Jangan rapatkan atau menggantung perkakas berwayar di kaunter atau meja. Bayi anda mungkin akan tertarik untuk menarik wayar tersebut. Gunakan penutup saluran elektrik jika tidak digunakan atau cabut untuk memastikannya selamat.
Pemegang periuk juga boleh menarik perhatian kanak-kanak ketika anda sedang memasak atau sebaliknya. Pastikan anak anda bermain dengan barangan permainannya.
Matikan semua peralatan sebaik sahaja anda selesai menggunakan peralatan memasak dan pastikan pintu ketuhar sentiasa tertutup.
Bermain dengan selamat
Jika anak anda tidak perlukan bantuan, biarkan mereka dibawah permerhatian anda. berikan mereka tugasa yang bersesuaian dengan umur dan lihat perkembangannya.
Benarkan anak-anak anda menggunakan peralatan yang kurang berbahaya terlebih dahulu jika mereka mahu belajar memasak. Biarkan anak anda terbiasa dengan peralatan bukan elektrik terlebih dahulu, sebelum beralih ke peralatan elektrik. Biarkan juga mereka kadang-kadang dengan perkakas plastik atau logam sebelum beralih ke barangan kaca.
Tunjukkan langkah keselamatan berjaga-jaga kepada anak-anak anda. Anda perlu ingat bahawa anak-anak akan meniru apa yang mereka perhatikan. Ikat rambut panjang anda, lipatkan lengan panjang anda. Gunakan sarung tangan semasa mengendalikan makanan panas. Berhati-hati apabila menggunakan pisau.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen