberitahu keluarga dan rakan anda tentang keadaan anda dan apa yang mungkin menjadi pencetus dan punca serangan asma anda supaya bantuan dapat diberikan ketika kecemasan. Anda  dinasihatkan berkongsi maklumat mengenai keadaan anda dan faktor-faktor yang boleh menyebabkan anda mendapat serangan asma kepada ahli keluarga dan rakan terdekat. Ini sangat membantu jika berlaku kecemasan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

28/11/2018

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

MENGEJUTKAN! Ribut Petir Pun Boleh Cetuskan Serangan Asma? Ini Pandangan Saintis

Ada Masalah Asma Tapi Tak Tahu Kronik Ke Tidak? Ini Cara Diagnosis Asma Tahap Kronik!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/11/2018

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan