backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

8 Bahan Semula Jadi Dapat Bantu Rawat Asma Anda Di Rumah, Cubalah!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/12/2023

    8 Bahan Semula Jadi Dapat Bantu Rawat Asma Anda Di Rumah, Cubalah!

    Setiap kali hujan, anda berasa susah hati kerana bimbang diserang asma? Bertenang, Hello Doktor ada cara hilangkan asma dengan cepat melalui petua semula jadi untuk anda cuba.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

    Cara hilangkan asma dengan cepat

    Asma merupakan penyakit jangka masa panjang yang melibatkan saluran pernafasan anda.

    Simptom seperti batuk, sesak nafas atau kesempitan dada boleh mengganggu anda.

    Oleh itu, anda mungkin mahu mencari penyelesaian untuk berasa lebih baik.

    Selain daripada ubat yang diberikan oleh doktor, barang di dapur anda juga boleh membantu.

    cara hilangkan asma dengan cepat

    Halia

    Halia merupakan salah satu penyedap makanan yang sering digunakan di serata dunia. Sejak bertahun lama, halia digunakan untuk merawat beberapa masalah kesihatan.

    Ia terdiri daripada antioksida dan kesan anti keradangan.

    Asma merupakan keadaan yang menjejaskan saluran pernafasan. Udara masuk dan keluar dari paru-paru melalui saluran pernafasan.

    Apabila anda menghidap asma, saluran pernafasan anda menjadi sempit, bahagian dalamnya sakit dan bengkak.

    Halia boleh membantu mengurangkan pengecutan saluran pernafasan dan menghalang saluran kalsium plasma membran.

    Oleh itu, otot saluran pernafasan akan relaks, sekali gus melegakan simptom asma.

    Halia juga terkenal dengan manfaatnya dalam melegakan jangkitan pernafasan, batuk, demam, loya semasa hamil, kanser,tekanan darah tinggi, arthritis, migrain dan cirit birit.

    Bawang putih, salah satu cara hilangkan asma dengan cepat

    Bawang putih boleh digunakan untuk memulihkan simptom asma. Ia boleh mengurangkan keradangan, membantu membersihkan kesesakan pada paru-paru.

    Ia juga membantu membunuh bakteria, virus, dan menggalakkan sistem imun.

    Kemudian, badan anda akan melawan jangkitan yang mencetuskan asma dengan cara yang lebih baik. Walau bagaimanapun, bawang putih dan produk berasaskan bawang putih boleh menyebabkan simptom asma pada sesetengah orang.

    Dalam beberapa kes, menghidu debu bawang putih menyebabkan tindak balas alergik seperti asma atau rhinitis atau ruam kulit.

    Kegunaan lain bawang putih termasuklah contact dermatitis, penyakit jantung, demam selesema, kanser, pembesaran prostat, cacing kerawit dan sindrom kaki atlet.

    cara hilangkan asma dengan cepat

    Bawang

    Bawang terkenal sebagai perasa makanan. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa bawang boleh digunakan untuk merawat beberapa masalah kesihatan?

    Bawang mempunyai kriteria anti keradangan. Ia boleh membantu membersihkan saluran pernafasan anda.

    Anda boleh menggunakan bawang secara mentah mahupun di dalam salad bersama sayuran yang lain.

    Minyak mustard, antara cara hilangkan asma dengan cepat

    Minyak mustard telah digunakan sebagai penambah rasa dalam makanan selama bertahun lamanya.

    Namun, ia juga terkenal dengan manfaat kesihatannya. Ia boleh digunakan dalam menangani serangan asma yang teruk dengan membersihkan saluran pernafasan .

    Tambahan lagi, benih mustard adalah berkesan dalam mengubati kanser gastrointestinal dan kolorektal.

    Urut badan anda dengan minyak mustard sekali sehari sebelum mandi bagi membantu mengurangkan sakit otot, terseliuh, melegakan rheumatism dan arthritis.

    Baca juga:

    Kopi

    Kopi merupakan minuman yang paling gemar diminum di serata dunia.

    Anda boleh meminum secawan kopi untuk kekal segar. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa kafein di dalam kopi boleh melakukan lebih daripada hanya sekadar meningkatkan keupayaan daya tumpuan anda.

    Kafein mirip kepada sejenis ubat dipanggil theophylline. Theophylline boleh membuka saluran pernafasan anda.

    Oleh itu, ia boleh melegakan simptom asma seperti batuk, nafas berbunyi atau sesak nafas.

    Terdapat kajian yang menunjukkan kuantiti kafein yang kecil boleh membantu dalam menambahbaik fungsi paru-paru dalam masa 4 jam.

    Cara hilangkan asma dengan cepat #Kunyit

    Kunyit selalunya dijumpai di kawasan Asia, digunakan sebagai perasa atau bahan perubatan.

    Kunyit mengandungi curcumin yang boleh mengurangkan keradangan dan pengecutan saluran pernafasan, menambahbaik saluran pernafasan yang terjejas.

    Kunyit juga bagus untuk penghidap rheumatoid arthritis, chronic obstructive pulmonary disease (COPD), gangguan hati, luka diabetes, selesema, batuk dan penyakit yang disertakan dengan sakit abdomen.

    Serai

    Serai atau cymbopogon, merupakan tumbuhan asli yang tumbuh di India dan kawasan tropika Asia, Afrika dan Australia.

    Ia mengandungi pelbagai vitamin termasuklah vitamin B1, B2, B3. B5, B6 dan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium.

    Serai telah digunakan sebagai ubatan tradisional sebagai cara hilangkan asma dengan cepat dan penyakit gangguan pernafasan yang lain.

    Ia mengurangkan keradangan dan membantu badan anda melawan jangkitan. Serai juga mengandungi vitamin C yang meningkatkan sistem imun anda.

    cara hilangkan asma dengan cepat

    Madu

    Madu bukanlah asing bagi anda, bukan? Ia boleh dijumpai di serata tempat di dunia.

    Madu boleh digunakan di dalam makanan, minuman, kosmetik, pelembap, pewangi atau petua kesihatan dalam merawat batuk, keradangan, demam, jangkitan.

    Laporan juga telah diperolehi bahawa madu mengandungi ciri-ciri antioksida, antibakteria dan antiimmunomodulatori. Madu juga bagus untuk pesakit asma.

    Madu boleh digunakan untuk cirit-birit, ulser perut yang disebabkan jangkitan Helicobacter pylori, luka pada kulit dan kulit terbakar kesan cahaya matahari.

    Sebenarnya, banyak lagi barang di dapur anda yang digunakan sebagai bahan memasak turut boleh digunakan sebagai cara hilangkan asma dengan cepat. Ia mudah dijumpai tetapi sangat berkesan.

    Bertanyalah dahulu kepada doktor anda sebelum anda mencubanya. Doktor akan memberikan nasihat dan amaran yang berguna kepada anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan